Koleksi kereta Daddy

Okay hari ni saya nak meng-fulfill request orang, ye tuan puan.
Ada one of my belog readers (padahal org kampong den kek pilah tu ha!), buat suggestion untuk belog ni. Arigatou banyak-banyak la ye.
Padahal orang request 2 bulan lepas, tapi baru sekarang kau nak buat entry kan.
Kunun sayang readers, poyosss je lebih!!! Hihi

Ni ha request nya..

Okay beliau telah meng-request supaya aku buat entry pasal kereta Daddy.
To be frank, aku sebenarnya agak berat hati nak buat entry pasal ni, sebabnya:

1) Takut orang ingat aku angkuh riak takabbur bongkak bongkok bongok dan sebagainya.

2) Aku rasa macam dah out of aku punya belog scope pulak. Bcoz cakap pasal koleksi kereta Daddy, bukan kereta aku. So takut orang kata, Ehhh itu kereta Daddy dia, bukan kereta dia pong. Padahal dia pakai kereta sorong je pong. Dan sebagainya.

3) Aku sebenarnya tak amik port sangat pasal harta mak pak aku nih. So nak buat entry ni pon aku macam, Eh Daddy pakai kereta ape eh? Eh Daddy ada lesen kereta ke lesen motobot eh? Haa gitu.. Betapa tak amik portnya aku. Haha

Tapi despite those reasons, aku terpikir jugak apa salahnya sesekali memenuhi permintaan peminat pembaca. So aku anggap benda ni hanyalah untuk meng-happy-kan pembaca sahaja. Takde niat lain okayyy.

So let's begin.


Aku rasa, ni la kereta pertama Daddy.
 
Aku teka je nih. Sebab ade aku pulak dalam gambar tu.
Along, betol ke ni kereta Daddy?? Hihi.
Tapi taktau la kalau masa tu Daddy sesaje nak amik gambar ngan kereta jiran sebelah ke hape. Takpon kereta sebenar Daddy ialah yang kereta belakang (JKR) tu. Siapa tahu, bukan? Along, please correct me kalau salah ye.
Biasalah kan. Soal harta khazanah terawal mak bapak kena la rujuk anak sulong. Heh.


Kereta Daddy seterusnya yang aku ingat ialah Honda bontot ketot kaler merah.
Bentuk dia lebih kurang camni la..
 
Gambar ni aku cilok kat Gugel.
Tapi lebih kurang gini la keretanya, tapi kaler merah.
Tapi aku tak ingat la pulak Honda cap ape.
Cap Accord ke cap Civic ke cap ayam brand ke. Tak sure.
Lagi sekali, Along, boleh tak tolong ingatkan brand ape? Heh
Maklom la, masa ni aku kan kecik lagi.
Kapal selam ngan kereta lembu pon tak boleh beza lagi.


Dan kereta seterunya, Proton Wira silver.
Hah yang ni aku ingat.
Sebab masa ni aku dah sekolah.
Dah pandai ABC.
Siap aku ingat no.plet dia sampai sekarang.
TR9757.
Betol dok, Along?


Dah bosan dengan Wira, Daddy tukar kepada Proton Perdana V6.
Kaler silver jugok.
Oh ni aku nak bagitau, Daddy aku meeeeemang suka kaler silver.
Daddy kata,semua yang silber-silber nih ekslusiff! Hahh tu dia!
Tak silap aku no.plet perdana Daddy TAA9809.


Lepas beberapa bulan migrate dari Ganu ke Shah Alam.
Daddy tukar selera.
Dia sambar BMW325 sejibik.
Well, dulu orang kampung, sekarang dah jadi orang Key Ell.
 Kena la feeling-feeling Key Ell bila bawak BMW. *muntah*
Pastu dekat sekolah, Awak nak tau tak? Daddy kita baru beli kereta. Kereta tu hidung besar. Kereta canggih. Kereta mahal.
Padahal rakan sedarjah tak tanya pong.
Bila habis sekolah tengok bapak rakan sedarjah bawak kereta lagi canggih. 
Haha padan muka.

