Pool-ing with Papa

Masa balik rumah in-laws last fortnight, hubby ternampak kolam mandi baby kat rumah MIL. Tu mesti anak-anak buah aku punya la tu.
Tanpa segan silu, hubby pam kolam tu, dan isi air.
Aku pikir, oh mesti hubby nak mandikan Baby Haikal la tu. Bapa yang bagus.
Tetiba aku dengar air berkocak semacammmm je kan.
Aku tengok luar rumah, Ya Rabbiiiii!! 
Dengan bapak-bapak sekali terjun kolam.
Buang tebiat betoi laki aku.
Mentang-mentang la kat rumah mak sendiri.
Ni kalau MIL takde, dengan aku-aku sekali masuk ni kang. Haha

 Telanjang bulat anak aku mandi kolam.
Nasib baik anak je, kalau bapaknya pon sama. *pengsan*

Happyyyy je Baby Haikal main air aku nengok.
Sakan dia tepok-tepok air tu. Bila terpercik kat muka, dia gelak sendiri. Haha. 
Rumah kau takde air ke yang? -__-


Dah penat tepok air, Baby Haikal mengayuh pulak dalam air tu.
Macam-macam gaya la haih.
 
 Baby Haikal was so amazed with the flowing water.

Bila dah kecut-kecut, hubby bilas Baby Haikal, and pas kat aku.
Aku pakaikan baju, breastfeed dia kejap, terus lena dia.
Berejam-rejam pulak tu! Penat sangat gamaknya mandi "pool"!

Aku tak puas hati.
Pasni kena cari satu kolam camni gak.
Pastu hari-hari aku nak mandi ngan Baby Haikal.
Aku pon nak merasa gak. *dengki*
Kih kih kih.

5 comments:

Syakir Rahman said...

gebunya beby haikal...geram ^__^

Kak Sophia said...

HAHA. Akak rasa mok mok dia bkn inherited from mama la tp papa dia. Mama slim sikit. Kehkeh. Seronoknya baby. Itu agaknya haikal lg suka dkt papa dia, ada je idea. Last2 kita yg menjealous.

Jiji-Fify said...

Syakir,
"gebu" macam bapaknya kah? Haha

kak sophia,
Kah kah kah. Papa mok mok! Papa mok mok! ;) Tu la kak. bapaknya lagi rajin melayan. tu yg diorang lagi rapat. Nak maknya layan? Memang seminit dua je la. Maknya cepat bosan. Haha

YanaHime said...

kus semangat...bambam dabel bam laa haikal ni...syok ja dia main air

mamafarah4 said...

bapaknya masuk dah cukup2 jer kolam tu..cian maknya x dpt join..kalo 3 org sekali masuk..#PENGSAN kami yg menengoknya..huhuhu...geram tgk haikal ni..gebu..mcm ank sedara saya..rasa nak cubit2 pipi tu..