Penang Family Trip (Day 2)

Baru berapa saat aku publish entry pasal Penang Family Trip (Day 1) semalam, ada sorang mala'un ni drop a comment kat FB aku.

 Hadoiii..hang ni memang tak menyabar lah Long..=P



So, ni kesinambungan dari entry semalam ye.
Pagi-pagi buta, Bas Sekolah kedua melapor diri di perkarangan.
Ni bas sekolah ape kaler oren ni??
Ni lah dua orang murid yang datang lambat naik bas sekolah kedua. 
Agaknya sebab bayar yuran rombongan cuti sekolah lewat kot.. =P




Aktiviti di hari kedua bermula lewat sikit.
Sebab Mama sebok nak chat dengan family & kawan-kawan dia.
Hari Natal kan....



Dah nak tengahari camtu baru gerak naik pulau..
Naik Peri lagihhhh...


 
 Empat makhluk ni asyik nak bergambar bersama.
Selamber melupakan ahli keluarga yang lain.



 Raidoo, Rizzy & Rajoo.. =)




Raidoo pegang komtar. Elehhh..taktik basi.. *dengki*



Sampai pulau terus terjah WAR MUSEUM.
Ada something yang buat aku terkilan kat sini. =(
I wish i've done my best for my family. Sorry everyone!


Hmm malas la nak cerita yang sedih-sedih..
Kita cerita yang best-best je k..


Okeh moving on.



Alongggg!!! Awat muka hang??



Okay let's see ape yang menarik dalam Muzium Perang nih..


 Dik, kau ni datang Penang pakai baju Manila! Bajet pelancong asing je.



 Siap dapat kawan baru lagi! ;)



  Ni ape kes nak bercumbu segala???







Habis kat Muzium Perang, makan time!!
Kami pi pekena nasi kandar. Pergh..konyang!


Sorry takde gambar makan.
Dah kenyang, terus menghadap Pencipta.


Singgah solat kat Masjid Kapitan Keling.
Jangan keliru dengan nama masjid itu ye. 
Ia memang masjid dan bukan kuil! keh keh keh



 Rujhan (the youngest) bergomoi-gomoi dengan Mama.



Okay makan dah, solat pon dah.
Ape lagi??
Jalan lagihhh...
Chowrastar!!! Sini mari!



Feeling pelancong pulak kau nih..



Eh baru aku perasan takde amik gambar kat Pasar Chowrastar rupanya.
Mungkin ada dalam camera Along. Takpe lah update gambar later.



Kat pekan Chowrastar tu, diorang ni sebok memborong jeruk buah.
Macam nak bukak kedai jeruk je kat Shah Alam nanti.
Aku pulak, sebab dah lali makan jeruk kat Penang ni, asyik duk memborong air mineral je. Haha. Penat berjalan wehh.. Patutlah aku rasa kurus sikit. =P



Menjelang malam pulak, kitorang pekena seafood lagi sekali.
Tapi kali ni kat Restoran Nelayan, Kuala Juru.
Memang terbaek wehhh..
Dapat rasa kefreshan ikan-ikan yang dimasak. Pergh!



Untuk makluman semua, Kuala Juru memang tempat nelayan naik dengan hasil tangkapan masing-masing. Sebab tu lah fresh. Ikan sotong semua menggeletek-geletek lagi. 
Masa nak makan kena pegang kuat-kuat, kalau tak, ikan tu lompat keluar dari pinggan.
Ok tipu.
Masa kitorang datang restoran tu, dapat lah tengok camane diorang sorting kerang.
Semua jadi HUIYOOOOO.. *batak*



Okay sekali lagi TERLUPA capture gambar makan.



The following day, diorang pon dah nak gerak balik.
Sempat la breakfast nasi lemak sama-sama.



Sebelum bertolak balik, mari kita amik family picture dulu!



 Tolong abaikan keselekehan aku & Fify sebab kitorang belum mandi lagi.



Lepas tu bermula sesi drama berpeluk cium.
Eleh macam dah tak jumpa lagi je.
Rilek suda.. Dua minggu lagi Kakngah balik KayEyll lah..
Nanti kita gi ziarah nenek abang Fify sama-sama ok.



Bye bye semua!!


Berakhirlah rombongan cuti sekolah untuk tahun ni.
Kami kembali berdua di rumah. 
Abang, malam ni boleh lah kita.... =P



Kepada family tersayang, jangan serik datang lagi ye!
Banyak tempat lagi kita tak sempat pergi kan..
Btw, minta maaf sangat-sangat sebab banyak kekurangan. =(




Hope u guys enjoy ur vacation in Penang okayyy!!

6 comments:

kak syedi said...

lebih2 la rashid tuh,

pas nie klu rombongan L.B.J & jijan dtg sane masak la kamu rajiah,
kami tgh kumpul anggota nieh.....

Jiji-Fify said...

kak syedi,
boleh je kalau nak datang.. tapi syaratnya, kena lah bagitau awal-awal ye. :)

isabelle said...

bas skolah mmg la kaler oren2 gitu. mcm GBS!!!

wei dik, hang pakai baju koko tu mmg nmpk lebar la...seriyes...


lariiiikkk

Jiji-Fify said...

kak is,
ha'ah la kak.. ramai dah yg tegur.. :(

Adlil Raida said...

wei wei apsal name kau 'rajoo' lak tibe2 ? gile tiru! haha weh, nanti ade org panggil ko rajuu kang :B hahah

Jiji-Fify said...

Raidoo,
baru la boleh geng ngan ko & abg fifi.. and abg shah jugak..miahahaha