Ini hadiah ke perli?? :P


Korang ingat lagi entry aku pasal setok breastmilk aku tu?
Yang buat freezer aku jadi sesak tu?
Yang tak pasal-pasal aku bangga sebab tak yah masak sebab takde tempat nak letak bahan mentah sebab freezer dah penuh dengan susu sebab aku pon sebenarnya memang malas nak masak.
Padahal masa tu ade je lagi sipi-sipi ruang celah-celah tu, boleh je nak sumbat sekor dua ikan.

Oh tapi masa tu aku baru kumpul 22 botol (5oz), sekarang susu-susu tu semua dah membiak menjadi 46 botol. Okay memang kompom tak muat nak masuk ikan. So memang kompom takyah masak << motif utama. Heh.



Tapi tetiba satu hari tu, gedebuk benda ni terpacak kat dapur.



Peti baru?? Lebih besar?
Omaggaddd..cepat cari alasan lain untuk tak yah masakkkk. =P
Okay it's big enough even to sumbat Baby Haikal kat dalam freezer tu. -___-"


Masa aku cakap thanks kat hubby sebab belikan peti sejuk baru, hubby dengan selamber menjawab, "Lepas ni boleh la sayang masak sedap-sedap untuk abang. Kan?"

GULPPP! *tertelan halkum sendiri*

Hamikkkkk kauuuu.. hihi
So kena la rajin-rajinkan diri untuk memasak balik pasni. =P

Lepas dah install peti, switch ON, bila dah sejuk, aku pon start transfer and susun la susu-susu kat dalam freezer baruuu.
Sambil monolog,"okay susun jarak-jarak sikit supaya nampak penoh!"
Bahaha. Hasutan syaiton sungguh!

Alamak..kenapa ade space lagi ni.. ;P

Sambil menyusun susu tu, tetiba hubby cakap, "Nanti abang beli ikan ye sayang."

Erk! Errr..okayyyyyyy.... T_____T


6 comments:

Ieda AlHabsyi said...

hahahahha! sedap je ko letak anak comel gebu kat freezer, hehehehe! untung banyak susu, ieda punya udah ellek :)

isabelle said...

ngehehe.
nnt akak suruh fify beli deep freezer mcm org simpan icecream tu...biar jenuh awak cari alasan lg.hihihi

✿ pink velvet ✿ said...

hahaha~ tepaksa lah masak jugaq ye daq

Kme said...

hahahaha comel gile haikal. haikal nk duduk dlm peti ais ke??

littlehumblelynn said...

kena beli deep freezer pas nih..kang susu bau ikan..hahahah..

Adlil Raida said...

kenapa haikal buat muke macam tu ?? hahahaha senyum kembang2 hidung :8)