Haikal's 7th day: Belah mulut & cukur kepala.

Maka dah genap lah sebulan++ umur anak bujang aku tu (Haikal).
Aku ingat baby umur sebulan dah boleh bercakap, berjalan, berlari segala.
Tapi rupanya dia baru pandai tidur nenen tidur nenen je. Eheh.
So takde ape lah sangat yang nak diceritakan walaupon dah sebulan umurnya.
Oh tapi kan, dia dah pandai hisap jari. Selalu basah-basah la mittens dia.
Kalau tak pakaikan mitten kang, mencakar muka je pulak kerjanya. Haihhh

Ekceli aku nak cerita pasal Tahnik (belah mulut) dan bercukur masa Haikal berumur 7 hari. Kitorang buat sendiri-sendiri je. Aku pon baru seminggu lepas melahirkan masa tu. Masih lemau-lemau lagi. So aku suruh laki aku yang uruskan segala-galanya.
Kitorang nak jugak buat masa hari ke-7 tu sebab nak ikut sunnah Nabi. InsyaAllah dapat la berkat sikit kan.

Untuk belah mulut (tahnik), hubby panggil Imam masjid dekat-dekat sini je untuk buatkan. Walaupon masa hari ke-3 Daddy dah tahnikkan Haikal, tapi hubby nak buat lagi sekali sebab afdalnya hari ke-7 kan.

Layan je la beberapa gambar tahnik Haikal kat bawah ni. Gambar aku tak banyak sebab, alaaa biasa lah orang sakit mana nak bergambar wehh. Tengah tak macho. Haha


Hubby is borak-boraking with the Imam


Imam mulakan tahnik dengan Azan & Iqamah.


And last sekali, barulah sentuhkan madu & kurma kat lelangit Haikal.

Selesai tahnik. =)

Lepas tu, nak bercukur pulak.
Disebabkan hubby tak berani nak cukur pakai pisau pencukur tu sebab kulit kepala dia lembut lagi, hubby decide buat pakai mesin trim tu je la.



Alamak anak aku dah start ehek-ehek pulak. Got to go lah.
Sekian. -..-"



2 comments:

isabelle said...

haikal botak mcm adib.
adib botak mcm seigin

lovelywa said...

kusss semangat pipi dia..kembang semangkuk..kiut ehh...hehehe