The Ridge-dinner by the sea

Last fortnight, kitorang pi dinner at The Ridge.
Ade sebijik restoran baru bukak kat tepi laut dekat rumah kitorang ni.
Agak ekslusif la jugak tempatnya.
Masa kitorang pegi tu, baru 2 minggu beroperasi, so tak ramai orang lagi.
Aku langkah masuk je, semua pekerja datang nak layan.
Nampak sangat takde pelanggan lain kan. Haha.
Pekerjanya lagi ramai dari pelanggan.
Tapi takpe la kedai baru bukak kan.
Kita kasi chance la.


Macam biasa, masuk kedai, amik tempat duduk. 
Kitorang amik port yang paling tepi.
Kunun boleh nampak laut la. Tapi harem tak nampak ape. 
Sebab kitorang datang malam kan. So gelap gulita sahaja.
Tapi at least dapat la rasa angin sepoi-sepoi, plus bunyi deruan ombak some more.
Okay la tu kan. Mendamaikan la jugak. Konon.


Sambil tunggu orang datang amik order, perlu posing dengan Baby Haikal dulu.
Tunggu punya tunggu, bila waiter sampai, sekali tengok, laaaa waiter ni duduk dekat-dekat rumah kitorang jugak. Sekali jiran daa. Hahaha.
Kalau gua tau lu keje sini, gua dah call lu suruh delivery lauk lebih kat umah gua. Tak payah gua datang sini. Keh keh keh

Agak lama jugak la tunggu ordernya sampai. Bosan aku. 
Dengan Baby Haikal yang kemain lasak nak mencapai semua benda.
Longgar siku pegang budak ni!


Dari Baby Haikal good mood, sampai la dia dah start merengek, takkkk jugak sampai makanan. Haih..
Dah ehek-ehek tu, hubby bagi la susu kat Baby Haikal.
Nasib baik aku memang standby perah susu dalam botol. 
Sebab tak sure ade tempat yang proper ke tak untuk breastfeed kat situ kan.

Biasa la anak aku nih. Dapat riba Papa dia, memang diam la.
Elokkkkk je perangai. 
Cer kalau dengan aku, kemain sikit-sikit nak mengamok.
Cihh!

Masa hubby sibuk bagi susu kat Baby Haikal tu, ada benda amazinggg berlaku.
Baby Haikal tetiba tepis tangan hubby, dan pegang botol susu dia sendiri!!
Hahah. 
Aku sangat terkejut. Plus eksaiteddd!
Hubby pon terkejut. 
Sayang, tengok ni tengok ni!! Amik gambar cepat!

Huih huih reallyyyyy amazingggggg huih!


Tak sangaka anak Mama ni dah pandai pegang botol ye.
Pasni Mama ajar minum dari gelas kaca pulak eh. Woh woh ;P


Dan akhirnya..yang dinanti telah kunjung tiba. Ewah.


Aku and hubby order benda yang sama.
Nasi Goreng Seafood.
Hubby tu kan, asikkk nak tiru ape yang aku order.
Alasan dia, supaya aku tak sibuk nak rasa makanan dia sebab dia order benda yang sama. Ceh tau la aku asik paw makanan dia selama ni. Pandai ngelat eh.



Ape pandang-pandang? Nak, order sendiri laaaa.. *ibu yang kejam*


Bila semua pinggan dah licin, ayuh la berangkat pulang.
Eh kami tak terus pulang, tapi  pergi merayau-rayau di kota pula selepas itu.
Hihi


2 comments:

Syakir Rahman said...

wah...tempatnya agak romantik XD

♥•✿mrs cik@n •✿♥ said...

putihnya haikal tu kalah makpak dia.