Awak asal dari mana?

Aku fobia bila orang tanya aku soalan nih:
Awak asal dari mana eh?
Awak ni orang mana eh?
Dan soalan-soalan yang sewaktu dengannya lah..


Selama 23 tahun aku hidup ni, (ceh macam dah lama sangat je kau hidup!) banyak kali jugak aku terima soalan tu. Standard la kan bila jumpa orang baru kenal atau kawan baru, mesti nak tanya nama apa, dari mana, dah kawen ke, makanan kegemaran ape, hobi mengumpul setem ke, ape ape la kan.


Aku memang la takde masalah nak jawab semua tu. 
Tapi kau bayangkan kalau situasinya camni:


**Scene 1**

Stranger: Awak ni pandai jalan-jalan kat Ganu ni ye. Asal dari sini ke?
Aku: Ooo..ha'ah.. Asal Ganu..
Stranger: Aik..tapi awak cakap takde bunyik loghat Ganu pon.
Aku: *ni yang aku malas nak layan ni* Sebab dalam famili pon tak cakap Ganu. 
Stranger: Mak ayah awak asal dari mana?
Aku: Negeri Sembilan dan Manila.
Stranger: Ooo..Sekejap je la duk Ganu ye?
Aku: Dari lahir sampai umur 12.
Stranger: Eh lama jugak tu.. Takkan tak reti kecek Ganu langsung?
Aku: *Ehhh aku jotosss jugak minah ni kanggggg. Kan aku dah eksplen tadihh*



**Scene 2**

Aku bertekad, pasni aku nak jawab asal dari Shah Alam je la.. senang!..


Stranger: Eh awak asal dari mana ye?
Aku: Shah Alam.
Stranger: Tapi nombor tengah IC awak 11 (Terengganu).
Aku: Lahir je sana. Sempat la membesar kat sana kejap.
Stranger: Maksudnye, awak asal dari Ganu la. Bukan Shah Alam.
Aku: Hmmmm...PULAKKKK!!!



**Scene 3**

Stranger: Awak asal dari mane?
Aku: Ganu.
Stranger: Raya ni awak balik kampong tak?
Aku: Mestilah.
Stranger: Balik Ganu?
Aku: Sejak bila pulak kampong aku kat Ganu. Kampong aku kat Negeri Sembilan.
Stranger: Tapi tadi awak kata asal dari Ganu. 
Aku: Tu tempat lahir aku je. Kampong bapak aku kat Kuala Pilah.
Stranger: So tak balik raya kat Ganu langsung?
Aku: *Adoiyaiii..letihhh!* Celah mana pulak ada saudara mara aku kat Ganu la bingai!



**Scene 4**

Ni berlaku lepas kawen. Aku and hubby migrate ke Penang.

Stranger: Ni alamat Penang ni. Awak orang Penang ye?
Aku: Ye.
Stranger: Tapi takde loghat Penang pon.
Aku: Saya baru je migrate ke sini. Sebelum ni duk Shah Alam.
Stranger: Ooo..maksudnya awak ni bukan orang Penang la. Tapi orang Shah Alam.
Aku: Haihhhh..lu pikir sendiri la brader! Wa malas nak terangkan asal usul wa nih. Komplikated!




Kalau camni, aku pon tak kuasa nak melayan.
Ada je yang nak argue aku ni orang mana. Pasni aku jawab, aku orang Malaysia je lah!





7 comments:

KAK SYEDI said...

HAHAHAHA
PONING LA ORE2 MESIA NIE KAN RAJIAH,

NGOK2 PON ADO

isabelle said...

hang cakap ja hang org Nicaragua New Guinea. biaq dia terlopong.
kalo lps tu dia byk tanya gak..hang buat mcm abg sham, suruh je org tu pilih negara/negeri mana dia nak

Jiji-Fify said...

kak syedi,
kang den koba den org nogori kang! den mmg pro loghat kolopilah neh.. :P

kak is,
hahahah..pilih je mana nk eh.. saya pilih B untuk Bangladesh! ;P

alawiah raji said...

hehehhe...susah jugak kan....sy punya kes tak sempat nak jwp diorg akan laju2 ckp sy org kedah sbab sy bckp lograt kedah kih3...ayok!pening

gadisBunga said...

haha. mmg susah la org malaysia punye small talks ni. bikin pening saja!

Jiji-Fify said...

alawiah,
okay la tu dah ada trademark..heheh

GB,
tu lah kan... kecohhhh je.. haihhh

haziQah said...

hehe lawak2..org bnyk mrantau gni la soalan cepucemas dia :p