Jiji's 25 Random Facts.

I was tagged by Eliz.
Hurmm..25 random facts? Aku ni sengal-sengal ubi bila memikirkan fakta-fakta tentang diri sendiri, so I decided to ask siblings, Mama and Daddy to help. heheh.
Maka berebut-rebut diorang nak bagitau jawapan masing-masing. Macam budak-budak bila ditanya, satu tambah satu berapa, murid-murid? Semua berebut nak jawab, pastu bunyi pon dah macam langau. mnbwlejdlkacsrsdcasxasjoiu!!!!! Okay. Moving on.


So finally, dengan kerjasama dan kolaborasi kekeluargaan tadi, i managed to list down 25 random facts about myself. Hihihi..

  1. Suka gelak-gelak masa tidur. Masa ngigau, wajib gelak. Kalau tak gelak, tak sempurna lah igauan malam tu. Heh. Scary tak?
  2. Coffee lover.Sehari tak pekena kopi memang hidup tak tentu arah. Mai secawan~
  3. Inherit a bad driving habit from Daddy. Well, bapak aku Nasir Schumacher tu bawak kereta macam ribut. Memang jaguh jalanan lah. Pepatah ada menyebut, "Tak lari gunung dikejar", tapi kalo Daddy yang drive, gunung ganang pon boleh lari berterabur! So kau bayangkan je lah aku drive camne. Dah macam samseng jalanan. Tapi adik-adik aku suka bila aku yang hantar diorang ke sekolah, they said i'm an efficient driver because they never late to school. =P
     
    Daddy VS daughter
     
  4.  An asthmatic person. I've suffered from asthma since I was small. Inherited kot. Tapi taktau dari siapa. During my high school years, hospital kat Shah Alam ni (SMC & DEMC) dah macam rumah kedua aku. Sampai ada 1 lung specialist kat SMC tu, dah macam mak angkat aku, siap panggil IBU lagi. If u guys noticed, asthmatic person mesti standby inhaler yang picit-picit kat mulut kalau semput tu kan. So aku ni siap dah buat koleksi colourful inhalers kat rumah. In fact, i also own sebijik nebulizer machine taw. Vavava!
  5. Strongly against smokers/cigars! Obviously lah because i'm asthmatic kan. Kepada semua perokok, nothing can describe how suffer i am bila tersedut asap rokok korang. Aku tak nak point sesape, cuma bila aku kata aku against smokers, i really mean it. Kalau kau rasa kau enjoy smoking, aku pon berhak nak enjoy breathing. Siapa kau nak tarik nikmat yang Tuhan bagi kat aku?
  6. A daughter of a mixed marriage. Emak Filipino, bapak Malaysian. Aku pernah dilabel sebagai orang Thai, Vietnam, Myanmar, Chinese, Philippines, padahal weiiii aku orang Malaysia lah!!
  7. Ni ramai yang tak tau, I actually have an identical twin! Tapi dia meniggal sebelum kami sempat "berkenalan". Tapi sampai ke hari ni, dia selalu appear dalam mimpi aku. InsyaAllah kita jumpa di alam kekal nanti ye. Amin..
  8. Suka melenjan motor orang and bawak macam mat lampir. Padahal aku takde lesen motor pon. No wonderlah hubby tak kasi aku sentuh motor dia. =P
  9. A bad-tempered person. Sometimes. Jangan kau dekat masa aku tengah mengamok, nahas weiii. Nasib baik aku ada suami yang sangat penyabar dan tenang orangnya.
  10. I always set a goal/target in my life. Contohnya, by 23 y/o- I've master (achieved), by 25 y/o- I've PhD, etc. And I always focus on my wants/desires, and ignore what people say/think about me. Sometimes, orang gelak, orang perli, orang sindir, bila aku gagal. Tapi ahhh lantak pi lah. As long as I'm sure that i'm still in an allignment of my desired future, then I manage to stand firm! And i'm grateful to have such a supportive husband & family.
  11. Love flowers and cats but allergic to them. =(
  12. Hate having an umbrella. Entahlah aku rasa macam tak cool bila pakai payung. (poyo gila kau!) Aku rela redah hujan daripada pakai payung.
  13. Dislike carrying handbag. Masa anak dara dulu, memang haram la aku nak berjalan bawak handbag. Rasa rimas kot. Bila dah kawen ni, terpaksa bawak. Tu pon kadang-kadang hubby yang bawakkan or tinggal je dalam kereta sampai reput handbag tu.
  14. Jaguh gelak. Ni aku inherit dari Mama. Gelak macam nak pecah bumbung rumah. Padahal takdelah lawak mana pun. =P
  15. Hate teddy bears. Zaman anak dara dulu, ramai la jejaka-jejaka nak pancing aku dengan teddy bears. Bila aku terima je bendealah ni, aku akan store je dalam almari beberapa kurun, sampai adik-adik aku kata, "Kakngah, kat sekolah ada Jumbo Sale! Ada barang nak jual tak?" Aku dengan bangganya bagi berdozen-dozen teddy bears tadi untuk dijual. Muahaha. Ada jugak yang aku bagi anak-anak jiran. Sampai mak aku sendiri pernah kata,"Mama nak pergi tengok baby ni. Kawan mama baru beranak. Ada nak bagi teddybears?" Dengan kembang hati aku bagi 2-3 ketul. Mulia sungguh. Sentaplah mamat-mamat yang pernah bagi aku teddy bears baca statement ni. Hihi.
  16. Love sour food and drinks. Tapi tak suka asam masin. Bluek.
  17. Love to stare at smiling faces. Tak kesah lah sape pon. Kau senyum, kau berjaya attract my attention.    
            1.  
  18. Sangat ganas di ranjang tempat tidur. Diakui oleh semua orang yang pernah meniduri aku. My family and hubby sebulat suara menyatakan aku tidur lasak. Boleh bertinju masa tidur.
  19. Besides asthma, aku ada hearing disorder since kecik. Sometimes kurang dengar, sometimes tak dapat catch up frekuensi bunyi yang kurang tajam. Tapi takde lah sampai pekak kan. =)
  20. Love her parents/sibs more than anything else. No wonder aku sanggup berjauhan dengan hubby semata-mata nak ajar adik tengah SPM. Selain dari kena attend symposium la. Seboleh-bolehnya aku taknak kata "NO" kat family aku. 
  21. Fevret colours? Pernah suka KUNING. Suka tahap gaban, sampai mak bapak aku ingat aku nak kawen ngan anak raja. =P bila dah dewasa ni, dah takde spesifik fevret kaler, but more to pastel colours kot. Tapi yang pasti, sejak azali sampai hari ni, aku nyampah dengan kaler PINK.
  22. Have exactly 18 moles over my body. Masa kecik-kecik aku malas mandi kot. Tu yang lalat suka singgah berak. Hehe.
  23. Extremely admire Faizal Tahir kecintaan. Aku pernah story pasal kekemarukan aku terhadap Bang Pejai kat SINI.
  24. Love to listen to sentimental music loudly. Supaya bila miming lagu tu, suara aku tenggelam terus suara original singer tu jadi macam suara aku. haha gila saiko.
  25. Love make-ups. Pe'el ni baru bermula lepas kawen. Sebab rasa diri dah dewasa. BAHAH.