Aku ada pengalaman kelakar dengan BMW Daddy ni.
Masa aku final year kat UiTM masa degree dulu, aku terpaksa bawak kereta ni pegi kelas. Sebab kereta aku (kenari merah) kena pas kat adik, Rizzy.
Mula-mula, aku punya la menyampah bawak kereta besar dalam UiTM tu.
Well kau tau je la UiTM DiHatiku tu camne, dengan jalan sempit, parking menyelit-nyelit, traffic jam during peak hours. Boleh gila kalau hadap hari-hari.
Ni kan pulak dengan kereta besar. Kau pikir ada parking ke? Nak parking menyelit celah pokok, takkan dapat punya derrr. Pegi cari parking bas la!
Tapi yang kelakarnya, masa aku bawak kenari dulu, baaaaaanyak saman aku dapat dari Pak Gad. Siap kena clamp tayar lagi sebab parking kat tempat staf.
Tapiiiii..semenjak bawak BMW, tak pernah sekali pon kena saman/clamp.
WALAUPON AKU PARKING KAT TEMPAT DEKAN.
Bahahahaahaa
Dah la kereta Daddy tu memang takde stiker Pelajar UiTM pon.
Kalau ade pon, kau pikir Daddy kasi tepek ke?? Stiker drive-thru McD pon tak boleh tepek okayyy. So everytime nak drive thru McD, tepek la kat muka sendiri.
So bukan setakat tak kena saman/clamp, malahan (hamboih MALAHAN!) tak pernah kena tahan kat main gate UiTM.
Biasanya kalau takde stiker, mesti kena tahan pastu amik tag pelawat segala kan. Tapi aku, dah la tak kena tahan, siap Pak Gad tu yang angkat tangan kat aku. Hamboih!
Banyak kali jugak la aku tengok cermin, kot-kot muka aku ade iras Siti Nurhalija ke hape kan. Maklom la sebelom-sebelom ni, bangla je berani angkat tangan kat aku. -__-"
So tu la nikmatnya pinjam kereta Daddy. Haha


Dan yang terbaru, Daddy tukar angin kepada Honda Accord yang panjang macam bas.
Dan akhirnya, dia dah tak pakai kaler silver, tukar kaler hitam la pulok.
Kereta ni la dia duk pakai sampai la ni.
Taktau la lepas ni Daddy nak tukar kereta ape pulak. 
Kereta lembu je la Daddyy...mesra alam sikit! Keh keh keh.

So tu je lah untuk entry kali ni.
Sebab requestnya ialah kereta Daddy, so takde la aku nak include kereta Mama sekali. Mahupon kereta anak-anak Daddy. Mahupon kereta sedara-mara dan jiran-jiran Daddy. Mahupon kereta orang jual goreng pisang dan Char Kuey Teow depan rumah Daddy.
Sekian timo kaseh.

Ni ha ade lagi satu request dari orang yang sama.
Later aku buat.


5 comments:

gadisBunga said...

heheh. sebenarnya mmg terasa diskriminasinya bila kite dok dalam kete yg kurang besar dengan kete besar. bila dah rasa sendiri baru boleh citer kat orang kan? heheh~

Jiji-Fify said...

GB,
Hahah.sangaattt. ;)

lovelywa said...

adoii la jie..awat la makcik tu kreatip sgt..?? heheh..peminat setio tu..

Malaysia Everyday On Sales said...

Hi there. It's a really interesting site that you have there and I really love the posts on your lifestyle blogging.

Ok, just a quick introduction about myself. I am actually from everydayonsales.com and I have found your website thru google. We are a site that offers information on daily promotion / warehouse sales in Malaysia. I can see that you actually have a linkback (under FEVRET BELOG..) to some other site and we are hoping that we can be part of your website, where we would actually want you include our link on your page. Of course you can visit our website www.everydayonsales.com and check us out. We can actually do a link exchange where I will list your site as a friend to everydayonsales and you website link will be put on our site. You will be part of the everydayonsales friends community :) in this link exchange and there will be many campaigns awaits for you.

Let us know whether this is possible and we Let us know whether this is possible and will communicate further on this. Do revert to me and if you do have any queries, let me know. Do hope to hear from you soon. My email is as below signature

Regards
Chan @ www.everydayonsales.com (hy.chan@everydayonsales.com)

fifie said...

Pengalaman kita sama. kalau masuk uitm pakai kereta besar aka mewah pak guard tak saman, kalau pakai kancil. Alahai penuh surat merah. haha.