Bulan jatuh ke riba

Atau maksudnya..
Rezeki sekelepuk bergolek datang depan mata.
Atau peribahasa lain yang sinonim dengannya ialah durian runtuh.
Jadi, bulan jatuh ke riba = durian runtuh.
Tapi kalau durian runtuh ke riba, maka tembus lah riba kau.

Tapi hari ni, aku bukan nak cerita pasal durian walaupon semalam hubby baru beli durian kat Tesco. Dan dah pon habis dimakan semuanya. 
Jadi perumpamaan yang seswai di sini ialah, durian runtuh ke usus besar. Dan sedang bersedia untuk runtuh ke jamban. 
*kompom kena bebel ngan Mama kalau dia baca nih*

Korang ingat lagi video yang aku buat khas untuk Mama on her birthday hari tu?
Yang aku bajet retissss letopsss gilosss tuuuu.. =P

Kebetulan bulan April lepas ada contest Ibuku Inspirasiku by Jacob's.
So aku pong dengan tak semena-mena mengsubmit video tu. 
Dalam hati, ceh ceh ceh bajet boleh menang lettewww. 
Padahal buat video tu cincai-cincai tak sampai 1 hari. 
So macam takdak chance je nak menang. 

 Tapi aku dah pasang niat, kalau aku dapat Kerusi Urut Osim (grand prize), kompom aku nak bagi mama! Dah nama contest pon Ibuku Inspirasiku kan..
Kunun anak mithali la. KUNUN.

And after 2 weeks, I got a call.
Aku tengah kalut-kalut buat something masa tu. 
So aku answer call tanpa melihat screen phone.
Tetiba, 
Hallo, I'm ****, calling from Jacob's.

Aku: Haaaa???!! Apaaa??!!! Awat dapat call dari Jacob's pulak nihh.. Saya takde order biskut Jacob's la. Sorry awak salah orang ni.

Jacobs: Sorry ye cik. Actually u're 1 of the winners for grand prizes for Ibuku Inspirasiku contest. U ada submit video kan?

Aku: Ooooo..ye ke.. *blur*

Jacobs: Congratulations ye. U've won an ipad2!

Aku: Haaaaah!!! Ni panggilan Hangit atau panggilan Adoiyai?

Jacobs: No no this is for real. U can check out our FB. Ada list of winners kat situ.
And fyi, we'll deliver your ipad2 very soon. So let me confirm ur address bla..bla..bla..

 Nampaknya ipad2 saje lah rezeki aku ehek ehek.
Maka tak dapat la kerusi Osim ehek ehek.
So takde la hadiah untuk Mama ehek ehek.
Nak bagi ipad2, tapi Daddy dah ada so yang ni aku punyalah ehek ehek.
MEMANG ANAK MITHALI LAH SANGATTTT! -____-"


Sekarang makin senang nak ugut hubby buat kerja rumah.

Aku: Abang, tolong masukkan baju dalam washing machine pleaseee..
Hubby: Jap lagi la..
Aku: Kalau buat jap lagi, tak dapat la pinjam ipad2 sayang nanti.
Hubby: Erkkk..ok ok abang buat sekarang!

Kah kah kah *evil face*

Huihhh tak sabar nak tunggu ipad2 tiba mengetuk pintu rumah. ;P


6 comments:

♥ Elin ♥ said...

tahniah!! suka lah tuh :)

lovelywa said...

congrats too!!..siap main ugut2 tu..sabor jelah...jie, ada tepek video tu dlm blog ke? klau takde, tepek2 laa..nak nengok jugakk..heheh

Jiji-Fify said...

elin,
Harus lah sukaaaaaaaaaa

lovelywa,
ugut tetap ugut. bahaha. ade la saya tepek vid tu. kat entry mama's 55th birthday bash.

Ji Yan said...

tahniah=)bertusah kamo0o..video tu pn simple but agak touching jgk la..=)

Anonymous said...

ada menang dari majalah Pa&Ma kan..? xde pon update kt blog..gmbo bby haiqal mandi n gambo u time preggy.. :)tahniah...

Jiji-Fify said...

Anon,
ha'ah..betul la tu. tp takmo reveal la kat belog bcoz menang saguhati je. Lagipon gambar pregnen tu dah lama. huhu ;D