Why so bother?


Last weekend, I attended a wedding of my supervisor's daughter.
The wedding was quite grand. Biasa la, anak tunggal pompuan.
Ada orang kata, everything was sponsored by the parents.
Wah untung lah. Kawen free! Hihi.

 With the mom-of-the-bride cum my supervisor- Dr. Norhashimah

 Baby Haikal's first time to attend a wedding ceremony. =)

Few days before the wedding, macam biasa lah kitorang nak prepare hadiah for the pengantin. Nak beli gift-wrapper lagi. Nak beli greeting card. Nak beli riben lagi. Nak beli selotape lagi. Gunting lagi. Okay takkan gunting & selotape takde standby kat rumah kot? Kecoh betul.

And masa nak balut hadiah tu, aku punya la duk pikir nak lipat kertas tu camne.
Nak kelepet style camne.
Nak buat bentuk kipas ke. Nak buat style goodie-bag ke.
And then dah balut nak tampal kad kecik yang ada tulis SELAMAT PENGANTIN BARU. IKHLAS DARIPADA BLA BLA BLA.
Padahal kalau ikhlas takyah la tulis daripada siapa segala. Betoi dak?
Lepas pung pang pung pang, nah siap pon hadiah untuk pengantin. 
Dengan harapan, aku punyalah yang paling kreatif.
Aku punyalah yang paling cantik wrapper nya.
Aku punyalah yang si pengantin akan suka and ingat sampai bebila.

Tak lama lepas tu, tetiba aku teringat masa aku baru kawen dulu.
Pada malam pertama lepas bersanding.
Selalunya malam pertama pengantin buat ape eh??
BUKAK HADIAH YE KENGKAWAN.
bukan beromen. heh

So habis je majlis resepsi kat Dewan PKPS tu, berlonggok hadiah menanti kitorang kat rumah.
Alhamdulillah la kan. Rezeki.
Tapi yang jenuhnya, kitorang kena unwrap one  by one. Memang jenuh.

Aku taktau camne depa angkut hadiah ni semua dari dewan PKPS ke rumah. -___-"

So kau bayangkan, dah la tengah kepenatan sehari suntuk untuk majlis resepsi.
Pastu ada selambak hadiah untuk dibuka.
Kau rasa si pengantin kesah ke wrapper sape paling lawa?
Greeting card sape paling mahal, paling kiut. 
Oh yang ni kelepet tang sini, yang ni pulak kelepet tang sana. Kreatif nya!
Oh comelnya kad ni ade gambar teddy bear lah! Comelnya!

MEMANG TAK.

Based on my experience, semua hadiah telah dibuka dengan rakus.
Ofcos la some were attracted, tapi untuk sesaat dua je la aku tenung. Pastu campak.
Maksud aku, gift wrapper tu ye. Bukan campak isi hadiah.
Isi hadiah tu lain cerita. Siap pelok-pelok. =P

 

At the end of the day, lepas semua hadiah dah dibuka, akan ada satu longgokan gift wrapper yang saaaaaangat banyak.
Being an environmentalist, aku rasa saaaaangat membazir nak buang.
Aku tau semua wrapper tu bukannya murah. Pakai duit jugak kan.
Entah berapa banyak pokok la kena tarah nak buat wrapper tu semua.
Pastu berapa saat la sangat wrapper tu membaluti hadiah-hadiah tu semua.
Pikir-pikir balik, what a waste kan?
Kalau sekeping dua tu, I might want to reuse it. 
Tapi kalau dah selambak gitu memang tak kuasa la kan.
But ofcos I appreciate every single pressie we got.
In fact, sampai hari ni pon, aku boleh ingat sape yang bagi hadiah ni hadiah tu.
Kalau guna rice cooker, oh rice cooker ni Atuk bagi.
Kalau guna sandwich maker, oh ni kawan hubby bagi.
Kalau guna oven, oh ni polan ni yang bagi.
Kalau guna cadar sarung bantal comforter, oh ni makcik ni yang bagi.
Kalau guna towels, oh ni minah ni yang bagi.
Kalau guna pinggan mangkuk cawan sudu garpu pisau senduk nasi, I still can remember who gave me that thing.
Dan baaaaanyak lagi.

Yang ni antara hadiah yang paling aku ingat.
It was given by my ex-schoolmate.
Sangat sweet bcoz ada sulam nama kat towels tu.
Thank you, Faziela! =)

Moral of the story, pasni tak payah la nak berabih sangat kalau nak wrap hadiah orang kawen. Pakai kertas cikai-cikai je pon takpe. At least, worth it la kalau si pengantin nak buang begitu saje. Yang penting, isi hadiah tu berguna la untuk si pengantin tu.

1 comments:

klcitizen cikgunormah said...

banyaknya hadiah dapat masa kawin tu ya.. :)