Terengganu in Memories! =)


Ni sambungan previous entry.
Lepas aku bebas dari viva, (viva is really a mental torture weh!)
Aku and hubby berjalan sakan sekitar KT.
These are some random scenery in Terengganu.






Ada satu petang tu, aku luangkan masa menziarahi mak angkat aku.
And kenalkan dia ngan hubby aku. =)



Masa nak beli keropok lekor dan pisang goreng kat tepi pantai tu, tetiba ada la sorang mamat ni senyum-senyum kat kami. Rupanya dua pupu aku daa!! Hadoiii..
Masa kat Penang asyik jumpa kakak dia. Tak sangka jumpa adiknya pulak kat Ganu ni..
Kocik na dunio nih!
Kebetulan dua pupu aku tu tengah outstation kat Ganu. =)

Lama tak jumpa kau, Atan. Tak sangka jumpa kat Ganu!! haha


Malam tu, aku dinner dengan ex-housemate aku- Kak Asmah and her coursemate- Aman.
Walaupon Kak Asmah is much older than me, kami rapat sangat. Boleh kata semua benda kami share.

 From left: Aman, Jiji, Kak Asmah



Kak Asmah ni Sarawakian. Bekerja kat DOF. Aku seronok kenal dia. She's so humble & good listener. We are like sisters. Boraklah apa pun, rasa seronok je. =)
Masa serumah dulu, petang-petang kitorang selalu lepak tepi pantai. 



Oh tak lupa jugak pengalaman memasak Laksa Sarawak bersama! 

Sedap wehhh!!


Pernah sekali tu, secara kebetulan aku terjumpa Kak Asmah kat KLIA. Aku dari Shah Alam nak balik KT. Dia pulak dari Sarawak nak ke KT. Tak sangka kami naik flight yang sama!!! Jodoh kuat beb!

 
Aku pasti rindu babeng kat Kak Asmah lepas ni.. =(


Kalau Kak Asmah cuti semester, balik Sarawak, si Aman lah jadi pengganti. Heheh.. Dia macam Ayah aku kat KT tu. Banyak ajar aku itu ini. Bila aku down, he's alwiz there for me. =)
Dia ada hadiahkan aku layang-layang! Hihi..

 Thank u, Aman. U alwiz know how to make me smile! =)


Ramai lagi kawan-kawan yang menceriakan hidup aku during my postgrad years kat Ganu- Shafeeq, Loh, Ain, Nadia, Kak Asmah's coursemates, jiran-jiran dan semualah! Aku harap persahabatan yang terjalin akan kekal selamanya. Ada rezeki, kita pasti jumpa lagi! 
I will miss u, guys! Jumpa masa konvo nanti!
Itu pon kalau aku tak mem'boyot'. Tetttt!!! =P


Sebelom bertolak balik ke Penang, sempat lagi aku bercinta ngan hubby!

 


Gambar lompat adalah wajeb!
 


Lepas tu sakit kaki, sebab terpijak "durian laut". Haha
 
 Sampai jadi tukun dah botol nih. Haih.. pencemaran sungguh!


Dan...aku meninggalkan Ganu dengan hati yang berat.. =(
Bye bye Ganu!


5 comments:

aman fathur said...

X) all the best in life, jiah!! hee, jumpa lagi nnti,.. its a small small world, right?? really glad to meet and know you at the junction of life, we maybe departed but we'll struggle to do our best to serve our purpose!! rasa inspired sgt berbual dgn fify, banyak sudut pandangan lain mengenai kehidupan yg sy dpt blaja dari dia, hee,.. do take care, be happy always and enjoy life to the fullest, you two!! Allah bless both of you!! X)

Mama Zharfan said...

nice pics :)
me tak pernah amik pic aksi lompat--hubby marah :p dia kata tak senonoh hehhehe

isabelle said...

kau ni, dik...buat akak tingin mkn kepok lekor daa...

sini kepok lekor rasa tepung jer. mana nak cari yg best ha?

Jiji-Fify said...

aman,
thanks so much, aman! may u have a blissful life ahead too!

mama zharfan,
tak senonoh? erk.. hihi ;P

kak is,
tu la kan. kat KL memang haram nak cari yang sedap. nanti la kalo saya gi ganu lagi, saya belikan akak k.. :)

Lala said...

ha, nanti grad, jgn lupe dtg umah... i ex-jiran u jugak! :P
ajak hubby sekali taw. hehehe~
memboyot pun ape salahnye. blh naik pentas amek MSc berdua. kelas gituh! ahahahahah!