Maths & Pregnancy - betul ke tipu??

Dah banyak kali dah aku dengar/baca. Since sebelum pregnen lagi.
Banyak sumber yang kata pregnant mommies yang selalu deal with Maths boleh jadikan anak dalam kandungannya bijak pandai. Mungkin lebih bijak dari Adi Putra. =P
Kalau ada yang tak pernah dengar pasal ni, kau sila lah google sendiri.

Aku, macam biasalah, antara percaya tak percaya je.
Sampai la bila aku sendiri yang pregnant ni, makin ramai pulak suara-suara yang cakap pasal kebenaran fakta tu - Maths does affect your baby's brain. hmmm..
Recently, masa pi check up perut, aku tanya la doktor tu.
Betul ke orang yang selalu buat Maths, babynya bijak??

Dan ini jawapannya...
Tu semua kuasa Tuhan kan. TAPI SAYA PERCAYA FAKTA TU.
Tapi bukan la mak buyung yang buat Maths je.
Sebenarnya mak buyung yang sentiasa berfikir. Tak kisah la Maths atau ape jugak bidang.
Sebab everytime si ibu berfikir secara kritikal, otak baby lebih berkembang.

Paling aku kembang hidung bila doktor cakap..
"Untunglah awak buat PhD masa tengah pregnant ni. Mudah-mudahan anak awak bijak lah."
Ohhh!! Maksudnya saya tak perlulah beli buku latihan Matematik. haha

Balik rumah, I told hubby...
"Abang, doktor cakap, untung sayang buat PhD tengah pregnant. Nanti anak bijak."

And hubby answered,
"Haaa elok la tu. Jangan nanti anak keluar asyik tanya pasal lumut je."
Ceyttttt! Mentang-mentang research aku pasal lumut (microalgae). D;

So ape pendapat korang pasal Maths and pregnancy nih?
Betul-betul atau cobaan?


p/s: Sama jugak dengan "Mozart Effect" yang di gembar-gemburkan boleh buat baby dalam kandungan jadi bijak. Hmmmm tapi betul ke eh??


5 comments:

Waniey said...

blogwalking dear~
i tak suke maths...tapi apaknye power maths.hopefully ikut peel apaknye ;p

Hanis MY said...

hehe comel je post ni... erm ada logik gak but anything u do which stimulate the brain can give benefits to the baby...uwaaa nak preggy gak...doakan for me k!

Nour Akmal said...

huhuhu..logik2..
hope anak u lebih bijak dr Adi Putra..=)

salina sayang said...

ade jugak dengar orang cakap.kalau buat maths and banyak mengaji quran mase pregnant, bayi tu jadi bijak.

Rash said...

Salam~

1st time dgr fact ni ;p bule x? skang asyik pikir nk preggy je dulu.. umur makin meningkat ni (mak dh bising2 nk cucu!) huhuhu