Hair Loss

Lepas beranak, aku mengalami masalah keguguran rambut yang dasat.
Rambut aku takde lah panjang mana.
Sampai paras ketiak je. Macam kalau kau depakan tangan, terus rambut kau nampak macam bulu keti. Jadinya, rambut telah resemble bulu keti tetiba.
*Punyalah detail nak bagi deskripsi*

Walaupon rambut aku tak panjang mana, tapi bila dah berguguran secara pukal tu, berlingkar-lingkaran sana sini. Aku rasa annoyed la jugak.
Everytime aku mandi, nak kena kutip satu-satu yang berguguran atas lantai bilik air.

Tengok la kemain banyak rambut aku gugur.
Ni dah habis gemalai dah aku belai shampoo kat kepala. 
Nak jugak gugur dengan banyaknya. T_T

Kat bilik tidur pon banyak rambut aku gugur.
Kengkadang bangun tidur, sampai ke muka Baby Haikal rambut aku melingkar. Rimas betul aku tengok.


Pendek kata, seluruh rumah la ada rambut aku. Hatta kalau aku ikat/klip rambut 24 jam pon, adaaaaa jugak yang nak gugur. Memang takleh handle.
Kalau 3 hari tak vacuum, terus nampak macam rumah hantu, banyak rambut berceceran.


Itu belum time aku sikat rambut. 
Harus la selonggok rambut di dalam genggaman. T_T
Masa aku baru noticed pasal rambut gugur ni, aku punyalah chuak.
Ye la kalau dah berdozen-dozen rambut gugur, mau botakkkk kanggg.
Tapi aku tengok mak aku and mak-mak orang lain, takde pulak yang dah berjaya gugur sampai botak.

Ni yang aku baca dari SINI:
Women often see noticeable hair loss a few months after childbirth. This hair loss is completely normal. It is caused by falling estrogen levels. After delivery, you may be losing about 500 hairs a day. This can be very disturbing, but try not to worry too much — you won't go bald!
The good news is that this hair loss is temporary and you do not have to do anything to remedy it. Most women see their hair return to its normal fullness by their child’s first birthday. Many women regain normal fullness even earlier.


Uwaaaaa!!! Bila anak setahun kang baru rambut akan kembali normalll?? 
Lamanya lagiiiii.. =(
Aku rasa nak pergi haircut la to minimize the hair loss.
Hopefully hubby tak kesah la. Bcoz dia pernah cakap, dia lagi suka tengok aku rambut panjang. Hmmm..


3 comments:

chepah ila hussein said...

biasa arr tu rambut gugur.rambut saya pun berlambak gugur....

=___=

nanti kalau anak dah pandai menyembur lagi banyak rambut gugur...itu kata orang tua2 la.

pengsan!

YanaHime said...

actually, potong pendek pun takkan bg apa2 kesan...masih akan gugur jgk...Yana dah potong pendek pun masih tetap gugur...best solution cr supplement, planning nak beli shaklee pya supplement

Jiji-Fify said...

Chepah,
Alamak ye ke. ni pon baby haikal tu nak belajar sembur2. haihhh.. kena standby shower cap la camneh. ;O

yanahime,
tu la kan. gugur tetap gugur jugak. tp hopefully, kala rambut pendek gugur takde la melingkarrrr sgt. huhu