Angkat-angkat..

Korang pernah main angkat-angkat tak?
Angkat-angkat abang/kakak?
Angkat-angkat mak/ayah?


Haa?? Tak larat??
Yang kau pi try test angkat diorang tu apekehenye yeop?! Diorang tu dah le ringan sikit je dari gajah. Kang patah pulak tulang rawan urat belikat kau tu. Haih. Maksud aku, korang pernah ada adik/kakak/abang/mak/bapak angkat tak? Mesti pernah kan? At least angkat-angkat sesama jantina i.e., mak/kakak/adik fomfuan angkat. Kan?


Aku pernah. Dan hubungan tu, ada yang tak lama, ada yang masih berkekalan sampai sekarang.


Masa aku kecit-kecit mak bapak aku sibuk kerja, so diorang upah orang untuk jaga kitorang adik beradik kat umah. Lama jugak beliau jaga kitorang. Sampai kadang-kadang tu, kalau mama marah-marah, beliau jugak la tolong defend kitorang. hihi. Ni lah orang yang aku maksodkan.

Makcik Yah. Tersayang.


Bila aku naik sekolah menengah, Mcik Yah dah tak jaga kitorang dah. Sebab kitorang migrate ke Shah Alam. Tapi, hubungan kami rapaaaaaat sangat sampai ke hari ni macam mak-anak. Even masa aku buat MSc kat UMT tu pon, aku selalu pi rumah dia. Semua kawan-kawan aku pernah bawak and kenalkan kat mak angkat aku tu. And of course hubby aku pon dah kenal dia sebab Mcik Yah datang masa wedding aku dulu.

Okay itu cerita mak angkat.


Bapak angkat aku takde.


Abang angkat, aku ada! Heheh.
Eh ini bukan yang miang-miang punya taw! Ni betul-betul punya.
Because he's actually "diangkat" oleh bapak aku. Dia ni lecturer kat UiTM Jengka. Dia dah takde ayah. So entah macam mana masa tahun 2005/2006 camtu, dia kenal ngan bapak aku, terus dia panggil "ayah". Sejak tu diorang ni makin rapat. Bila dah rapat, selalu pulak datang rumah kami kat Shah Alam. So kitorang adik beradik pon terpaksalah merapat-rapatkan diri ngan dia.. haha.


Introducing our Abang Zul!..
Kanan sekali

Kiri sekali


Masa aku matriks dulu, daddy & mama suka la menyakat aku konon-konon nak kenenkan aku ngan Abg Zul nih. Everytime kena usik, mesti aku hangin gila. Ye la sebab time tu aku dah ada boyfren (bukan hubby).

Ada sekali tu dengan selamber aku cakap kat daddy, "Rajiah akan cari Abang Zul Rajiah sendiri! Abang Zul yang lebih baik daripada Abang Zul ni!"
Sekali mulut aku masin daaa.. Sekarang aku dah kawin dengan hafify ZULhaimy.
Keh keh keh... =P


Okeh tutup cerita Abang Zul.


What about kakak angkat pulak?
Aku ada banyak. Aku realize, aku memang senang close dengan pompuan lebih tua dari aku as compared to yg lebih muda dari aku. Entahla kenapa. So aku tend to have kakak angkat daripada adik angkat. During my undergrad years, aku ada Kak Martha, Kak Zatil and Kak Shana. Diorang ni memang jaga aku sungguh-sungguhlah. Caring sangat. Sampai masalah aku & boyfren aku pon diorang risaukan. =')
Tapi sekarang kami dah jarang berhubung.


Masa praktikal kat NAHRIM pulak, i have Kak Fizun. Kitorang jadi rapat since aku sewa bilik kat rumah dia masa tu. Tapi entah camane dia layan aku macam adik-adik dia je. Bestlah dapat kenal dia. Sampaikan masalah-masalah peribadi pon kitorang share sama-sama.

 Kak Fizun yang baik. =)



Masa aku dah nak habis praktikal kat NAHRIM tu, aku ada bagi Kak Fizun benda ni....
Frame gambar kami untuk kenangan.. =)



Lepas aku habis Degree kat UiTM, aku rapat pulak ngan ex-lecturer aku. Dulu Puan Is, sekarang Kak Is bebbb!! Excuse mehhhh!! =P
Masa aku nak kawen dulu, Kak Is banyak share tips nak berumahtangga. Tak kiralah masa jumpa ke, chatting ke, SMS ke. Tanyalah apa saje, Kak Is tak lokek ilmu. Aku dah kata she's a lecturer kan! =P
Dia jugak la yang bagi aku hadiah berimpak tinggi tuh! haha.

 Ni dulu, masa aku Sem 1 kat UiTM. Skema gila kau, Jiji! Bluek! Masa ni Kak Is lecturer course aku.
"Kak Is, hang mesti tak ingat gambar ni waktu bila kan?"
Untuk makluman semua, time ni Kak Is anak dara lagi tawww!! kihkihkih..


Tapi la ni, kitorang dah macam adik/kakak angkat.

Aku dah kawen, anak Kak Is pon dah nak masuk dua! =)
Husband aku pon dah boleh tagteam dengan Abg Sham (laki Kak Is).




During my postgrad years pulak, aku ada Kak Asmah. Dia ni sebaya la dengan Kak Is tadi. Buat Master kat UMT jugak macam aku. Dia baiiiiikkkkk.. Aku ada cerita banyak pasal dia kat SINI.
Kak Asmah, nanti kita konvo sama eh! hihi



Aku hargai setiap orang yang pernah jejak dalam hidup aku. Kerana mereka ni lah aku lebih matang dan kenal erti hidup. Terima kasih kerana sudi singgah.

4 comments:

kyle said...

byk sgt angkat-angkat dlm hidup jiah, hehehe...xpe, tambah lagi kasih sayang :P

Jiji-Fify said...

hihi..syukur. ke u nak jadi abg angkat i jugak? awww! haha ;D

isabelle said...

wei..wei..betulkan sikit ayat 'senang close dengan pompuan lebih TUA' tu. sensitip wooo.

ish...jiji.kot ye pun ko nak taruk gmbr huduh masa dinner kat ampitheatre tu, ko photoshop la skit. huduh benau muka akak masa tu. nmpk setambun pulak tu compared tu tgh pregnant skrg. cisss...

Jiji-Fify said...

"Akak" kan maksudnya "tua". kah kah kah..

eh kena la adil. muka saya kat situ pon hodoh skema nak mamposss. so mesti la muka akak pon kena tutt.. haha ;D