Bila nak habis ke"serentak"an tu??

Ni kisah aku and Along.
Dah la kawen serentak.



Pastu dah kawen serentak, sah-sah la sambut anniversary pon serentak.


Pastu yang paling latest, beranak pon serentak!!
Masa kitorang disahkan mengandung dulu, memang dah tau due date dekat-dekat. Beza lebih kurang 3-4 hari camtu la.
Tapi biasa la due date bukannya betul sangat pon. It can be earlier/overdue.
So kitorang tak expect la nak beranak pada hari/bulan yang sama ke ape.
We just go with the flow lah.
Sampai lah hari 29hb Oktober 2011, bini Along masuk labour room dan beranak. Dia dah terawal beranak seminggu. Tup tup tup the following day, aku pulak rasa labour contraction! Hahahah..
Kacau-bilau la Mama & Daddy terkejar-kejar nak sambut dua cucu serentak!

Ashraf Haikal (31/10/11) & Aqil Zarif (29/10/11)

Selang sehari je la jarak umur anak kitorang.
Dah alang-alang tu, kitorang pon plan la nak buat kenduri Aqiqah diorang serentak tahun depan. InsyaAllah.
Pastu esok-esok sah-sah la sambut birthday diorang ni nanti pon serentak. Nak register sekolah pon serentak. Nak amik periksa UPSR pon serentak. Amik PMR, SPM pon serentak. Sudahnya, Haikal& Aqil ni kang kawen serentak jugak macam kitorang jugak gamaknya. Haha. Eh dah jauh sangat pulak aku ni terbabas.

Ape-ape pon, aku harap Haikal & Aqil kami ni dapat membesar dengan baik. Semoga hidup mereka sentiasa dilimpahi kasih sayang dan kebahagiaan. Amin.

Untuk Along & Kaklong,
Mama dah bagi warning awal-awal, nanti anak kedua TAK BOLEH serentak.
So camne tu? Kompom ke boleh tak serentak lagi next time? Hahaha
Dah tu kalau rezeki kita asik nak serentakkkkk je. Nak buek camno, yo tak? ;)

4 comments:

mizzkechique said...

bestnya...

littlehumblelynn said...

mmg coincidence betul!!

apapun slmt berpantang serentak jugak..jangan ngelat minum ais pulak..

isabelle said...

bila MJ tu..cepat2 call along, cakap kat dia "malam ni korang jangan, biar kitorang je..."

huahuahua

lovelywa said...

best jugak ye serentak2 gitu..heheh