5- 10 % only??!

During my Master years back in 2010, ada sorang pakcik ni (who was like a father to me) told me "When u get married, have kid(s), u'll only spend 5-10% of your days with your partner/spouse. The rest will belong to your kid(s)."
Masa tu, I was about to invite him to my wedding.
Masa dia cakap tu, I was like, elehhh ye la tu. Takkan 5-10% je. Padahal serumah, sebilik, sebantal, seselimut. Mesti la most of the time will be spent together. 
Heheh.
Masa baru-baru kawen, yes. Most of the time were spent together.
Tapi bila dah ada anak, only thennn I realized.


Kau bayangkan eh.
Dah la masa tido anak tido kat tengah (antara aku and hubby).
So tetiba dah ada barrier di situ.
So untuk tido berpelukan seperti sediakala adalah mustahil ye tuan puan.
Tapi kengkadang terpaksa jugak lah anak tido tepi bila dah daruratttt sangat tu kan. ;P
Pepagi bangun tido je. terus tengok muka anak. 
Kiss-kiss anak. Gomoi-gomoi anak dulu.
Bau baby baru bangun tido adalah sangattttt nikmat okay. 
Rasa macam nak tepek je Baby Haikal kat batang hidung.
Tapi bau bapak baby baru bangun tido, ohhh... *pengsan*
Kalau dulu, bukak mata je terus rasa bahagia berada dalam pelukan suami/isteri.
Masa tu tak perasan pulak bau hapak ke ape.
Tapi bila dah ada Baby Haikal ni, terus hapak tetiba. 
Baby Haikal je la yang paling wangi. Haha

 

Waktu makan kitorang pon dah tak boleh together-gether. 
Especially bila anak dah makin lasak ni.
Sorang tengok anak, sorang lagi melantak. Kena bergilir.
Kengkadang ada la jugak time kitorang makan, Baby Haikal tido.
Tapi dalam seminggu aku rasa dalam 0.05% je la yang dia tido time kitorang makan.
Nak makan pun kena laju-laju. Sebab bergilir kan.
So nak buat muka feeling-feeling masa makan macam dalam JJCM pun memang tak boleh. Nganga mulut, masuk makanan, kunyah-kunyah sikit, telan. Tak sampai 30 saat, dah licin pinggan. Pastu tukar turn jaga Baby Haikal. 
Gitu la kekdahnya.
Nak kata rindu saat boleh makan bersama, suap-suap, kepit-kepit masa berdua dulu. Memang tersangat rindu lah kan.
Siap boleh pilih menu lama-lama. Selak buku menu lama-lama.
 Dah berjuta kali khatam buku menu tu pon, still nak selak lagi jugak. 
Sampai waiter boleh tertido-tido sambil tunggu order.
Tapi sekarang, sekali selak je, okay saya nak lamb chop satu! 
Padahal mukasurat pertama ialah menu air buah. 
Nampak sangat lah menu tu dah termaktub dalam otak kau sejak sekian lama. 
Dah hafal tetiba.

 

Kalau dulu, keluar dating boleh pergi midnite movie.
Boleh lepak pantai sampai tengah malam, boleh tawaf uptown seploh ratus kali.
24jam berkepittt, holding hands.
Bila dah ada Baby Haikal, dating kat tesco je la. 
Tak tesco, giant, tak giant, jusco, tak jusco, pasaraya Jaya Gading pun jadi. 
Tu pon dah takleh holding hands dah. Hold Baby Haikal using hands ade lah.
Sorang sorong Haikal, sorang lagi sorong barang.
So nak holding hands camne gitu? Holding kaki boleh?
Nak keluar midnite/lewat malam pon kena pikir dua-tiga ploh kali, lepas pikir dua-tiga ploh kali, terus tak jadi. Duk rumah lebih bagus.


Dulu kalau call/sms,boleh gayut lelama.
Bersayang-sayang bagai.
Tak kesah la sambil masak pon boleh gayut.
Sekarang, bila call/sms je,
Haikal okay? Dia nanges-nanges tak? Rindu Haikal la..
Baby Haikal terus jadi watak utama tetiba.

Panggilan "sayang" tu pon tetiba dah merujuk kepada Baby Haikal.

Hubby: Sayang okay tak?
Aku: Okay je.
Hubby: Bukan tanya Mama la. Tanya Haikal.
Aku: T_T

****
Aku: Are u sleepy, sayang?
Hubby: Ha'ah. Jom tido.
Aku: Hello i'm not asking u lah. Haikal ni ha menguap.
Hubby: Tapi abang pon menguap. :(

Look at my drumstik, salai pon sodappp

Itu baru beberapa yang aku list kan. 
Tu pon dah nampak kesahihan fakta pakcik tu.
Mengikut perhitungan statistik aku, masa aku spend dengan hubby memang lah banyak. Tapi perhatian antara kitorang berdua tu dah kurang. 
Setiap saat Baby Haikal jadi priority.
Maka betullah ape pakcik tu cakap, 5-10% sahaja quality time bersama.
Ini baru anak sorang, kalau anak lima? Terus 0%.
Kalu anak patbelas? Terus -16%. Dah paras beku dah tu. Ehh?!

Kesimpulannya, jadi ibu bapa ni besar tanggungjawabnya.
Mental fizikal kena terima komitmen yang dianugerahkan. Anak kan anugerah.
Sebab tu kena spend more time dengan dia. Jaga dia elok-elok.
Kalau tak, kita jugak yang disoal nanti.
Pasal hubungan antara suami isteri, orang kata, kehadiran anak boleh menyerikan lagi rumahtangga. Memang betullah.
Sejak ada baby Haikal, makin banyak masa kitorang bergurau senda, bergelak ketawa satu family. Rumah makin riuh. Bagi aku, Baby Haikal la hadiah paling indah pernah aku dapat.

Cuma perhatian aku kat hubby (and vice versa) tu yang makin kurang. Eheh.

5 comments:

isabelle said...

cian fify..kekurangan kasih sayang.

nanti dah masuk dua tiga nanti...aisehh

Ms Fai said...

termenung kejap lepas baca entri ni. fai menag sokong 100% apa yg sis tulis tu. sekarng ni fai masih belum ada baby,sepatutnya fai spend quality time ni dgn hubby. once dh ada baby nnti dh tak boleh nk manja2 n berkepit mcm sekarang kn? huhu... thanks a lot sis sebab dah buat fai tersedar dari "tidur" ;)

Ms Fai said...

typing error *memang

Jiji-Fify said...

Kak is,
kurang kasih sayang?? tapi tengok perut macam dah terlebih kasih sayang jewww haha

ms fai,
Yup u shud spend masa habis-habisan dengan ur hubby sebelom ade anak. Pergi la honeymoon puas-puas. Nanti dah ade anak, gedebuk tanggungjawab lebih berat. haha

lovelywa said...

malas nak akap..memang btul lah tuh..nnt klau haikal dah bole bercakap..memang tepon tu haikal je la yg ckp klau papa dia call..ckp dgn maknye."emm oklahh..bye"..