Yang best bila ada "kabel"..

Bila kena buang sekolah/universiti:
Alaa..takpe. Bapak aku Dato'. Cukup umur nanti, aku kerja la ngan bapak aku.

Bila anak jiran dapat straight As:
Alaa..ape nak hairan, guru besar sekolah tu kan bapak dia.

Bila kawan dah lulus Master, tapi kau belum:
Bapak dia kan Propesor, mesti la dia boleh lulus. Bapak dia buatkan thesis dia.

Bila bawak kereta besau kat kampus:
Alaa..kereta bapak dia tu. Bukan kereta dia pon!


Tipikal kan ayat-ayat kat atas ni?
Walaupon maksud lain-lain, tapi reason dia tetap sama- sebab orang tu ada kabel.
Kabel = orang dalam.
Bagi aku, guna kabel ni ada yang bagus, ada yang tak.
To be frank, aku memang suka amik kesempatan bila ade kabel.
Tapi positively lah.
Kangkadang, dengan adanya kabel ni, banyak jugak kebaikannya.


Aku nak highlight benda yang best yang pernah berlaku dalam hidup aku bila ada "kabel".


1) Bila participate dalam majlis ilimiah (seminar/conference), dan mak bapak ialah committee function tu.


 Elok sangat la tu kan. Nak duduk pon mesti sebelah Mama/Daddy. 
Tak perlu susah-susah nak tegur hai-hai orang sebelah. Kalau pergi sorang-sorang, mesti nak kena berkenalan dulu kan. Kalau tak, takde geng la. Bosan le sepanjang seminar. =P



2) Dapat jumpa face-to-face dengan VVVVVIP!


Ni antara yang aku pernah jumpa: 
Datuk Dr Rosti (Vice Chancellor UNISEL)
YB Dr. Halimah (Exco Selangor) Dia ni siap datang wedding aku. =)
Tan Sri Khalid (Menteri Besar Selangor)
Dan ramai lagi la ilmuwan-ilmuwan hebat dunia.  



3) Dapat tengok golongan VVIP buat surprise birthday party.
Semuanya nampak cool je. 
Birthday boy (MB) pon takde nak terlompat-lompat kegembiaraan. =P
Rilekkkk je.




4) Dapat join VVIP Tour to The Snow Walk, I-City yang masih under construction.
Ni yang paling best!
Kitorang siap disambut oleh Management Team of I-City. =)


Snow Walk ni mungkin akan dibuka tak lama lagi. 
Tapi kompom la mahal gilewww kottt.



5) Dapat bergambar sakan dengan committee team. 
Siap minta gambar kat diorang punya profesional photographer lagi. 
Padahal aku ni participant murahan je. Tak malu!
 Sebagai participant murahan, terpaksa la aku berkepit ngan "kabel" dua orang ni je supaya tak di abaikan dalam mana-mana gambar. Kesian. T_T



6) Tagteam ngan kawan-kawan Daddy. Termasuk la anak kawan Daddy.
 Secara otomatis, ramai kawan. -__-"

 Daddy's good friend, Prof Jamal.


 Prof Jamal's son, Izani. My good friend. (tetiba)


Kabel besar, Mama & Daddy. =P



7) Dapat hang out dengan golongan VVIP.
Tanpa kemaluan, aku join Mama entertain Prof Ameenah (Deputy Vice Chancellor, University of Mauritius).
Seronok bila dapat berborak personally dengan orang-orang hebat macam ni.



8) Dapat join official visit to Datin Paduka Prof Dr Aini Ideris' Office (Deputy Vice Chancellor, UPM).
Aku rasa student UPM pon belom pernah masuk ofis DVC diorang ni.
Siap dia bawak kitorang round satu kampus UPM!

Aku sempat melantak sakan dalam ofis Prof Aini. Siap mintak gula-gula lagi.
Ishhh perangai!!


Tu lah antara kisah-kisahnya.
Tapi biasa la kan, orang selalu pandang serong terhadap penggunaan "kabel" ni.
Tapi bagi aku, aku tak pernah pakai "kabel" semata-mata untuk jalan pintas/mudah.

Tak perlu la nak dengki-dengki bila seseorang tu ada "kabel" ke ape.
Sebab semua tu rezeki dia. Tuhan dah atur. Tuhan tu Maha Adil.
Dia tak pernah abaikan mana-mana hambaNya pon. =)



Sekian.

9 comments:

naufal said...

zaman skrg org tak pakai kabel la rajiah...org pakai wireless...haha

Cikgu Den said...

kabel optik best. laju. huhu

gadisBunga said...

tapi ada jugak org yg guna kabel jauh utk jalan pintas. huhuhu~

*bila bergaul dgn golongan2 ilmuwan ni baru la minda terbukak...

h4ni3 said...

soon, u'll become one of them..
u go girl! :D

Jiji-Fify said...

naufal,
ok itu lawak. -___-"

cikgu den,
ni lagi satu. kabel tepon pintal2 laju tak? T_T

gadis bunga,
betul tu. tapi ade jugak yg berusaha sendiri, tapi akhirnya dikatakan guna kabel. lagi sedih.

h4nie,
insyaAllah ameeeeen!
thanks doc!

Imran nyambek said...

wah.best2.lu jadi kabel gua boleh? haha

nur aisya humaira said...

waaa,seronok dpt kenal ngan org besar2...:)

isabelle said...

akak meluat kalo org selalu tuduh guna kabel (negatively) sdgkan kita tak buat pun.mcm tuuuuut je...
jeles la tu, kita x guna kabel pun leh dpt apa yg patut

Jiji-Fify said...

imran,
kabel lu? pe kejadahnya yop??

nur aisya,
mmg seronok! :)

kak is,
betul3! mmg dasar pendengki la tu kak.