Hamboi, kad raya kauuuu!

Tahun lepas, aku tak dapat kad raya langsung, walau sekeping.
So tahun ni pon, aku tak heran sangat pasal kad raya.
Sebab aku pon takde bagi kad raya kat orang.
Hamper raya ade lah. Tu pon kat mak bapak sendiri je. Heh.

Tapi petang tadi, balik dari lab, nak bukak gate rumah, tetiba aku ternampak sesuatu dalam post box. Sambil mengatur langkah penguin ke arah post box tu, dalam hati aku, 
Haa ni kalau tak bil api, mesti bil air. 
Kalau tak bil air, mesti bil tertunggak.
Kalau tak tertunggak pon, mesti jemputan perkahwinan kengkawan.
Kalau tak kad jemputan, mesti iklan jualan gudang kat pasaraya Jaya Gading.
Paling-paling pon, mesti iklan membaiki paip/atap bocor.
Atau mungkin kad raya? Memang takkkk ah!


Setibanya aku kat post box tu, jari jemari aku yang "runcing" terus membukanya dannnn....



Yeayyyy KAD RAYA daripada kekasih gelapppp!! ehhh??

Eheh daripada kawan aku yang berada di perantauan lah.
Hazeeq Hazwan, thank yewwwww!!! =)
Aku tunjuk Fify, dia kata, "Hazeeq nampak muda lah".
Ewaaahhh mentang-mentang bini dah macam penguin, puji orang lain je! *majuk ah*

Selamat berayalah kau kat London tu ye, Zeeq. 
Nanti aku tolong makankan ketupat lemang untuk kau.



4 comments:

Hazeeq said...

yeah finally dapat gak :D Aku memang awet muda haha

Jiji-Fify said...

Hazeeq,
ah gelabah la kau zeeq. *dengki*

azieazah said...

Cuaca kat negeri omputeh yang sejuk tu buatkan kulit dia tegang lambat berkedut. Tu yang awet mudo tuh. hehehehe

gurau, Maaf Zahir Batin dan Selamat Berhari Raya di rantauan. Ada lomang ka?

h4ni3 said...

kelassss kad raya dia.. :)

selamat hari raya jiji
maaf zahir batin