"Kakngah, I need a stress reliever..."

Last weekend, rumah aku didatangi oleh adek aku, Adan.
Yang dok belajaq kat Emsikekek nun.
Mula-mula he SMSed me,
"Kakngah boleh tak Adan nak datang rumah kakngah weekend ni? Nak minta kakngah ajar Statistik."

Korang tau tak, sumpah aku terer giler statistik.
*statement minta ibu jari kaki di celah lobang hidung*

Maka aku mengalu-alukan kedatangan beliau ke rumah.
Maka aku and hubby pon bergabung meletop mengajar statistik kat Adan.
At first, aku cakap, "Elehhhh statistik form 4, sesenang kupas kacang je"
Bila tengok text book Adan, "Erkk dispersion tu maksudnya taburan ke eh? Midpoint is titik tengah kan?"

Zaman aku dulu belajar in BM, lupa pulak bebudak sekarang belajar bahasa omputeh!
So terpaksa bergabung meletop dengan hubby untuk fahamkan. Kah kah kah

Dan sikit sebanyak boleh la Adan paham and manage to solve some questions.
Alhamdulillah...

Pak Uda (Adan) is telling a story to Baby Haikal. Baby Haikal kusyuk dengar!

Ada satu petang tu, Adan told me..
"Adan stress la asik belajar je."

Maklom la orang nak exam, mesti la pulun study dari pagi sampai ke petang.
Tapi aku dulu, pagi nak exam tu baru nak bukak buku.
Tu pon baca table of contents je.
Pastu tutup buku, buat solat hajat semoga dipermudahkan. Kah kah kah.

So lepas asar petang tu, hubby cakap..
"Jom ajak Adan lepak tepi pantai nak? Kesian dia dari tadi study je."

Jadi moh le kita ke pantai yang paling indah di dunia tak lain tak bukan berhampiran tapak pembinaan jambatan kedua penang ittew. Bahaha.
Ni dah masuk entry ke berapa aku cerita pasal pantai ni?
Muak lah koranggg!

 Air surut giler. So tak berapa indah sangat pemandangan petang tu.



Berkelah lah kitorang kat pantai tu sampai matahari terbenam.
Adan pon nampak happy je.

 Kitorang port betul-betul kat bawah pokok asam.
Adan pon sakan la mengutip asam dan sumbat ke mulut.
Kau tu dah la gastrik yang oiiii. Haihhh..


Sedang aku sibuk melayan Adan, si kecik tu ape cerita?
Mesti la kepitttt je ngan bapaknya.
Asal bapaknya ade, sorry la nak duk kat aku! Mau mengamok sakan.
Bila dengan Papa, diam pulak! Pfft.

Sebab Papanya memang rajin nak melayan si Baby Haikal ok.
Cer kalau aku, mau nak bacakan buku cerita bagai?
Eh tak kuasa tak kuasa tak kuasa. =P


Asal aku datang pantai ni je, mesti ada couple tengah gadoh.
Barangkali ini port terbaik untuk couple yang nak gaduh. 
Aku dulu, kalau gaduh, nak jumpa pon tak sudi. Kah kah kah.


Pengantin ni tengah buat wedding photoshoot.
India kawen dengan melayu tuuuuu...
Satuuu? Malaysiaaa!!! *cakap style PM*



Adan tengah mentelaah buku umrah. 
InsyaAllah he'll be going to mecca for umrah this month. 
Kakngah is so proud of u, Adan.. =)


I'm also proud of u, Pak Uda!

Masa on the way hantar Adan balik ke MCKK, hubby ada cakap kat aku,
"Abang tengok, Adan nampak lebih matang bila dah duduk hostel. Cara dia bercakap, cara dia bawa diri. Lebih matang."

5 comments:

Syakir Rahman said...

saya pon asik blaja je...tp xd sorg pon nk ajak saya g mana2..hahahaha :((

dhiya said...

ehhh... anak ni mmg camni kan... asyiklah ngan bapak dia... semuanya bahagia bila dgn bapak.. ce kalau ngan mak.. grrrrrr.....

hahahhaha...

Ji Yan said...

Adan da nmpak matang dari kak ngah die.haa..=P

isabelle said...

Aicehhh..adan musti kembang baca ayat last tu.
Mama, ayahhhh....
Baca x entry ni???

Jiji-Fify said...

syakir,
pi cari awek la. haha

dhiya,
sbb mak kuat bebel plus malas nak layan perangai pelik2. keh keh keh

ji yan,
maksudnya, kngah awet muda? kah kah kah

Kak is,
Ayah ngan mama mmg dan jadi reader tegar belog ni. Tu yg kena tapis2 skit cerita kat belog. bahaha