Engagement Day.. ape rase ek??

Dari semalam aku tengok jiran depan rumah ni berting-tang-ting-tang.
Riuh dan sibuk!
Seluruh kaum kerabat dia berkampung kat rumah depan nih.
Maklom la..nak buat majlis pertunangan anaknya. =)
Nak masak-masak lagi.. Set up khemah lagi..
Nak siapkan hantaran..
Door gift lagi..
Banyaknyaaaaa nak kena buattt!


Tetiba bila aku tengok suasana camtu, aku teringat masa zaman aku bertunang dulu.
 Aku ada sebulan je untuk persiapan pertunangan.
Diorang merisik 10/5/2009.
Set tarikh bertunang 14/6/2009.
Sebulan je weiiii..
Tergopoh gapah habis.



Print benda ni atas kertas biasa je sebelum edarkan.
Dah tak sempat nak book invitation card segala.


Kena lapangkan rumah so that boleh occupy semua orang nak datang.
Walaupon ade khemah kat luar, tapi kau kena paham semua orang nak tengok upacara menyarung cincin tu okayyyy T_T


 Rumah berjaya dilapangkan. Perabot-perabot semua tumpang rumah jiran T_T



And kau as a bride, mestilah paling happy gaban hari tu.
Pukul 9 pagi dah start bermekap, padahal majlis pukul 12 kang.
Siap panggil fotografer naik atas, capture moment-moment bermekap. pfft.



 Bab baju jugak kau paling kerek nak baju songket tenun melayu segala.
Siap ekseseri ek'eleh segala.
Terpaksa orang-orang sekeliling dikerah mencari kelengkapan beta. 
Mesti diorang macam, WEI JIJI KAU NI BARU BERTUNANG JE KOTTT.
DCAWKEGFNNBERMHUYDN!!




Tiba la saat disarung cincin. 
Hati kau macam, WAH WAH AKU DAH BERTUNANGGG
Dengan tak sedar diri terus menganggap mak tunang sebagai MOTHER IN LAW.


 Senyummm sampaiii nakkk terkoyakkkk muluttt!!

 Dan membahasakan diri MAKLANG kepada anak-anak buah si tunang.
POYOOOOOO



Selesai majlis pertunangan tu, terus call si tunang dan cakap,
HELLO TUNANG! (dengan nada eksaited haha)
Sejak hari pertama bertunang, sampai hari ke berapa ratus tah,
Asik duk menayang cincin tunang sambil melalak-lalak,
WEIIII AKU DAH BERTUNANG WEIII...


Agak menjengkelkan jugak perangai aku ni rupanya.
Lepas dah berkahwin ni, bila flashback masa bertunang,
baru sedar pertunangan tu is nothing sebenarnya.
Jauhhh lagi kalau dibandingkan dengan kahwin. -__-"
Tapi at least aku pernah merasai detik itu.


No wonder la ada sorang pakcik pernah pesan kat aku..
"Jangan berhabis sangat masa bertunang. Sebab bertunang mungkin boleh jadi dua tiga kali seumur hidup. Berkahwin nanti baru sungguh-sungguh. Sebab kawen sepatutnya hanya sekali seumur hidup."
Masa tu aku carut-carut je dalam hati kat pakcik tu.
Tapi sekarang aku realize, BETULLL SANGAT yang pakcik tu cakap.


p/s: Selamat Bertunang kepada kawan-kawan yang baru bergelar tunangan orang.. 
Selamat berdarah manissss..=)


10 comments:

efyna.pinkladies said...

err... nak bertunang jugak la.. :D hee

Kancilbiru said...

ofismate ai dapat jemputan pertunangan kat restaurant berputar menara KL tu....giler tak?

Jiji-Fify said...

efyna,
hamboiiii.. gatai ekk.. :P

kancikbiru,
wohhhhh gilo!!!

azieazah said...

Ni yang buat Kak Azie pun tingin nak bertunang lagi niii... (Sebab dulu bertunang tak sampai seminggu, sebab jarak jauhhhh)

Wpun setengah orang buat simple, tapi adat bertunang ini tetap manis dan ingin dirasai wpun sekali oleh sesiapa saja...


Berkongsi Blog dengan Orang Sebelah: Sebuah Pendapat...

h4ni3 said...

hehehe.. betui la..
baju bertunang pun dah ada ala-ala baju nikah tu

tapi, apedehal kan..
sekali saja maaaa.. lain kali dah tak merasa lagi ;)

tengku masni said...

meriah btl akak tunang eh.. siap de crown ats kepala lgi... cam nk sanding dah... hehehe... neway entry akak ni mmg best...rse mcm nk tunang la plk... heee... ;)

Jiji-Fify said...

Azie Azah,
wah seminggu je! takdelah 'terseksa' sangat kannn.. :P

h4nie,
hahaha tu la kan.. hover gilosss!

tengku masni,
kekeke..tu sume poyo je tu.. padahal baru bertunang je kottt.. ngada2 lebih! ;)

isabelle said...

kau kira ok la tu, dik.ada gak masa...aku ado?

weh, awat no.hp daddy nak dkt sama dgn no.hp akak? mama jeles x? huihuihui

Jiji-Fify said...

kak is,
haha..akak macam my parents jugak-takde tunang2.. :P ha'ah la saya baru perasan no fone akak lebih kuang ngan daddy punya! hahaha;D

Sharinginfoz said...

happy betul pasangan ini