Akhirnya..kami ambil keputusan untuk berkawan baik.

Setelah bertahun-tahun tak bertegur-sapa.
Malah bermusuh. Saling benci-membenci.


Akhirnya, hari ni ialah harinya. Kami membuat cubaan untuk berdamai.
Terlerailah segala dendam kesumat antara kami.


Antara aku dan STADIUM..heheh
Aku pernah cerita pasal permusuhan dan permasalahan antara kami kat SINI.


Tapi yesterday, aku diajak oleh Mr.Hubby untuk melawat musuh aku tu.
We went for a jog at the stadium!
Yes, aku jogging people!



Sila bayangkan aku yang tembambambam ni, tengah jogging. Dua tiga langkah jogging, pastu jalan. Kerana sikap tak mahu berputus asa, aku try berlari lagi. Selepas beberapa langkah, larian makin slow, dan akhirnya kembali berjalan.. Dalam hati,"Takpe..1st time memang camni.. Kena pelan-pelan, takleh gelojoh.." Ehehe..

Namun, aku terus berusaha.
Dalam otak, aku cuba bayangkan bentuk tubuh idaman. Gila highly motivated kau!




Aku tengok Mr.Hubby kemain tegar lagi berlari tak setop-setop!
Hamboihhhh! Tercabar kelakianku. =P
Tapi aku redha je la tengok dia lari. Aku bukan malas, cuma takut nahas pulak sistem peranakan aku nanti! Haaaamikkk Jiji dah keluarkan teori-takleh-pakai dia tu!


After completed the 5th round, (huiyoo, 5 round beb!) Mr. Hubby tunjuk sign "jom balik". Pastu aku balas dengan sign "OK". Aku tengok Mr.Hubby memang betul-betul pancit dah. Tapi aku rasa aku larat lagi nak buat another round, yang last la ni. Oh time ni lah kau nak berlagak ngan suami ye! Kau tu dah la berjalan je! Orang belari pon boleh complete 10 rounds, kau baru nak masuk 6! Loser gila wehhhh...

Ok ok. Jangan kondem diri sendiri. Aku kena slow sebab nak jaga sistem peranakan. *Tipu diri sendiri lagi* Bila dah complete last round, aku pon pegi kat hubby. Aku buat-buat pancit.



Hubby: Wahhh..hebat lah sayang abang nih.
Aku: Hmmm.. (cehhhh bangga!!)
Hubby: Eh, tapi sayang tak peluh-peluh pon.
Aku: Erkkk.. (kantoi) Tadi peluh la..Dah kering.. 


HAHAHA.. bunguknya hang, nak kelentong orang..


Sampai rumah, terus cari penimbang. Bahah. Desperate kau!


Hubby: Ada luak ke sayang?
Aku: Errr.. maybe sebab baju basah (peluh), so berat. Kena minus 5 kilo kot.
(Bahaha..peluh je dah 5 kilo! Mereng!)
Hubby: Kah kah kah.. Tapi sayang nampak kurus sikit la.. (amik hati bini)
Aku: Err..malam ni sayang off. Penat. (dasar loser!) =P




Dan malam tu, aku sempot!
Tahniah, Jiji!! Tahniah! =(


5 comments:

gadisBunga said...

5-6 round?

erk...lalala

(ai boleh joging 5-6 round dlm mimpi je. lalala)

isabelle said...

harus lps ni fify xajak joging dah...

asal ajak je, mlm off. rugi dia.haha

Jiji-Fify said...

gadis bunga,
haha..tu pon berjalan je. bukan berlari.. hihi

kak is,
bahahaha..parah ler gitu kan! :P

ardinihumaira said...

ayyork...
dni rasa dah 3-4 tahun tak joging... uhuhu bia nak insaf ni.. isk isk... pas exam nanti dni nak insaf nak joging lah :D

Jiji-Fify said...

dni,
hahah..sama la kita.. badan pon dah start menggelebeh je.. haih..