Tsunami terhebat selepas 140 tahunnnnn!! :O

TOKYO: Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.


Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.
Di beberapa tempat sepanjang peairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air. 


Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK.


Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini.


Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. - Reuters  


p/s: Doakan supaya gempa bumi tu tak merebak ke negara-negara berdekatan termasuklah Malaysia..

4 comments:

Kancilbiru said...

amin..harap2 malaysia jauh dari bencana ni..

Jiji-Fify said...

kancilbiru,
Ameeeeeeeeeen...

isabelle said...

ngeri tgk klip tsunami tadi. dok tunggu2 katne dia nak benti...tp mcm dok terus ke dpn je

ardinihumaira said...

risau gak kalo sampai ke sini tempiasnya.. semoga terhindar daripada bencana tsunami, amin