Kalau lah malang itu berbau..

Maka boleh la kita sense awal-awal.
Dan menjauhi malang tersebut awal-awal.
Betol dok?
Tapi malangnya, malang tidak berbau.
*merepek je mukaddimah aku kali ni*


Ape perasaan korang, bila amik anak dari babysitter/nursery, 
begini keadaan anak korang..


Tak ke nak melalak kau tengok anak kau gitu? Sanggup?
Menitik air mata aku weiii. Seriously.
And this is not the first time ok.
FYI, aku still hantar Baby Haikal kat babysitter yang banyak songeh tu. Bcoz belom ketemu babysitter baru plus lately aku agak occupied untuk survey babysitter baru.
Sebelom-sebelom ni, gitu jugak la rupa Baby Haikal everytime aku fetch dia kat rumah sitter tu.  Tapi aku tak pernah reveal kat belog sebab..

1) Sebelom ni takde lah terok sangat. Merah sikit-sikit je. Lepas mandi, kulit Baby Haikal kembali normal. So aku rilek lagi. Tapi kali ni, paling terok! Siap ade kesan dia garu sampai berdarah.

2) Aku sebenarnya taknak meraih simpati. Especially dari kaum keluarga aku yang baca belog ni. Aku taknak depa risau. Tapi kali ni aku terpaksa reveal bcoz kot-kot belog readers dapat suggest ape-ape solutions ke or at least bagi moral support.

3) Aku sebenarnya malas nak cerita benda yang emo-emo kat sini. Tapi kali ni, aku betol-betol perlukan korang (sesape je yang tengah baca ni). Sobs.

Sebelom ni aku pernah tanya sitter Baby Haikal tu, kenapa kulit dia jadi gitu.
Dia boleh jawab ENTAH dan tanya kat aku balik soalan tu. Apekedehell!
Padahal, sepanjang Baby Haikal dalam jagaan kitorang tak pernah pulak dia jadi merah-merah camtu. Gebuuuu je ape.

So aku tanya la nurse/doctor. 
Diorang kata ada banyak factors that can cause allergic kat kulit macam Baby Haikal tu.Bcoz of panas/sweating ke, habuk/environment tak bersih ke atau susu yang dia bagi dah basi/rosak.
So aku pikir-pikir balik. 
Nak kata peluh, sebelom ni, Baby Haikal banyak berpeluh jugak, tapi takde pulak naik merah sampai camtu.
So sama ada Baby Haikal too exposed to dusty environment atau dibagi susu basi.
So ade sekali tu aku decide nak pi buat spotcheck kat rumah sitter tu.
Aku pergi waktu tengahari. 
Berjuta kali aku bagi salam. Tak jugak dibukak pintu.
And bila dia bukak pintu, aku tengok Baby Haikal tengah tidur meniarap kat ruang tamu kat atas karpet bulu-bulu yang sangat berabuk ya Rabbi!!
Pastu aku tegur la dengan cara baik. Padahal dalam hati berapiiii je.
Esoknya dia suruh anak dia sental karpet tu kat pagar.

Hmmm.

Pastu aku ade tanya dia jugak, expressed breastmilk yang aku bekalkan last week tu dia letak kat peti atas (freezer) ke peti bawah? Dia cakap peti atas. Plus dia kata dia memang tau, susu badan kalau tak frozen tak boleh tahan lama. 
Lega aku dengar.
Tapi petang tu, aku try test tanya anak dia pulak. 
"Dik, mak awak letak susu makcik kat peti atas ke bawah?"
Anak dia jawab, "LETAK BAWAH"

Huiiiiiii menyirap aku huiiiiii!!

Nanges-nanges aku mengadu kat hubby.
Hubby geleng-geleng je dengar. Nak buat camne kan, benda dah jadi.
So hubby kata, kena stop hantar kat sitter tu immediately.

Hmmm..

