Now I know how it feels...


Tak lama lagi aku dah nak masuk belajar balik.
 Dah kena start berulang alik pergi lab. 
Dah kena start bergelumang ngan lumut.
T____T

Kejap je rasanya 3 bulan bercuti.

Aku tak tau camne nak explain perasaan aku sekarang.
Sedih.
Yang teramat sangat.
Baru aku tau perasaan mak-mak yang terpaksa tinggalkan anak kat sitter/nursery bila nak pegi kerja.
Baru aku tau kenapa ada ibu yang sanggup berenti keje sebab nak jaga anak.
Sanggup berenti belajar sebab nak jaga anak.
Sanggup duk umah 24/7 sebab nak selalu bersama anak.
Ikutkan hati aku pon nak buat camtu!

Tapi camne dengan cita-cita aku? Nak dapat PhD kununnya?
Dah 6 tahun aku belajar itu ini. Takkan nak stop gitu je?
Bersusah payah apply scholar. Dah dapat, takkan nak batalkan pulak.

Aku: Abang, abang sayang Haikal tak?
Hubby: Mesti la sayang. Itu kan anak abang.
Aku: Tak sampai hati nak tinggalkan Haikal kat orang lain kan?
Hubby: Hmm..tu la. Tapi nak buat camne..Terpaksa la.
Aku: Sayang rasa nak berenti belajar lah.
Hubby: Haish!
Aku: T______T

Bila pandang anak, rasa macam nak nanges tujuh baldi.
Punyalah tak sampai hati nak lepaskan anak kat tangan orang lain.

Aku harap Allah kuatkan semangat aku.
Supaya aku boleh hantar anak kat nursery/sitter nanti.
Supaya aku boleh teruskan mengejar cita-cita aku.

Okay nak sambung nanges lagi.
Baru enam baldi setengah.

I love you, anak..

5 comments:

isabelle said...

i love u too, jiji.
ehh..i love u too, haikal. (aunty nak panggil awak asyraf lah)

littlehumblelynn said...

abiskan study dulu..kejar cita2 awak..

smg dipertemukan babysitter yg btanggungjawab ok..

klcitizen cikgunormah said...

kuatkan semangat. moga Allah permudahkan semuanya.

miss nina said...

kiutnya baby.
anyway, selamat sambung belajar
all the best, mummy haikal

Anonymous said...

Tahniah Jijie...
Itulah yg saya rasa even smpai skrg my 2nd baby dah almost 10 bulan... kalau boleh tak nak kasi org jaga...
But nak buat camne...dah terpaksa keje..
anyway...selamat belajar kembali.

atie.