Baby Haikal genap 0.42 tahun

Poyo tak mention umur dalam bentuk perpuluhan bagai. 
Hah ape lagi? Korang kira la 0.42 tahun = berapa bulann?? 
Haaa nak amik kelkeleter la tuuuu!!
Tu belom aku bagi dalam bentuk perpecahan, peratusan atau pengamiran lagi. 
Tetiba emosional sebab tak dapat terima kenyataan bila adek aku boleh dapat A+ subjek Add Maths bebaru ni.
How come ehhh??
Aku dulu, dapat D pon dah buat sujud syukur patploh kali.
Gila kau masa tuh. 
Setiap kali abis solat aku doa mintak subjek Add Maths dimansuhkan. Tapi sampai sekarang Alhamdulillah wujud lagi subjek tu. T_T

Okay habis cerita Add Maths.
Sekarang cerita pasal Baby Haikal yang dah genap 5 bulan.
Dah 5 bulan rupanya anak Mama nih.
Tapi sampai sekarang, aku masih teringat-ingat detik-detik masa memberanakkan Baby Haikal dulu. Fuhhh..dah 5 bulan berlalu.
Kalau masa lahir dulu, berat Baby Haikal 3.99kg, tapi sekarang berat dia dah 8.7 kg.
And tinggi dia maintain macam bulan lepas 64cm.


Macam baby-baby lain, bila dah 5 bulan ni, makin banyak perkembangan Baby Haikal.
Selain badan berkembang macam belon, Baby Haikal dah makin pandai main. Pandai ajak borak. Pandai toleh bila orang sebut nama dia.  Baru kenal nama sendiri la tu. :)
Selain tu, Baby Haikal dah makin stable bila meniarap.
Siap dah boleh pusing-pusing and main masa meniarap.
Kengkadang sambil tidur pon boleh otomotik termeniarap.
Habisss laa pasni mesti kau tepis mak pak kau jatuh katil kannnn..
Makin lasak tido nya!



Selain tu, Baby Haikal dah pandai buat macam-macam mimik muka.
Semalam aku dah publish muka dia tahan nanges. Yang tu paling tak tahan ah. Aku gelak berguling everytime dia buat muka gitu ok.
Mimik muka lain, ni ha...
Muka geram.


 Dia akan buat muka camni sama ada geram nak capai something, tak pon geram kalau tengok mak pak dia makan.
Ketap bibir, tangan kaki gigil-gigil. 
Hah tu memang trademark geram la tu.

Selain tu, aku perasan makin hari Baby Haikal makin rapat dengan Papanya.
Kalau dapat landing kat atas Papa, kejap je terus lena.
Kalau ngan Mama, kena merengek dulu. Kena cakar-cakar muka Mama dulu.
Kena tampar-tampar Mama dulu. Dah puas buli Mama, baru dia tido.
Sampai hati buat Mama begitu ye nak..
Padahal Mama yang mengandungkan dan melahirkanmu ke dunia ini.
*Ayat tipikal si ibu. Haha* 
Haihhh..dah tagteam dengan Papa, apsal kau tak sondol je nenen Papa tu kalau lapar yangggg..

 


Kengkadang jeles jugak aku tengok dua beranak ni kemain mesra.
Ada sekali tu, Mama aku cakap, Hafify (hubby) lagi pandai buat Haikal gelak. Haikal tengok Papa dia je terus nak gelak.
Pergh menggelegakkkkk je hati seyy..
Berasapppp je lobang idung ni ennn..

Ni video Baby Haikal tengah sakan main dengan Papa dia.
Maknya jadi tukang record je.
Siapalah diri ai ni kannnn.. T_T
 


Ada one of Mama's friend bagi toy ulat kat Baby Haikal. Thank u aunty!
Tapi aku perasan, dia meroyan semacam kalau main dengan ulat tu.
Taktau la dia marah ke geram ke ape. Siap jerit-jerit sambil kerut dahi lagi.
Tengok video bawah ni.



Dah. Tu je update pasal Baby Haikal.
Sekian. Timo kaseh.

3 comments:

lovelywa said...

uii berbeza sungguh kulit pak ngn anak..ni sure ikut mak nih putih melepak..bab math i memang fail..so teka je lah..4 bulan 2 hari..kan kannn??

Fai Shaklee said...

tersentuhnya hati baca entri akak ni. dlm hati ni duk berkata2, bilalah agaknya Allah nak bgi baby kat kami... huhu... ape pn baby haikal mmg sangatttttt comel! ;)

Jiji-Fify said...

Lovelywa,
ni kalo my hubby baca statement u ni, mau berasap tinga dia! haha. 0.42 tahun = 4 bulan 2 hari???!! Cemerlang!! ;)

Fai,
Alahai.. takpe la Fai.. Allah dah tentukan rezeki utk setiap hambanya. Teruskan berdoa ye. Sementara tu,bykkan masa bersama hubby. Nnt dah ade anak, mesti u rindu saat nak berduaan bersama suami. :)