Malam tu, kebetulan aku ternampak jiran sebelah (Kak Sa) tengah sidai kain.
So kitorang berborak la kejap. Laki dia pon join borak sekali.
Kak Sa ni family muda jugak. Ada anak kecik jugak.
Aku pon tercerita la kisah sedih aku nih. Huhu.

Tup tup tup rupanya dia pon pernah hantar anak kat sitter gila tu sebelom ni.
Kak Sa cakap,"Sebab sitter tu tak okay la, kitorang dah hantar anak kat orang lain. Sebenarnya dah lamaaaa kitorang nak bagitau korang yang sitter tu terok. Tapi korang tak pernah bukak cerita, takkan kitorang nak jadi batu api pulak."

Hmmm betul jugak kan.

Sambil kitorang berborak tu, berderau-derau darah aku dengar cerita-cerita Kak Sa. Dia cakap, selama dia hantar anak dia kat sitter tu, banyakkkkkk benda tak kena. Selain bagi susu rosak, rumah tak bersih, lambat tukar pampers, anak dia selalu jugak kena cubit and  kena pukul ngan hangerrr!

Hamik kauuuuuu.

At first, dia tak tau anak dia kena cubit/pukul. 
Tapi lama-lama bila dia realize anak dia takut bila nampak hanger. 
Bila ditanya, baru anak dia bagitau sitter tu duk pukul dia dengan hanger.

Vavi vangang nak mamfosss!!!

Lepas dengar cerita Kak Sa tu, esoknya terus aku tak hantar.
Padahal esoknya aku nak kena cari barang research kat kedai supplier.
Lusanya, aku ade seminar pulak.
Aku tetap jugak tak hantar Baby Haikal kat sitter tu.
So nak taknak aku usungggg la jugak Baby Haikal kulu kilir.
Susah tak susah kau bayangkan la sendiri.
Bawak baby kulu kilir, tengah panas ke hujan ke, aku angkut jugak si debab tu. Dia nanges nak nenen, aku stop kereta tepi jalan breastfeed dia kejap.
Aku terpaksa gagahkan jugak, asalkan anak aku depan mata.

So sekarang ni aku tengah buntu and desperate giler nak cari babysitter yang baru yang bagus untuk Baby Haikal. And obviously lepas ni aku akan lebih kerek lebih cerewet lebih selektif lebih alert ngan babysitter yang jaga Baby Haikal nanti.

Fuhh! 
Kemain kuat aku press keyboard menaip entry ni.
Ketap ketap tap tap tap tappppp bunyik.
Geram punya pasal.
Haha

Dalam gelak ada senyum.
Dalam senyum ada muram.
Dalam muram ada sedih.
Dalam sedih ada tangis.
Lebih kurang gitu la perasaan aku sekarang.
*pergh kemain tersirat deskripsi perasaan yang diberi kah kah kah*


18 comments:

♥•✿mrs cik@n •✿♥ said...

jiji n ff seruisly izma yg baca pon dah geram apa lg klu brda dlm kasut u all,hehe dulu lg izma dah pesan ngan ff cr bs msti cerewet sbb kita byar dia.nape tak try ltk haikal dkt bs kak sa tu je?n rasay haikal tu alergik habuk..take care haikal bk2 sblm jd mkin serius ok.

Anonymous said...

Adoi..apekebangang sgt bs tu? Dah2 stop anta kt ctu..better cr tmpt lain..nursery pn ok if yg jaga tu ok n make sure ada license dr jkm..afriena hrtu duk bs cmtu la..kene gigit nyamuk everyday..da tu bleh lak ckp dth umah kite..dia xtau ke umah kite tgkt 7 atas bukit lak tu..nyamuk pn xlarat nk naik smpi atas..bengang kn klu dpt bs cmtu..cian haikal..

Kme said...

Zomg. Kalau aku, aku dah sembelih minah tu. I'm sure u're in a tough position right now..but try antar kt nursery yg establish lah beb..i have no experience in this but my friend send to bonda mama..i heard they are good. And ade website dier..byk cawangan...try la usha manatau suites u...

chepah ila hussein said...

