Ompek bulan

Alhamdulillah Baby Haikal dah ompek bulan.
Bak kata orang kampong aku, four months old. Ah gittew!
Macam bulan-bulan sebelum ni, Baby Haikal makin hari, makin godang, makin bosar (besar), makin borek (berat), makin suko terajang-terajang.
Tengah tido pon selamber je terajang mak paknya. -___-"
Sampaikan maknya rela tido atas sofa agar tak diterajang. Nightmare betul!


Masa check-up 4 bulan hari tu, Baby Haikal punya
berat is 8.6 kg,
tinggi is 64 cm.
Dah la masa check up hari tu, ada sorang ibu dengan anaknya berusia 8 bulan duk sebelah aku. Terkejut badak makcik tu bila dengar berat Baby Haikal dah 8.6 kg sebab berat anaknya ialah 8.9kg.
Again, anaknya dah 8 bulan okay. Haikal baru 4 bulan.
Haihhh..kau tengok, Haikal.
Rakan sebaya kau semuanya selim-shedeyhh.
Mak taktau nak buat muka camne kat makcik tu, nak.
Memang kurniaan sungguh la dapat anak incredible hulk macam kau ni. -..-



Untuk menambahkan lagi terkejut badak makcik tadi tu, Baby Haikal sekarang dah mula pakai pampers saiz XL.
Masa lahir, pakai saiz S.
Masa dua bulan, pakai saiz M.
Masa tiga bulan pakai saiz L.
Masa 4 bulan pakai saiz XL.
Hah elok la tu. Kang bulan depan pakai saiz XXL pulak.
Pastu bulan lagi satu, dah takde saiz.
Kau pakai je la spenda bapak kau ye.
Tak pon nanti mak survey pampers untuk warga emas tu. Kot-kot ade yang muat.
Mak dah tak kuasa nak pakaikan pampers kecik, asik tembussss aje.
Kang jiran-jiran pikir lain pulak bila mak asik menjemur cadarrrr je kan. ;P

 Kalau last month, Baby Haikal macam tak berapa larat nak pusing badan untuk meniarap.
Tapi since last week, dah bertubi-tubi pulak dia pusing.
Dengan sendirinya pulak tu. Kengkadang dia terus landing atas lantai.
Aku chuak la jugak. Takut surface tu keras ke sejuk ke.
So tilam kekabu bayi yang dibeli empat bulan lepas, dah semakin kecik untuk Baby Haikal.
Sekali pusing, terus terbabas.
So nak selamat, aku letak Baby Haikal atas katil  je la. Pastu pagar dengan bantal.
Tapi kena observe la. Takut jatuh katil pulak.

Kalau time mandi pulak, Baby Haikal dah mula pandai main air.
Main air di sini means menendang-nendang air sampai tersimbah ke muka emaknya yang suci ini. So everytime mandikan Baby Haikal, harus la aku termandi sekali.
Lepas ni aku kena standby baju hujan. Or at least payung. T_T

Banyak lagi la perkembangan Baby Haikal sebenarnya.
Kalau nak cerita satu satu memang terhakis la jari aku nak menaip ni.
Padahal malas.
Tapi makin hari, Baby Haikal gelak makin sakan.
Gelak sampai hilang mata.
Dah la leher memang dah semulajadi hilang. -..-



 Pastu dia dah pandai grab soft toys. Pastu sumbat ke mulut.
Bila toy tu dah penuh dengan air liur dia, dia sumbat pulak ke mulut aku.
Baik sungguh budi pekerti mu wahai anakku.

 

Selain tu, Baby Haikal dah makin observant.
Kalau makpaknya berborak, dia tengokkkk je.
Kalau tengok TV pon sama.
Banyak lagi lah kalau nak citer kan.
Lengkali la pulak aku update.
Takpon simpan je untuk 5 bulan sok. Eheh.

Oh lagi satu, next two weeks, aku kena buat Pap Smear. Tatotttt!
Sakit tak eh? =P

6 comments:

♥ Elin ♥ said...

waaaaahh!! semangatnya! 8kg gitu!!!

mesti betis mcm keledek!!!

isabelle said...

pap smear? hahahaha.padan muka hang.

wei dik..akak rasa lps haikal pakai spender fify x muat..mesti dia kena pakai spender hang pulak kan?
baru muat.
kan?kan?

Ummu Majdiyya said...

pap smear tak sakit pun. hehe. kejap je. :) baby haikal terrrrlampau comellllll

Jiji-Fify said...

Kak is, sorry spenda I takde space "lebih" kat depan. So tak seswai. :P

lovelywa said...

adoii laa..kelakor la nko ni jie..

matahariku said...

anak saya 3 bulan 8.6 kg... macamana tu... tapi yg peliknya dari gambo baby haikal nampak baby haikal lebih gebu dari baby alif. Nanti kalu berpeluang, saya post gambo baby alif kat sini. Tapi yg semestinya baby haikal memang nampak lagi gebu. Soooo cute!!!