Progress Jambatan Kedua Penang

Dah lama pulak aku tak cerita pasal Penang Second Bridge ni ek.
Sampai baru-baru ni, ada yang tanya, jambatan tu dah siap ke belom?
Eh eh mesti la belom cik kak ooiii..
Ni bukan buat jambatan melintas parit, tapi melintas laut uiii..

Dan menurut hubby, bridge ni dijangka siap 2013.
Aku nak share sikit latest pics of this bridge progress so far.
Padahal aku hari-hari tengok jambatan ni, tak terpikir pulak untuk snap picture.
 So meh aku show opp sikit.

 
 
 Tiang-tiangnya dah siap dari hujung ke hujung. 
Kalau kau hop dari satu tiang ke satu tiang, kau dah boleh merentas laut. 
Orang lain merentas laut kena berenang, kau melompat je. Hebat, bukan?


Ni tempat navigation nya. Untuk kapal-kapal besaq lalu bawah.
Menurut hubby, pattern palang-palang dia sama jugak macam current bridge (gambar bawah).

 Aku tanya hubby, "Awat tak buat corak lain? Buat la style simpang-siur macam bridge kat Putrajaya tu ka."
Hubby jawab,"Dah trademark Penang cenggini cik kak uiii"


Ni some pics dari camera hubby..

Tu diaaa. Siap ada selekoh tajam nuh. Buleh kona koyak lututtt.


Bebaru ni hubby kecoh-kecoh kat aku..

Hubby: Sayang, nanti abang masuk TV. Glamer la abang lepas ni. Abis la sayangg..
Aku: Masuk TV? Bila masa? Cerita Usop Sontorian ke?
Hubby: Takkk. Tadi diorang buat shooting untuk National Geographic (Extreme Engineering) masa abang tengah buat kerja.
Aku: Walawwehhh.. ye ke? Abang buat "peace" tak?
Hubby: Ape barang buat "peace". Control macho la. Abang glamer kan pasni.
Aku: Hmm..takyah kecoh sangat la banggg. Abang ngan bangla-bangla tu takde beza pon.
Hubby: *muncung*
Aku: Hihihi *dasar bini kuat dengki*


Sebenarnya aku pon tak sabar nak tunggu jambatan kedua ni siap.
Sebab dekat sikit dengan lab kat Batu Maung.
Kalau naik current bridge/ feri, agak jauh sebab turun kat Jelutong/Georgetown.
Tapi second bridge nanti, terus turun Batu Maung. Turun-turun jambatan je, eh eh dah sampai. Terus parking kereta masuk lab. (Haha ape kejadah turun jambatan terus masuk parking. Nampak nau menipu.)
Tapi entah sempat ke tak aku nak merasa lalu jambatan tu sementara aku tengah belajar ni.

Oh lagi satu, kan bebaru ni ade earthquake kat Acheh tu kan.
And aku pon ade cerita experience aku merasa 2 kali gegaran masa tu kan.
So hubby kata, earthquake hari tu sikit sebanyak affect jugak kat bridge construction tu. Plus jambatan tu ada crack jugak sikit-sikit. So diorang kena buat several tests before proceed kerja seterusnya.

Ok tu je untuk kali ni.
So kesimpulannya, progres jambatan setakat ni, tiang-tiang dah siap.
Nanti bila dah siap bumbung pulak, aku update lagi. Heh.

2 comments:

NIZAM said...

Ah ha. bab design tu klaka la. kang wat design lain, takpasal2 logo penang kena tukar. logo penang kan ada penang bridge tu kan.

tgh buat phd kan? bila grad? wah! nnt dpt Dr la kan.

:))

Jiji-Fify said...

Btul jugak kan. Kang jenuh nak tukar logo pulak. haha. Ha'ah tgh buat PhD. Skang 2nd year. ade lagi setahun lebih. Dapat Dr?? Fuh fuhhh aminnnnn!!! ;D