Eventually dapat jugak merasa..hihi


Dah lamaaaa aku dengar depa dah launch duit syiling baru seposen, doposen & limaposen. Dah distributed all over the country dah pon.
Maka kecoh la rakyat-rakyat Malaysia yang terawal dapat sentuh duit syiling. Lepas satu, satu belog tayang duit baru tu.
Aku jugak la yang loser tak jumpa-jumpa lagi duit tu.

Sampai la bebaru ni, last week kot, nak berceceran air mata aku bila makcik jual nasi berlauk tu hulur duit syiling baru tu kat aku. Sebak melihat duit baru yang telah lama ku nantikan kini berada dalam genggaman. Aku rasa nak peluk je makcik jual nasi berlauk tu sebab bagi baki duit tujuh posen kat aku. Dalam banyak-banyak duit syiling dalam balang duit makcik tu, akhirnya beliau telah mencabut duit syiling lima posen & doposen baru untuk diberikan kat aku. Ya, aku lah insan terpilih itu. HAHA.

Sampai ke sudah la aku riuh menayang duit tu kat semua orang.
Tolong la cam tenuk betoi perangai kau.

Perangai aku bertambah ketenuk-tenukan bila selang beberapa hari lepas tu, aku dapat duit seposen baru pulak dari abang cashier kat Tesco. 
Nasib baik kita bukan muhrim, kalau tak I dah peluks you taw! kehek kehek kehek

 
 Maka lengkaplah koleksi duit syiling bawu ai! Yew jangen jeles!

Padahal sebelum-sebelum ni aku seorang yang tak suka betoi simpan duit syiling. Buat berat wallet je. Tapi bila dah dapat pegang duit baru ni, beria benor pulak nak meng-kolek. Poyo je enn?

Okay sumpah loser giler entry aku kali ni. Kesian!


2 comments:

isabelle said...

hihihi..akhirnyaaaa....
xpe dik, kejakunanmu itu..u r not alone

lovelywa said...

kite lagik sian jie..langsung tak penah tgk dan tak penah pegang lagik..aduuihhh...sodehhh!!