He prefers to sit unsupported- bajet kuat letteww!


Lately Baby Haikal prefers to sit rather than to lie down on bed.
Kalau baringkan dia, mesti mengamuk nak bangun.
Siap nak angkat-angkat kepala sendiri.
Bahaya betul kalau nak tinggalkan dia sengsorang.
Especially bila aku nak mandi ke nak solat ke nak masak ke.
Takut tak sedar dia angkat kepala and tertangkup muka. Terus tak boleh nafas.
Na'uzubillah la kan.
MIL cakap baby nak mula meniarap gitu la gayanya.

So kitorang terpaksa la rajinkan diri untuk melayan Baby Haikal nak duduk.
Walaupon baru 5 minit pegang dia dah boleh rasa sengal-sengal urat keti.
Mind u, Baby Haikal was 7 kg when he's only 2months old last month.
Bulan ni tak pegi check up lagi. So taktau berat berapa dah.
Agaknya dah macam pikul sekampit beras cap rambutan 5% peratus hancur tu.

Kalau kitorang banyak masa, boleh la layan Baby Haikal lama sikit.
Duduk kan dia, sambil borak-borak ngan dia.
Dapat duduk je, mesti dia gelak-gelak. Happy je.
Bila baringkan, mula la menendang-nendang minta duduk balik.
Haihhhh..awak tu dah la berat nak oiii.. T_T

Kengkadang risau jugak sebab Baby Haikal belum 3 bulan lagi.
Takut belakang dia tak cukup kuat.
Kang bongkok pulak anak bujang aku. =P

Tengok la ha budak ni, nak duduk tanpa dipegang.
Muka chuakkkk je kannnn

Senget-senget pon rela tak dipegang. Haih.

Bila dapat duduk, baik la mood dia.
Asik nak berborakkkk je.
Asik nak tergelakkk je.
Air liur asik nak melelehhh je.
Meleleh secara slow-mo pulak tu. Hihi


Nasib baik comel.
Perangai macam-macam pon Mama Papa tak jadi marah. -___-"

Sebelum tutup cerita, nah satu video Baby Haikal tengah sakan dapat duduk.
Kalau ada terdengar suara mengilai si mak bapaknya tu, abaikan je la. -..-


4 comments:

Kancilbiru said...

alolo tomeiiiinyaaaa dia....

Seni @ Nana @ Yus said...

comellll.. geram, nk cubit pipi dia. hehe.. erm, nak anak gak. tapi taknak kawin n mengandung. hahaha. camno tu?

NURUL AIN said...

kak jiah, seronoknyer tgok family kak jiah.....moga bahagia selalu...ameeeeeeeeen...hihi

Jiji-Fify said...

kancilbiru,
tengkieww makcik. :P

Seni Nana,
Eish tak elok la cakap camtu yang oi. kawin & mengandung tu besar pahala & ganjarannya. Try to take it positively ok. :)

Ain,
Tengkiu ain. InsyaAllah satu hari nnt giliran ain pulak berkeluarga. :)