Bawah ketiak emak.

Orang selalu cakap, kalau anak manja mesti asik nak berkepit bawah ketiak mak.
Apalah yang best sangat ngan ketiak mak pon aku tak tau. Bukan ke syurga tu di bawah tapak kaki mak, bukannya bawah ketiak. Ye dok?

Tapi bila aku sendiri dah jadi mak-mak nih, aku noticed yang anak aku memang boleh kenal suara dan bau badan aku.
Kalau dia merengek-rengek, aku cuma cakap "sayang.." atau "Haikal..", tetiba dia akan diam kejap and mata melilau cari aku. And this never works kalau dengan orang lain. Hihih.
Sama jugak dengan bau, anak aku kenal bau aku.
Kalau tidur, hala je ketiak kat depan muka dia, kompom tidur nyenyak! Aku pergi jauh sikit je dari dia, mula la merengek-rengek. Agaknya ketiak aku ni ibarat terapi kot bagi dia. Hahaha.

Nak dijadikan cerita, masa aku baru noticed pasal benda ni, aku excited la cerita kat Mama..

Aku: Mama, tadi kan, masa tidur dengan Haikal tetiba dia merengek-rengek. Then, Rajiah (aku) angkat tangan sampai terhala ketiak kat muka dia. Sebab ingat nak breastfeed dia lah. Tapi tengok-tengok dia terus lena balik.
Mama: So?
Aku: Ye la.. dia bau ketiak Rajiah, dia tau la mak dia ada sebelah. Tu yang dia tidur balik.
Mama: Ye ke? I don't think so.
Aku: Kenapa?
Mama: Mama rasa dia pengsan la..
Aku: *ceyytt dengki tul la mak aku nih* ;(


Huish kalau ada mak yang berketiak camni, mau sesat anak dia dalam bulu-bulu ittew! Hihiks!


4 comments:

isabelle said...

mama ni lawak betul la. hahaha.
tapi kan dik..akak rasa betul la...

*lariiiiikk

Ardini Humaira said...

uuuu mak aihhh berjela-jela bulu ketiak dia hehehe... sesak nafas baby nanti :p

kak syedi said...

tengok tajuk - eeemmmm (x de pape)
tengok gambo - HAHAHAHAHAHAHA
maharaja lawak mega

AdD said...

Mak awk mmg cool....