Gajus ke Jangguih??

Korang mesti suka makan kacang gajus kan?
Orang kampung aku panggil Cashew Nut. Heh


Selalu orang letak dalam kuih-kuih raya atau coklat.
Tapi ade gak yang makan gitu je.
Kalau korang pernah tengok gajus ni dalam bentuk kacang, pernah ke tengok buahnya? Pokoknya?


Since duk Penang ni, kitorang kerap makan pucuk Jangguih (pucuk gajus) sebagai ulam. Aku pon tak paham la apsal oghang utagha panggil "Jangguih", dah macam terbalik dari perkataan "Gajus".
Tapi biaq pi la hak tu.
Sebab aku sebenarnya nak citer pasal laki aku yang asik duk wonder camne la buah gajus & pokoknya.
Selama ni dia tau kacang gajus je.
Dan yang terbaru, pucuk gajus la. Heh.

Lain pulak dengan aku, yang dah sebati sangat dengan pokok gajus ni, since pokok tu la "playground" kitorang masa kecik-kecik duk kat Ganu dulu.

Aku & Along and our big "playground".


Bila aku tunjuk hubby gambar nih, dia pon 
OOOOOO~ BESAR RUPANYA POKOK GAJUS NI! -.-

And masa balik umah MIL bulan Mei lepas, MIL showed him some benih gajus.
Tanpa segan silu, hubby pon cilok barang 2-3 ketul untuk ditanam kat Penang nanti.
Dengan harapan dapat tengok buah gajus. -_____-"


Berkat kesabaran beliau menanam dan menyiram benih gajus itu saban hari, maka pokok itu mula menampakkan hasil...  -____-"


Hubby was sooooo excited masa dia tengok first pucuk yang tumbuh.
Tengok la, dia siap nak snap picture pokok tu setiap jam! 
Tiap-tiap hari mengadap pokok tu, belek-belek, cari buah ke bang oiiii. -..-"
Aku dah beranak 14, baru kuar buah gamaknya..

p/s: Kengkadang aku rasa bertuah jugak sempat membesar kat kawasan sub-urban (taknak gak sebut KAMPONG). At least dapat kenal pokok gajus. =P

6 comments:

Ieda Al-Habsyi said...

weh jagus ke gajus? aku pon kompius sebab asik baca tong garden je, ahhahahahah! :)

gadisBunga said...

org kedah panggil jangguih.

pucuk dia buat ulam...makan nasi bertambah2 nanti!

Hanis MY said...

wah bestnya nanti leh makan gajus, suka sgt dgn kacang gajus tu...

isabelle said...

jangguih a.k.a janggus la.
but my kampung calls it cashew...hehehe

Jiji-Fify said...

ieda,
Ahahaha..ape barang tong garden.. petik kat pokok baru fresh :P

GB,
betul tu. i belajar makan ulam pucuk jangguih pon since duk penang la. :)

hanis,
kat jepun ade ke ek?? :P

kak is,
eh kita sekampong rupenye! ;)

SURIA AMANDA said...

pucuk dia leh buat ulam kan?