Makan Makan @ Bandung-Jakarta

Makanan kat Indon ni agak similar macam makanan kita kat Mesia.
Diorang pon makan nasi and lauk-lauk jugak.
Tapi makanan tradisional diorang, ada la lain sikit.


Kat Bandung, ada dua tempat makan yang aku nak rekomen kat korang.
First, Kampung Daun.


 Walaupon namanya KAMPUNG, tapi suasananya awesome gilosss!
Berkonsepkan "restoran makan dalam hutan". 
Tak main la "dalam taman", DALAM HUTAN terus!

Nak bawak balik satu lah... =P


Aku rasa nak bermalam je terus kat restoran tu.
Tempatnya tenang je. Udara pon fresh.
Seswai la untuk orang asthmatic macam aku ni.
Bak kata En. Rusdin, "HIGH RISK PERSON" =P


 Sambil tunggu order, sempat mak buyung ni berdengkur kejap.


Lena giler aku tidur..
Nak-nak pulak bila tengah letih sebab berjalan sakan, pastu jumpa bantal empuk. 
krohhhh..krohhh..krohhhhh..la jawabnya


Ting tang ting tang, order pon sampai..


 Kitorang order Nasi Liwet Solo, Strawberry Shake & Vanilla Shake.

Terus terbangun eksaited mak dugong buyung!


Second restaurant yang best jugak kat Bandung ialah,
Waroeng Sate Shinta.

Dah nama warung sate, kena la ade sate ye dok?

Nasi Goreng Ayam Special Shinta. =)


Dan yang palinggggg special kat Warung Sate ni ialah...
Mixed Juice / Air Poligami!

Nenas + Tembikai + Durian Belanda

Dengar je air poligami, lajuuuuuuu je laki aku order. 
hamboi!!!
Tapi seyesly, mixed jus ni sedap jugak!

Setim gile muka tu bang oiii!


Okay itu kat Bandung.
Kat Jakarta pulak, aku banyak makan fastfood je.
Padahal kat Mesia baaaaanyak kot. -___-

 Pernah kau makan McD sampai ribu-ribu?? kih kih kih


 Bukan McD je, makan kat warung-warung tepi jalan pon dah ribu-ribu. =P


 Most of the time aku malas nak keluar makan.
Sebab kaki cepat lenguh bila berjalan. Asik nak mintak urut je.
So nak senang, makan kat lobby hotel tu je la.

Paling teruk bila dah malas sangat nak keluar bilik, kitorang call Pizza Hut Delivery je..
Tu yang rugi tak tahu tempat makan menarik kat Jakarta. T_T



Dalam train, Jakarta ke Bandung, ada jugak makanannya.
Aku order nasi putih berlauk je.

 
 Ada tempe goreng, ikan bilis, telur, daging.
Kalau ikutkan, aku tak lalu sangat nak makan daging since pregnen ni.
Tapi sebab lapar, sumbat jeee...

 
Hubby makan nasi goreng & ayam goreng.


Last sekali, snek fevret Indon - Kerepek KuSuka
Sebelum ni, aku tengok orang kita pi Indon, mesti makan jajan ni.
So aku try la jugak.

Aku try perisa BBQ. Hubby kata rasa dia macam Pringles woh!


Tapi ada satu lagi snek, fevret Indon jugak.
Tapi anak tekak kitorang reject la snek ni. 
Rasa dia mak aihhhhh tak leh terima wehhh. Meloyakan!
Keropok kulit sapi (lembu).

Euuuwwwwhhh!


Ada sorang Pak Sopir pesan kat kitorang, nak makan kat Indon ni kena hati-hati.
Tak semua orang Indon itu Islam.
Takut terrrrrrtelan yang haram payah jugak kan.. =)


3 comments:

isabelle said...

yezza..keripik singkong kusuka tu la yg akak ckp.tapi awat hang tak try flavour black pepper chicken?

Jiji-Fify said...

kak is,
haha memang singkong terbaek! tak tau la mcm tak berkenan lak ngan black pepper masa tu. nnt akak pi jakarta, boleh la delivery ke penang satu! ;D

Ms and Mr Red Ribbon said...

try kusuka perisa ayam bakar bali, paling best!!!!