Weekend yang skema

We didn't plan anything weekend lepas.
Cuma nak habiskan masa di rumah saje.
Bcoz kitorang berdua baru sembuh dari ketidaksihatan yang melanda beberapa hari lalu.


Standard la bila ada sorang demam, sorang lagi pon wajib demam. Dah tau kuman-kuman ni suka menjangkit-jangkitkan laki bini, tapi kau degil. Nak jugak makan dari pinggan yang sama, minum pon nak segelas, kongsi-kongsi air liur. Tidur pon nak sebilik, nak kongsi katil, nak kongsi bantal, kongsi-kongsi peluh. Ah sekarang hamik kau, demam pon kau kongsi lah sama-sama ye. Syabas.


So terpaksa menghabiskan hari-hari dengan membungkus diri di atas katil 24 jam. Dah macam kepompong pon ada. Tak lama lagi jadilah rama-rama gamaknya.


Tapi Alhamdulillah dengan kekuatan dan keazaman yang tinggi (apahal kau??), kami sembuh dengan segera. Boleh lah bersuka ria di hujung minggu seperti biasa. Sudahnya, bila dah sehat, maka tak lekatlah kat rumah.


Hubby nak photoshoot kat pulau, aku nak pi Career & Postgrad Exhibition kat PISA.
(Skema gile bini kau, Fify!)


Wehh..aku dah ade double chin la! OMG! OMG! OMG! =O


Syok betul menyinggah dari booth ke booth untuk kolek pen, notepad, paperbag, dan gula-gula mentos percuma. Terus boleh bukak kedai runcit kat rumah nanti. 
(kantoi nawaitu sebenar)


Tetiba kitorang ternampak diorang bukak tempat untuk blood donation. Tanpa berfifkir panjang, laki aku terus masuk dan beratur. 




Kenapa aku tak derma sekali? Sebab aku dah selalu sangat derma kat nyamuk.
Hihihi..
Ah dasar pengecut lah kau!


Chuaknya muka bang ooiii...


Huihhh..banyak jugak ye dia amik! Woi kurus la laki aku nanti!!



Baru je jarum di cabut, hubby terus bangun nak blah. Hahah
Kan dah kena sound dengan nurse tu! 
Dia suruh baring balik, rilek dulu 15 minit takut pengsan.

Haihh..tak menyabar sunggoh laki aku neh..



Sebelum beredar, diorang suruh semua penderma makan dulu. Ada la beberapa kuih muih disediakan. Dengan selamber hubby amik karipap dua!
Alasan hubby,"Eh, ni abang amik untuk Sayang satu lah!"
Haha

Tengoklah kiri kanan karipap!


Hubby kata, blood donation kali ni antara yang terbaik yang dia pernah buat. Petugas-petugas dia baik-baik belaka. Semua pro menginjek orang. Tempat provided pon selesa. Plus makanan yang disediakan sedap.


Teringat pulak aku kat lawak-tak-sengaja dari seorang "bekas presiden MIC".
"Janganlah kite menghisap dade. Marilah kita menderma dare."
Heheh.


Habis kat exhibition, time to fulfill hubby's request nak photoshoot pulak.
He decided to go to War Museum kat SouthBay.


 
Eh modelnya mestilah aku!
Ha! Ada la yang nak mengutuk tu! Eyypp!


 


Kitorang malas nak masuk dalam muzium ni bcoz next week family aku nak datang Penang. So nanti masuk sekali dengan diorang lah. Baru sama-sama first time masuk. =)


Around 5pm camtu, kitorang pon nak gerak balik lah. Bcoz keadaan pulau masa tu pon dah crowded semacam je. And as expected, kitorang trapped in traffic jam about two hours! Gila kematu buntut wei!


Akibat jalam jem, terus aku jadi mereng ketenuk-tenukan dalam kereta.



Lepas berjaya mengharungi lautan sardin kereta tadi, akhirnya kitorang berjaya sampai ke seberang perai semula. Keadaan kembali normal, so kitorang stop kat Autocity Juru untuk topup "tong".



 See, aku dah cakap aku tak makan malam dah sekarang. Diet weii.. minum air kosong je.





Abih yang selambak kat depan mata kau ni ape!
Erkk..ni aku nak rasa je. Orang kata nasi kandar sini sedap. (-.-")


Eh, takmo lah cerita pasal makan. Ai sensitif!
Jom kita tengok ade ape kat Autocity ni.






 Agak-agak kalau kerusi camni buat jadi sofa kat rumah ok tak? =P



 Menatang ni ke yang orang panggil umang-umang eh?



Aku try imitate muka makhluk ni. =E


Sekian berita ringkas tentang weekend kami.
p/s: Kitorang tengah tak senang duduk ni. Sebab baru dapat berita kurang enak pasal grandma-in-law aku.
Sama-sama doakan ye!

3 comments:

isabelle said...

yay yay! jiji ada double chin!!!
dan gmbr ke2 dpn war museum tu, ternyata baju kaler gelap tidak lagi memberi imej langsing diperut. kekekeke

kak syedi said...

rajiah
banyak2 la crite pasal utara sane, lagi semangak akak nak g sane nieh,

Jiji-Fify said...

kak is,
ceytttt!! ayat makan dalam tu kak.. :P

kak syedi,
mai mai jangan tak mai! :)