Jiran sebelah

Sejak sebulan lepas, ada family baru yang join neighbourhood kitorang.
Diorang duk sebelah rumah aku.
Sebelum ni memang tak pernah ada orang pon duk rumah tu.
So bila diorang ni masuk, kitorang seronok la skit. Ade jiran baruuu.
Ade la geng nak borak sambil-sambil menyidai baju tu kan.
Tak pon sambil-sambil menyapu  car porch tu. Walaupon tak kotor, tapi bila tengok orang sebelah menyapu, nak jugak tunjuk rajin. Bahah.

Yang menariknya, jiran aku ni ada satu hobi.
Hobi yang agak annoying sebenarnya.
Diorang ni sukaaaa sangat la pasang lagu karoke kuat-kuat.
Kuat yang amat, sampai aku kat sebelah rumah dia ni, boleh join miming sekali.
MIMING okay!
Maksudnya sampai suara aku pon tenggelam dengan lagu tu.
Uishhh..kot ye pon, consider la skit kan. Aku kan ade baby.
And diorang pon tau kitorang ade baby.
Kalau aku ni bujang atau belom ade anak, nak je aku join melalak sekali ngan lagu yang diorang pasang tu. Agak-agak diorang nak pasang lagu dangdut ke, aku test la gelek sekali. Bukan ade sape nak tengok pon kan.. Dalam rumah sendiri je. Haha.
Tapi realiti sekarang ni, aku ade baby.
Kengkadang Baby Haikal baru nak tido, tetiba bergema pulak lagu Cinta Pantai Merdeka.
Baru nak lelap budak tu, datang pulak lagu Di Sana Menanti Di Sini Menunggu memecahkan kesunyian alam. -..-"
Terkejut-kejut anak aku tu tido. Duhhhh!

Maklom la sikit, kita ni duk rumah teres je cik kak cik bang sebelah oii.. 
Hang gian sangat nak melalak hari-hari, pi la duk rumah banglo ka..
Dah tak mampu sangat nak beli rumah banglo, hang tepek la lapik telor tu keliling dinding rumah hangpa. Kasi sound proof la sikit. Kalau nak, saya boleh tolong tepekkan. Dengan telor-telor sekali saya tepekkan kat muka abang kakak sekalian.
Boleh terhakis jugak telinga aku ni duk dengar hangpa duk karok hari-hari.
Ade sekali tu, aku terdengar bini orang sebelah ni sound laki dia sebab pasang lagu kuat sangat, tapi laki dia buat bebal je.
Hmmm..Kalo bini sendiri pon takleh tegur, apatah lagi jiran sebelah yang tak memberikan ape-ape signifikan pon dalam hidup beliau.

Anak-anak orang lain membesar dengan lagu Barney.
Anak aku membesar dengan lagu Padap Pap Awas Padap Pap Awasss! T-T

3 comments:

littlehumblelynn said...

Psycho dpt jiran sewel gt.smg bwk bersabar yek

Adlil Raida said...

weh itu memang mintak telur berlori-lori dah tu! ish ish ish

dinashuz said...

hehe yang baby dina pulak membesar dgn jiran yg x habis2 renovate rumah. drp dina pregnant sampai baby dh 6 bulan x siap2 renovatenya. siang2 ketuk pang pang drilling lagi.. malam2 asyik ketuk paku... pelik betulll x consider org lain agaknya org2 mcmni