Cerita babysitter baru

Semalam, Baby Haikal dah start tinggal ngan babysitter baru, Kak Riena.
Sebenarnya aku jumpa Kak Riena ni secara tak sengaja.
Ada sorang jiran aku, dia bagitau ade kawan dia (Kak Riena) nak sangat merasa ada baby lelaki. So maybe dia boleh jaga Baby Haikal. 
Aku pon invite la Kak Riena ni datang rumah. 
And interview dia kaw-kaw. Keh keh.
Rupanya Kak Riena ni ada 2 orang je anak. 
Both are gurls and dah besaq-besaq pon. Dah sekolah menengah. 
Tu yang dia ketegaq sangat nak merasa ada babyboy.

Masa baru kenal ngan dia hari tu, aku macam agak impressive la jugak. Rasa macam nak terus setuju bagi Baby Haikal kat dia. Hihi. 
Maybe bcoz of her personality kot. 
Kak Riena ni bekas cikgu yang pernah jadi teacher kat chinese school. Taip dia resign sebab tak tahan dengan principal sekolah tu yang tak faham bila cikgu-cikgu islam minta excuse nak solat. Especially waktu tengah meeting la. Hmmm..aku agak salute jugak la, dia sanggup berenti kerja sebab pentingkan agama.
She said, lepas dia resign jadi cikgu, dia buat part time as a tuition tutor. 
Tapi tak lama lepas tu dia quit bcoz dia nak duk rumah sepenuh masa. *jeles aku*

So bagi aku, dia ada personaliti yang bagus. 
Cara dia cakap pon memang veryyyy the teacher. Heh. 
So that's the reason why I chose her as Haikal's new babysitter. 
Dengan serta-merta, calon-calon babysitter lain ditolak ketepi. Keh keh keh.
Aku discuss dengan hubby, hubby terus setuju.

And yang buatkan kitorang lagi selesa ngan Kak Riena ni, bila dia invite kitorang datang rumah dia last Thursday. Dia cakap, 

Datang la tengok keadaan rumah akak dulu sebelom hantar Haikal. Kasi Haikal tengok-tengok dulu rumah baru dia ni. Anak-anak and husband akak pon nak kenal dengan korang. Apa salahnya kita jalinkan hubungan silaturrahim...

So kitorang pon setuju la terjah rumah dia.
Rupanya rumah dia lagi besau, lagi cantik, lagi mewah dari rumah kitorang daaaa.. Kalau camni, dengan aku aku sekali nak tinggal kat rumah Kak Riena. Haha


Sorry la gambar takdak kualiti. Aku amik guna phone je. 
Curik-curik snap. Haha.

Rumah Kak Riena memang bagak besau. Tapi rasa sunyi je. 
Maybe sebab anaknya 2 orang je kot.
Bila kitorang sampai je, anak-anak Kak Riena (Balqish & Yasmin) terus berebut-rebut nak layan Baby Haikal.


 Hubby pulak sebok berborak dengan Abang Hasbullah (Kak Riena's husband).


Kitorang siap dihidang dengan ayaq teh & kuey teow lagi.


Bila Baby Haikal dah start merengek-rengek, Kak Riena yang volunteer nak feed Baby Haikal. Aku memang dah standby perah susu dalam botol.


Terharu aku dengan layanan family Kak Riena.
Baik sangat la pulok. 
Aku bersyukur dipertemukan dengan orang-orang camni.
Aku jugak berdoa supaya Baby Haikal selesa tinggal dengan diorang and semoga Kak Riena jalankan tanggungjawab dia sebaik mungkin. Aminnn. 
Korang tolong aminkan sama ye. :)

5 comments:

mamafarah4 said...

Amin.. semoga dipermudahkan.. Tapi baik2 org pun kita harus ada perasaan waspada.. Sebelum hantar haikal ke rumah yg jaga tu, borak2 ngan Haikal. Cakap ngan dia, jgn nakal2, jgn susahkan makcik,jaga diri...ceewah.. hehehe.. apapun haikal tomei..

anyss said...

Assalamualaikum,
Calon yang paling sesuai.
bebi haikal untung dapat mak angkat yg, pak angkat n akak2 angkat yg sayang dia...siap hari, x mau balik umah sendiri

Kak Sophia said...

Yes InsyaAllah, amin. Hoping that everythg will be just just just fine after this. Alhamdulillah Allah dah permudahkan.Everytime you post new entries I risaukn si debab itu. Tak boleh terima lg.Haha. Dasarrr ibu

Jiji-Fify said...

mamafarah,
baik mak incik! nasihat diterima. ;)

anyss,
insyaAllah..itu la yg diharapkan pon. Hopefully family angkat haikal akan syg haikal jugak.

kak sophia,
sungguh tebal naluri keibuan mu itu. Selamat hari ibu. *tetiba* haha. Thanks kak. :))

isabelle said...

Alhamdulillah. InsyaAllah ur motherly instinct is right