The bestest winning so far! ;)

Alhamdulillah.
Ada rezeki lagi rupanya! Hihi
Ini bukan lagi durian runtuh atau durian jatuh ke riba mahupun bagai aur dengan tebing. Seriously, kemenangan kali ni sampai buat aku sujud syukur!
This is my 6th and the bestest-awesomest winning that I've won so far!
Haruslah lebih addicted kepada contest lepas ni.
Haruslah korang muak dengar cerita contest je lepas ni.
Sampai gua dah kena sound dengan nenek gua semalam, "Ekau ni poie buek pi-esh-di ko pi memain? Asik masok potandingan yo. Bilo nak abih bolaja kang tu? Osah boto lah!"
Maaflah nek. Sengaja. Hobi.

Ok berbalik kepada kemenangan yang buat aku rasa perasaan yang, ahhh sukar nak digambarkan. Perasaan yang lebih best dari malam pertama kottttt. kah kah kah
Mengimbau kembali saat-saat berkucaq kaciaq nak masuk Contest Warisan Bijak Ibuku by HotFM and Nestle Everyday, rasa macam tak percaya pulak aku pemenangnya! Haha

Pepagi as usual aku mengdrive kereta sejauh 40km, sambil tangan kanan pegang sandwich, tangan kiri pegang nescafe.
Steereng?? Takpe lutut kan ada. 
Walaupon selalu kena gelak dengan abang lori lalu sebelah.
Alah macam kau tak biasa drive pakai lutut. 
Senang, nak picit jerawat boleh. Nak SMS boleh. Nak pakai tudung sambil driving pon boleh. Easy meh.

Dan tak sah kalau tak on HotFM masa driving.
Takde HotFM, ibarat jasad tidak bernyawa. *tetiba*
So sejurus lepas dengar iklan pasal Contest Warisan Bijak Ibuku kat radio, terus aku pecut kereta. Bukan sebab buasir, tapi sebab tak sabar nak sampai lab, nak on laptop nak masuk contest tang tang tu jugak. Haha.
Terus campak sandwich dan nescafe, sarung helmet, dan pecuutttt! *helmet??*
Sesampai sahaja, terus on laptop, terus submit entry untuk contest tu.
Labwork? Biarkannnn..bukan wajibul ghunnah pon. ;P

So sepantas kilat sabung menyabung la aku join contest yang akhirnya membuahkan durian kejayaan. Kalut-kalut pon boleh jadi kan? 
Orang kata, kalau dah rezeki tak kemana.
Bukan itu saje, kalau dah jodoh pon tak kemana.
Kalau dah ajal pon tak kemana.
Kalau ada sumur di ladang, boleh tumpang mandi.

So ni la contest yang aku joing tu.

Cara masuk contest ni senang saje.
Cuma kena senaraikan  tiga nilai-nilai murni yang diterapkan oleh ibu anda, yang anda mahu terapkan kepada anak anda pulak. 
Jadi apalagas, gorenggggg!
Aku suka betul contest yang kena goreng-goreng ayat nih. 
Yang kena tulis slogan, essay, ucapan, etc.
Lepas goreng, attach sekali gambar 3 generasi (Nenek, ibu & anak).
Ewah sesenang mengupas kacang menglembu saje.
Korang try lah join contest ni. Tak silap aku tengah on lagi.
Leya HotFM kata, contest ni takde tarikh tutup. 
Ada peluang selagi masih dibuka. =)

Dan hadiah yang aku menang adalah:

Penginapan 3 hari 2 malam kat Shangri-La Hotel (5 pax)
Haruslah aku angkut sekampong!
+
Spa Treatments & Pampering bersama Leya HotFM kat Shangri-La for me and Mama. Siap ada shooting yuh!
+
Peluang ditemubual LIVE dalam rancangan Wanita Hari Ini. 
Kompom ai glamer macam Kak Ton Beauty Umaira lepas nih. Haha. Nanti aku announce bila tarikhnya ok.
+
Cash RM2000!
langsir raya, baju raya, henbeg raya, tudung raya, kasut sekolah, eh eh
+
Hamper Nestle RM200
Boleh bukak kedai runcit depan rumah

Alhamdulillah..
Memandangkan bulan 6 adalah bulan yang paling meriah dengan celebrations (Hari Bapa, Hubby's birthday, Youngest bro's birthday, 2nd wedding anniversary aku+hubby & Along+Kaklong), aku kira ini rezeki untuk kami semua. =)

Masa Leya HotFM call aku on air 2 hari lepas, hubby ada rekod.
Nanti-nantilah aku up kat sini, kasi korang dengar.

8 comments:

lovelywa said...

perghhh..tahniah2..memang hang bertuah btul..aku klau bab2 nak pikir tang slogan mogan ni laa yg menyampah..tak reti nk karang ayat..haihh..

NURUL AIN said...

caya la kak jiah.,...terbaek!!!

cik aletheea: said...

sambil tangan kanan pegang sandwich, tangan kiri pegang nescafe.
Steereng?? Takpe lutut kan ada. --- serius giler terer...

tahniah! tahniah! tepuk* tepuk*
excited nak tgk muka cik puan kat tivi nie..(^_^)

Jiji-Fify said...

lovelywa,
tengkiu. ala belom cuba belom tau beb. ko ni pong. :P

Ain,
tengkiu!!! :))

aletheea,
terer kan? tapi kalo bawak lori xdpt la pakai lutut. sbb stereng dah macam kuali kawah. heheh.

ieda said...

wah...tahniah ye.terror la ;)

terror sbb menang contest dan terror sbb dirve pakai lutut :)

yaNa said...

tahniah! murah rezeki slalu menang contest.. ;)

Ummi AmnaAmzar said...

TAHNIAH..bertuah sungguh..

Ummi Adelia Rizuan said...

Best'y.. Thniah..