Melayu Terlalu Dimanjakan..

First time aku membincangkan isu negara dengan Mr.Hubby.
Semuanya bermula masa kitorang jogging-jogging petang kat stadium.
Ramai jugak yang bawak anak-anak kecik beriadah kat tempat tu.
Tapi tiba-tiba, datang sekumpulan mat rempit. RAMAI!






Dan diorang boleh merempit dengan selambernya kat track orang jogging tuh!
Bodoh tak???
Aku rasa diorang ni memang bangang tahap tak boleh dimaafkan lagi.



Paling tak boleh blah, bila orang awam yang tengah beriadah kat situ terpaksa beredar sebab risau keselamatan masing-masing. Termasuklah kitorang. 






Hubby hangin giler masa tu.
Hubby: Diorangni, kena ada yang mati sorang, baru nak tobat.
Aku: Eishh..abang ni tak baik la.
Hubby: Dah tu, daripada membahayakan orang awam. Takkan nak tunggu ada orang mati baru nak kecoh.




Tak sampai beberapa minit lepas tu, kitorang dengar bunyi crash kat atas jalan.
Hamik kau satu motor jatuh.
Masa tu ramai gila orang berkumpul. Sampai ade sorang berader tu gelak-gelak and cakap "Padan muka. Biaq mampuih pon takpa" 
Aku malas la nak amik port kan.



Tak lama pastu, polis pon sampai. Hurmmm..dah eksiden, baru nak datang??



Kitorang kesal betul dengan ape yang berlaku.
Dah la semua mat-mat lampir rempit tu, Melayu!
Kat Penang ni, orang Cina, India, Melayu sama banyak je.
So obvious gile aku tengok reaksi Cina & India yang ade kat tempat tu.
Ade yang geleng-geleng kepala. Ade yang tuding-tuding jari, pastu gelak-gelak.
Aku nak tanya lah, KAU SEBAGAI MELAYU KAU TAK MALU KE???
This is really-really drop my water face! (Ini betul-betul menjatuhkan air muka saya!)



Hubby aku cerita, kat tempat kerja dia memang obvious la diskriminasi kaum tu.
Nak-nak pulak laki aku kerja ngan company Cina.
Tapi sebagai staf, everything must be profesional, boss atau kuli tetap kena hormat kan.
Tapi frankly hubby cakap, bila tengok kaum-kaum lain bekerja, MELAYU memang jauh sekali.
Masih leka dan asyik ingin dimanjakan. Tak pandai berdikari.



Paling sadis bila ada seorang staf tu cakap,
"Kenapa Malaysia taknak bagi hak sama-rata kepada semua kaum? Kenapa Melayu mesti lebih?
Padahal yang merempit tu semua Melayu. Yang hisap dadah tu semua Melayu."



Memang pedas, tapi itulah hakikatnya!



p/s: Entry bukan nak menyebelahi atau menjatuhkan mana-mana kaum di Malaysia. Tapi sebelum kau nak membela nasib sesuatu kaum tu, kau nilai lah dulu. Sama ada mereka ni mampu ke membangunkan imej negara???


9 comments:

azieazah said...

Dalam setengah2 keadaan memamg kita akan berasa malu dgn kerenah bangsa kita sendiri.

Tapi ada pula keadaannya kita harus pula mempertahankan ketuanan Melayu dan bangsa bumiputera...

kyle said...

wa....kat penang pon ade mat rempit cam kat k.trgnu nie? bahaye2...nyawa sendiri ngan org awam pon diancam....haiz....main basikal je la....

Jiji-Fify said...

Kak Azie,
Yup. mmg itu perlu dipertahankan. tapi kesedaran segenlintir melayu ni dah hilang! :(

Kyle,
ehhh..mesti lah ade..itu kan mmg traditonal sport! Bahah

adioscinta said...

taw xpe jiji-fify..mmg kaum melayu nie t'lalu d mnje kn..sk b'gntung kpd bntuan s'mata2 tnp usaha sndri..

sy jgk keje dgn cina, mrk slalu ckp b'kaitan yg jiji-fify kata kn d ats..sy nk mare pn x leh sb ape yg mrk kata kn ade k'bnrnny..mmg bgsa kite t'lalu d mnje kn..

Imran nyambek said...

pernah merempit dulu...sekarang dah insaf.hehe

Jiji-Fify said...

Adioscinta,
tu la..bila kita didedahkan dgn bangsa lain, baru kita tau kat mana letaknya Melayu kan?

Jiji-Fify said...

Imran nyambek,
Ehhhh..kenapa insaf?! Pi merempit balik! ;P

isabelle said...

ada yg melayu betul tu mesti marah baca entry ni..kata kita kutuk kaum sendiri.
tapi kita 50% je malay kan, jiji..kan?kan? (ayat mengelak)

Jiji-Fify said...

Kak Is,
eh dah kalo gitu pe'elnya, takkan nk support melayu jugak kannnnnnn..