Penang Second Bridge

Macam yang aku pernah mention sebelum ni, sebab utama aku migrate ke Penang ialah, laki aku kena transfer kat Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang ni.


So bila aku lalu je kat jeti Pulau Aman tu, mesti aku tengok progress pembinaan jambatan kedua tu.
Seperti yang aku paham, Second Bridge ni dua kali ganda lagi panjang daripada bridge yang dah sedia ada kat Penang nih.


Yang dotted red lines tu la Second Bridge. Panjangggggg!!!


Mungkin ia lebih lebar jugak. Mungkin ada R&R barangkali. 
Oh mungkin tolnya lebih mahal! Itu semestinya! Heh suka hati aku je.


Ni aku share sikit gambar-gambar progress jambatan kedua Pulau Pinang yang nampak dari area rumah aku.


 Yang "titik-titik" kat tengah laut tu lah tiang-tiang bridge yang dah siap pacak.
Heheh..kampong betul terms yang aku guna ek. =P

 
Kalau kitorang lalu je kat construction site Second Bridge tu, mesti laki aku tak kuasa nak melayan soalan aku yang berdas-das tu.


Camne diorang pacak tiang kat dasar laut tuh?
Camne orang pergi kerja kat tengah laut? Dia naik boat ke? Dia berenang?
Mesti orang yang kerja kat tengah laut tu dah hangus kena sunburn kan?
Diorang lunch kat mana? Kat tengah laut tu ada kedai ke? 
Atau diorang mancing ikan je?
Ada orang mati tak kerja buat jambatan godang nih?
Ada tak pompuan yang kerja kat tangah laut tu eh? 
Tukang buat air untuk Boss mungkin?


Aku wonder betul bila tengok dari pantai, orang "kecik-kecik" tengah bekerja buat jambatan kat tengah laut. Dengan panas terik lagi.




Haihhh..nasib baik laki aku ni kat bahagian daratan. Kalau dia kena buat pasak kat tengah laut sana, sah-sah aku pon nak ikut. Boleh sun-bathing sampai rentung! Hihi..

3 comments:

isabelle said...

eh..bgtau fify, org2 bijak mmg akan bertanya soalan2 tu...
(ayat nak cover sbnrnyaakak pun wonder benda yg sama sejak dulu..hehe)

akuwanblur90 said...

waaa,,, bestnyer. nnti buat la entri mcmner diorg pacak2 tue

hasrul hassan said...

Hmm menarik. Saya kadang2 pergi kat jeti nih untuk memancing.