Ya, Allah, apa ke hal BS buat camtu?kuang haja betol.

Pe kata awak hntr anak awak kat tmpt Kak Sa hntr anak dia.

Hmmm...mmg payah nak cari BS yang ok skang ni =__=

Hope awak jumpe BS yang terbaik for Haikal.

Jiji-Fify said...

Izma,
Yang baca pon geram, kitorang yang tanggung ni mesti la ultra-geram. haha. Tu la ingat nak hantar kat tempat Kak Sa tu jugak. Tapi dia kat dah ada 5 orang budak. Ramai sangat dah

Mlong Za,
Tu la kan. Kalo dah vangang tu mmg vangang lah! Haha.

Kme,
Aku pon tgh survey2 tmpat baru la ni beb. Tapi belom jumpa yg best. Btw, thanks 4 ur suggestion. Nanti aku try explore bonda mama tu. Hopefully, ade yang dekat ngan tempat aku.

Chepah,
Tempat kak Sa tu dah ramai budak la. Kalo tak dah lama pindah sana terus. Huhu. Thanks awak. :)

littlehumblelynn said...

Dik,

akak ada 2 anak,x pnh doi rumah org.hbs pantang,mmg hantar nursery@taska.

Bg akak taska lbh bersih,teratur jadualnya,time tido,mkn,main tlh disusun dgn baik.ank lbh disiplin bila dok taska.tp permulaannya mmg berat ht tp bila tgk keadaan mereka,rasanya x ralat sgt.

Dulu ramai kata htr taska,terdedah pd sakit yg dibawa oleh knk2'yg sama di taska.akak tawakal aje,sakit bukan keja kita.kalo nk sakit,dok umah sndr pun boleh jd sakit jgk.

Taska-guideline asas.cari yg berdaftar,yg bersih,telek apa yg perlu.serabut bila htr di bbysitter bila mereka sibuk dgn urusan keja harian,suker ct ikut suka diorang.

Bukan nj banned sgt pon,tp byk dgr citer x berapa best ttg bbysitter.baru 2:hr lps,dgr citer ank kawan umur 1 thn 5bln meninggal di bwh jagaan bbysitter gara2 jth dlm bilik air.

Mgkn x berapa nk membantu,tp apa slhnya mencuba kan ;-)

Jiji-Fify said...

littlehumblelyn,
Thanks bagi pendapat kak. ofkos la sgt2 membantu. actually dah ramai yg bagitau nursery is better than BS. Tapi masalahnya, saya duk penang. most nursery adalah for chinese. biasalah penang kak. huhu. tapi ada jugak la for muslim. tapi keadaannya terok la pulak. So sekarang kitorang tgh tilik-tilik mane yang terbaik untuk haikal la. Btw, thanks sooooo much kak :))

Mardhiyyah Fadzil said...

hoooiiihhhh.... bace sambil terkejut2 ni!!!

memula tgk gambo tu ingatkan baby lain.. dah bace2 rupenye tu budak mok (eh) tu haikal ke??? ya ampuuuunnnn.......!!!!

kalau dhiya jd jiji pun dhiya akan wat benda yg sama.. angkut je anak kita tu gi memane pun. sanggup!

pape pun... dhiya doakan jiji cpt2 dpt BS yang seswai k...

amiiinnn....

