Asthma Attack

Hmm..aku bajet tak berhapdate dah belog aku minggu ni.
Sebabnya.. aku masih trauma kot.
And belom fully recovered.
Tapi memandangkan baru 2 hari tak hapdate, dah ada yang dah sok sek sok sek bertanyakan tentang ke mana hilangnya diriku yang sudah tidak mempedulikan belog ini, malahan membiarkan mereka di luar sana tertanya-tanya sendirian tentang status sebenar belog ini, adapun segelintir daripada mereka telah pun melontarkan persoalan tersebut, justeru aku lantas bertindak untuk menjelaskannya di sini seberapa segera.
Kahak kahak kahak kahak *gelak bergaya*

Actually hari Komis lepas, aku terima satu kejutan.
Kejutan dari Yang Maha Pencipta barangkali.
Mungkin aku sudah semakin jauh dariNya.
Alhamdulillah, sebelom aku terjerumus lebih jauh, Dia segera memanggilku kembali ke jalanNya. After almost 2 years, aku tak kena asthma attack, eventually hari komis malam jumaat lepas aku diserang semula.
Lepas 2 tahun tak kena, tetiba kena balik, memang azab.
Tuhan je yang tahu.

Dah la malam tu malam jumaat.
Laju je otak aku tetiba teringat hadith ni.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud; Tiadalah seorang Islam yang meninggal dunia di hari atau malam Jumaat melainkan Allah memeliharanya daripada fitnah kubur. (Riwayat Tarmizi) 


Aku siap berdoa lepas solat isyak malam tu, kalau betul ajal aku dah hampir, tamatkan lah ia dengan cara yang baik dan peliharalah anak, suami dan seluruh keluargaku.
Bergenang air mata bila teringat Baby Haikal yang masih menyusu badan. =(
Lepas solat, air mata pon tak kering lagi, kitorang terus rush ke KPJ Penang.
Dalam perjalanan tu, berdebar-debar je rasa.
Sampai-sampai, terus ke emergency.
 Pastu aku terus dicucuk sana sini, masuk ventolin segala.
Dan aku kembali tenang.
Actually bukan tenang, tapi tengah khayal sebab steroid yang diberi. Hihi.
Lepas beberapa minit, aku terdengar, doktor yang check aku tu cakap kat nurse..
"Call Dr. Chan now. We need a specialist here. And she needs to be warded tonight."

Tak sempat aku nak jawab ape-ape, terus nurse amik darah aku bergelen-gelen, sorong aku ke bilik x-ray.
By that time tangan aku dah gigil-gigil.
Bukan sebab takut, tapi sebab effect steroid high dosage yang diorang bagi tadi.
Dah macam penagih dadah ke hape keadaan aku waktu tu.

Pastu sekali lagi air mata aku tumpah bila doktor cakap, aku tak digalakkan breastfeed baby sebab  kandungan steroid tengah tinggi dalam darah.
Kang dengan anak aku sekali boria gigil. Haha
Fortunately aku memang dah standby perah sebotol susu.

Baby Haikal & Papa terpaksa tunggu kat emergency hall tu.


Keluar je dari emergency, aku terus suruh hubby pass Baby Haikal kat aku.
Sebak rasa. Tapi control la. Tak macho pulak nanges depan orang.
hikhikhik

Ni aku tengah laloq & gigil-gigil. Siap kena sorong.
Aku cakap kat nurse, nak jugak bawak Baby Haikal ke mana jua. Haha.
Nasib baik nurse tak kisah.

Dah tengah malam buta tu baru aku ditransfer ke ward.
 Hubby amik single-bedded room. Supaya dia boleh jaga aku.
Kalau bilik reramai, kena mahram perempuan je yang jaga.
Nak mintak tolong sedara mara celah mana nak cari.
Semua orang kat Key Ell.
So hubby cakap, takpe biar dia yang jaga.
Love u hubby! *tetiba*

Dapat katil, aku terus landing.
Tak kuasa aih nak gigil-gigil sambil duduk/berdiri.


Lebih kurang pukul 2 pagi baru everything settled.
Nasib baik Baby Haikal behaved very well.
Macam tau-tau je maknya sakit.