Okeh. Aku nak tag:

Kak Isabelle 
Amalina
Kak Suzie
Deni
Semualah! 


10 comments:

Rizziela said...

sungguh detail sekali..Syabas

Anonymous said...

kau berjaya buat ak tekejut...sekian terima kaseh!!!!!

anonymous
bdk paling cumel...hak hak hak....

gadisBunga said...

patut la cantik! mixed marriage rupanya. :D

wHoSeNa said...

no.21 same ngan akk..really hate pink sejak azali..hee

isabelle said...

baru semangat nak komen kutuk awak mcm2 ...
sekali kat last.."alamak, aku kena tag ropanya..."

dik jiji schumacher, esok dtg amik akak kat uitm ekkk? akak esok x bwk keta la.
kalo ko bwk laju2, akak beranak dlm keta kau.

azieazah said...

Seronok nya baca tentang diri awak. Sungguh telus lagi jujur gitu...

HoPe said...

sampai hati benci pink..sobs..
eh..tu amalina lain kan?;p

Jiji-Fify said...

rizziela,
tengkiu2! mane award saya? :P

anonymous,
kau mesti salah seorang yg sentap kan? ;)

gadis bunga,
semua asian cantik-cantik belaka :)

kak husna,
seppp!

kak is,
ha! buat jangan tak buat! ;D

kak azie,
trimas. akak pon buat la jugak. saya pon nak baca.. :)

hope aka AMALINA,
i menci pink je, bukan u. heheh. AMALINA MADZLAN! anda di tag ye, harap maklom! :D

Lala said...

tak tau knp, yg no12 tuh sebijik sejiban ngn i. miahahahah!

.: m!ss Ikan :. said...

oh...mana x sentap...ak kena tag di situ....nnt ak buat ye cayunk!!!!