Jimba sama iparan yuk!

Masa balik "kampung" hari tu, sempat la aku berjimba dengan ipar-iparan ku kat Mutiara Damansara. Motif utama adalah untuk mensurprisekan adik ipar aku yang last yakni Paksu kepada Baby Haikal.
Masa tu dia belum sempat jumpa Baby Haikal lagi since sibukkk benau bekerja.
So kitorang je la yang bawak Baby Haikal kat tempat kerja dia tu.

Sambil tunggu kakak ipar aku yang no.2 (Angah) dan keluarga dia sampai, kitorang bergebang la dulu kat celah-celah building tu.


Susah kot nak cari kerusi kat e@Curve nih.
Limited sangat.
Aku yang dah nak patah pinggang, tercabut lutut ni terpaksa la bertahan.
Maklum la bawak bayi overweight. Keh keh keh.

Tak lama lepas tu, Angah pon sampai.
And nasib baik dia pinjamkan kitorang stroller anak dia.
Bcoz kitorang belum beli lagi stroller untuk Baby Haikal.
Bajet bila dia dah 6 bulan baru nak beli, tapi sekarang pon berat dia dah sama macam baby 6 bulan! Parah la maknya nak mengusung... -_____-"

Yeay! Paksu (leftmost) dah tengok Baby Haikal! =)


Angah with her daughter (Engku Naureen Hayfa). Muka dia fotostat muka mak habis okay!


Lepas tu kitorang decide nak lepak-lepak minum petang.
So kitorang singgah la kat JM Beriani.
APAAAA?? Minum petang dengan Nasi Beriani???
Sah GEMOK!
Eh suka hati aku la, perut aku yang tukang hadam, tak pinjam perut kau ponnnn. =P

Aku order nasi beriani ayam je pon. Tak amik nasi beriani kambing. 
Sebab kolesterol tinggi kannnnn. *kunun-kunun health freak la kan*
BAHAHAHAHA.

Sambil makan-makan borak-borak tu, Baby Haikal lenaaaa je.
Bising-bising camne pon, lenaaaa je. Hihi

Angah, Hayfa and Paksu =)


Lepas bedal segala nasi beriani dan tauhu bakar segala (eh sejak bila kau order tauhu bakar pulak? kolesterol..kolesterol..), kitorang pon berangkat pulang.
Baby Haikal pon dah merengek-rengek nak nenen masa tu.

Bila sampai rumah, MIL masak lauk sedapppp pulak.
Dan makan dan makan dan makan lagi... ;D

1 comments:

lovelywa said...

takpe..baby nyusu badan, maknye leh melantak banyak sket..kekeke