Kesian Baby Haikal. Penat sangat je nampaknya.
Hubby pon kesian. Sepanjang malam duk bersengkang mata jaga aku.
Padahal banyak kali aku suruh dia tido, tapi dia duk keras juga nak tengok aku.
Walaupon kerja dia kat site tu tengah kritikal, hubby tetap jugak amik emergency leave 2 hari. Aku takut jugak kang dia kena marah ngan boss ke hape kan.
Hubby cakap, takpe..sayang lagi penting.
Love u hubby! *eh eh tetiba*

3 hari jugak lah aku bertapa kat sepital tu.
Keje aku, makan tido makan tido je la.
Tibi 24 jam bukak.
Bukan aku yang tengok tibi, tapi tibi yang tengok aku.
Bosanggggg!


Dah la bila selak langsir, Jusco terpacak depan mata.
Kalau lah aku the avengers..... -___-




Alhamdulillah hari kedua aku kat sini, Mama & Daddy sanggup amik coti, drive dari Shah Alam ke Penang, semata-mata nak tolong jaga Baby Haikal supaya aku boleh rest and hubby boleh concentrate jaga aku.
Love u Mama & Daddy! hihik



Selama aku kat situ, terseksa jugak lah rasanya.
Tapi nasib baik hubby selalu ingatkan..
"Sabar ye sayang.. sakit itu penghapus dosa."
Hmmm..bukannya aku tak redha dengan ketentuan, tapi rasanya terlalu berat untuk ditanggung.
Aku kena buat nebulizer every 4 hours.
Kena injection every 6 hours.
Kena masuk 6 botol antibiotik.
Itu belom lagi jadah pil-pil yang nak kena telan. T_T

 

Nasib baik si suami pandai mengalih perhatian isterinya. Cey cey cey
Asal nampak aku tengah free dari sebarang treatment/ubat, hubby akan entertain aku. 
Jenjalan kat sepital tu. Ye, kat sepital sudahhh..
Kalau lah boleh terbang ke Jusco dan tengok wayang sambil menjamah popcorn caramel eh eh....


Ini kah perangai orang sakit??
Ye. Bila dapat makanan, terus tak sakit.
Bila tak dapat makanan, kembali sakit secara tiba-tiba.



Bilik "hotel" saya: 506


Sangattttt ohsem hotel kauuuuu


Setiap hari, Mama & Daddy akan bawak Baby Haikal datang sepital.
Mama cakap Baby Haikal susah nak tido.
Dia macam tercari-cari pelukan mak dia.
Hmm..tapi aku pon sebanarnya tak dapat tidur malam tu, rindukan Baby Haikal T_T



Aku bersyukur sangat sebab dianugerahkan, suami yang penyayang macam hubby.
Walaupon Allah dah tarik satu nikmat kesihatan dari aku, tapi Allah dah zahirkan kasih sayang Dia melalui hubby. Alhamdulillah..
Seazab mana pon keadaan aku sekarang, aku tetap bersyukur kerana aku masih mendapat kasih sayangNya.
Love u Allah.. =)

Lepas 3 hari, aku dibenarkan pulang.
Dua-dua belah tangan bengkak, "hasil" injection setiap 6 jam plus antibiotik 6 botol.
Tahniah!

The following day, hubby dah start masuk kerja.
Pagi tu, aku bangun tido, tetiba tengok ada note kat atas study table...

Thanks Papa.. u're the best hubby in the whole universe! =)


Eh tapi kan tapi kan..
Selama aku bersakit-sakitan kat ward tu, ada dua berita gembira yang dah buat aku happy walaupon sakit.
Satunya, sebab Baby Haikal dah tumbuh gigi pertamaaaa!!


Yeeeeehaaaa!!!
Habis la lepas ni maknya akan jadi mangsa gigitan la.
Aduhhhhh!

Good news kedua?
Eh nanti-nanti lah aku bagitau. ;)

4 comments:

mamafarah4 said...

ye ker..masuk wad rupanya..patutla blog sunyi sepi..hehehe..
sabar ye.betulkata hubby awk tu, sakit yg diberi adlh penghapus dosa..apapun jaga diri..jaga kesihatan..jgn stress2.. tapi kalo pandang muka baby haikal mmg hilang stress kan...

Aishahsofea said...

adekah berita gembira kedua Haikal bakal dapat adek? muahahhaa :D

Jiji-Fify said...

mamafarah,
tu la. kena byk2 sabar je la. huhu.
Mmg hilang stress. tapi kalo dia buat perangai, makin stress pon ado.. kakakakaka

aishahsofea,
jauh sangat terkandas sangkaan mu itu.. heheh

yaNa said...

Moga cpt sembuh..
Bleh gomol2 ngan haikal lg.. ;)