Mamavouge said...

hai jiji..akak dah penah rasa ape yg jiji rs..mcm akak bs anak tu sebeah rumah je..mmg nmpak baik..tp everytime amik anak akak msti la ada je lebam...pastu bengkak sana bengkak sini...bile tanya dia kate anak akak lasak...pastu susu akak mmg dia bg sejuk2 smpai anak akak xmo nyusu n tolak susu akak..n imagine selama 6 bulan anak akak xminum susu siang sbb dia bg susu sejuk..n bile malam br akak dpt bf dia..lastly Allah nak tunjuk akak perasan ada lebam dekat tlinga anak akak n bile akak tanya dia kate xprasan n xtau...n tetiba dia kate xmo jaga dah..skung akak dah hantar anak akak kat tmpat lain n Alhamdulillah yg baru ni nmpak cam ok....bile anak akak dah duk kat umah bs baru baru dia cite rupanya bs lame slalu pukul n cubit telinga dia...geram n akak rs nak maki dia..tp sbb jiran akak terpaksa zip mulut...now kalo nmpak dia mmg menyampah....berdoa bnyak2 pada Allah n inysaAllah dipermudahkan.....

Jiji-Fify said...

mardhiyyah,
Thanks for ur support sis. Amiiinn..mudah-mudahan.. :)

mamavouge,
Innalillah..sampai camtu sekali? jiran sebelah pon takleh caya ek. patutnya kalo anak jiran (sebelah rumah pulak tu) lagi la sayang mcm anak sendiri kan? berani betoi BS tuh! Hmm ape lagi boleh buat..berdoa je lah kan.. thanks sis :)

Kak Sophia said...

Salam. Sekali lg kita bersua tp hny di ruang comment hihih. Dear, Im hoping tlg lah tlg lah tlg lah jgn hantar lg tmpt mcm tu. Dari entry haritu lg akak dh bg nasihat walau 1 kali bnd xsedap berlaku kt bby,U should hv not bg chance ke apa.Just stop sending bby to them. akak pun dulu jg anak sambil belajar yg. Mmg ssh tp nk xnk kena juga cari org yg BETUL2 boleh jg. tkt karang study kemana dok pikir si debab haikal itu. Try talk to hubby. Discuss elok2 cr juga jln.

Fai Shaklee said...

ya allah... fai hampir2 tak kenal tu baby haikal... kak, carilah org lain kak. kesian baby haikal tu... fai nk bgi opinion pn xde pengalaman bab2 anak ni... alahai, kesiannye baby haikal

naizz23 said...

xpe bwk brsabar,klau jmpe kt tpi jln tu langgar je....

Jiji-Fify said...

Kak Sophia,
Hai kak! tu yang kitorang immedaitely stop hantar. tgh cari yang baru la ni. tapi tu la it takes time jugak kan. btw, thank u kak :)

Fai,
kannnn..saya pon terkejut tgk rupa haikal gitu. meleleh air mata. Huhu. Thanks for ur support fai..

Naizz,
Kalo dapat langgar ngan naza ria gabak besau lagi best kan. Keh keh keh

Anonymous said...

kesian baby haikal..cari aje bs yang lain.

isabelle said...

Terus tingat BS adam yg ke2 dulu.
Berpatah arang akak bgtau dah nak tkr hntr ke nursery a.s.a.p sdgkan haram x survey pun lg masa tu.
Demi anak, biar kita susah skit. Jgn perjudikan childhood diorg.

Jiji-Fify said...

Anon,
tgh mencari la ni..

Kak Is,
Btul tu. setuju sgt. Sian anak. Kang troma kita gak yang susah.

Anonymous said...

kak syedi:

hantar kat fatin fatiha la, dia kan full hw.

rajiah try survey taska cina tuh tanya la tukang masak & cikgu dia ada yg islam tak, kadang2 ada. cam anak akak skang tadika cina, tp tukang masak (MIL) dan cikgu lain ada yg islam, ada subjek agama skali.

.......time rajiah kata ambik botol susu dr BS tu botol bergeladak pun dah tau, ntah botol x basuh, main goncang2 je gamak nye.

tapikan ADAKAH BABYSITTER NI ANAK DEPA PUN DEPA DUK WAT CENGGINI???????????

KESIAN ANAK DEPA (NTAH2 SUSU & PAMPERS YG KITA BAGI TUH TUK ANAK DEPA SKALI)