Tiram cinta saja.

Semalam, hubby pulang dari tempat keja dengan senyuman telinga ke telinga.
And aku noticed beliau menjinjing sesuatu dalam beg plastik.
Dalam hati aku, oh ni kes nak suruh aku masak la ni. 
Siap pi beli ikan segala.
Maka aku terus buat-buat sibuk layan Baby Haikal. 
Bahaha durrrrhaka betoi.
Tapi aku pelik bcoz hubby dengan muka selamber pergi ke dapur dan berting tang ting tang sendirian kat dapur nun. 
Apo buek eh? Ontahhh..
Bila aku jenguk, rupenya he brought some fresh oysterrrr!!!
Godang-godang pulak tu. Tergamam aku.
Urat-urat otak aku terus lajuuu je imagine gambar ni.

Huhh..apakah benar hubby nak bagi aku seketui mutiara cinta?
Apakah mutiara cinta tu bernilai juta juta juta juta??
Boleh lah aku gadai dan beli ferarirerocher seploh ketui?
Maksudnya lepas ni aku akan menjadi kaya?
Apakah ini betul-betul kejadian?

Tetiba air mata bergenang di kelopak mata tahan sebak dan terharu sambil tenung wajah hubby dalam-dalam.
Tak sangka suami yang dicintai selama ini nak bagi aku mutiara cinta.
Tetiba lagu KRU jadi theme song.

 Apa saja untukmu
Ke dasar lautan biru
Bertaruh nyawa andai kau kau damba
Mutiara... di hari lahirmu~~

Ohhh hubby aku cinta padamu (mata bergenang lagi).

Tetiba hubby berkata, 
Sayang makan tiram tak? Ni abang dah kopekkan nanti sayang masak ok.

Apaaa?? Makan?? Tiram?? Without pearl??

Air mata yang bergenang tadi terus tersedut semula ke dalam mata.
*Memang dasar kuat berangan betoi*

 Terus kesat-kesat mata, sambil buat muka bodoh.
Aku: Mana abang dapat ni?
Hubby: Ade la...Sayang makan tak? Abang amik untuk sayang la ni.
Aku: O ye ke. Tengkiu T_T

Elehhhh.. ini mesti kes tengah pasang tiang jambatan ke ape kat tengah laut tu, tetiba terlanggar terumbu oyster. Dan oyster-oyster tersebut marah lalu bertebaran di permukaan laut. (dah macam kes langgar sarang tebuan pulak imaginasi aku nih). Lalu seorang nelayan ternampak dan terus mencampakkan jala lalu meragut semua oyster tersebut dan jual kepada orang-orang yang tengah pacak tiang jambatan tadi.
-___-"

Maka dinner malam tu, beroyster-oysteran la kitorang. Slurpppp!
Tak dapat mutiara cinta, tiram cinta pon jadi lah. Ye dok?

Nah gambar oyster yang dibawa pulang oleh hubby.

Gambar oyster yang dah dimasak tak sempat nak capture. 
Tau-tau je, ehhh dah sampai kat usus besar. Eheh.

3 comments:

isabelle said...

i love oysters...
tapi bila nak mkn, mesti tingat citer mrbean. hihihi

Bardboo said...

ko masak apa tiram tu?

Jiji-Fify said...

Bard,
Aku pon taktau la aku masak ape. haha
Yang macam orang masak lala tu. ape tah nama masakan tu. aku tau makan je. :P