Habis semua tertangguh.

Ha kau tengok.
Pomish punya pomish, tak jugak keluar cerita yang dipomish-pomishkan.
Aku dah kata dah. Melayu mudah lupa. *tetiba*
Bukan takat janji tak tertunai, MALAHAN! banyakkkk lagi benda yang aku dah plan tapi idok menjadi.
Aku ni dah la jenis yang baran-baran ubi bila benda dah plan cecantik, tapi last-last sehabok pon tadak. Nak je aku terjun jambatan penang tu.
Terjun-terjun, terus mendarat atas kapal cruise.
Haa kan aku dah melalut haa kan haa kan.
Memang aku tengah baran la tu tandanya.

Hari ni sebenarnya birthday hubby yang ke-29.
Aku dah plan baik punya untuk birthday hubby kali ni.
Bcoz last year aku tengah sarat pregnen, so celebrate gitu-gitu je.
Nak buat makan besar, kang senak pulak baby dalam perut mak buyung.
So ayuh kita tangguh ke tahun depan saje.
*Nak celebrate birthday hubby, tapi memikirkan perut sendiri. Senonohnya perangai kauuuu*
Kalau diikutkan, sepatutnya esok kitorang ke Langkawi dan menginap 3 hari 2 malam di sana.
Dah book hotel segala kottt.
Dan dalam diam-diam jugak, aku dah booking candle light dinner by the pool kat hotel tu. Complete lah dengan birthday cake segala. Siap dah tagteam dengan staff hotel tu, nak prank laki aku, kunun nak surprise tahap gaban la kunun.
Tapi akhirnya, semua semua semua tu burn begitu sahaja. Hangus gitu je. Bila dah hangus, aku pon hingus lah. T_T

Memula, belog tak terupdate. Dah la dah pomish nak update cerita besh.
Pastu, plan nak surprise hubby pulak kelaut.
Pastu semalam, orang lab call aku..

Orang Lab: Hoi Jiji. Kau punya Algae ni dah nak mampoih dah ni. Dah nyawa-nyawa ikan bagai telur dihujung tanduk. 
Aku: Eh kau tau pulak algae aku tu ada tanduk? *malas nak layan sebenarnya*
Orang Lab: Hoi tak lawak lah. Aku seyes ni. Ni soal hidup dan mati ni. Algae kau dah nak mampoih.
Aku: Alaaa..kau buat la cpr ke ape. Kalau mati, kebumikan je. Susah ape.
Orang Lab: Kau ni ji.. Kau ada masalah ke?
Aku: Hmm.. Kau biar je la algae aku tu, next week aku datang, aku culture la yang baru.
Orang Lab: Hmm ok la.. Tapi apsal weii? Nape tak datang lab?

Dahhhh satu hal lagi.
Algae dah nak mampoih pulak.
Dah la aku memang dah prepare elok benda tu untuk aku pakai next week.
Dah la next week supervisor nak buat lawatan kehormat kat lab pulak.
Jadah apaaaaaa kalau algae mampoihhhh.
Adoiiiiiii!

Mesti korang kerut-kerut dahi sambil wonder apsal tetiba minah ni meroyan sakan dalam entry kali ni. Chill chill sudah la kan.
Actually, bebaru ni ada sesuatu yang tak terduga berlaku.
Dan sebab berlakunya kejadian tu, semua semua semua lah tertangguh.
Nak pecah otak aku dibuatnya.
Tapi nak buat camne.
Dah Allah nak uji. Maka teruji lah aku.

Baby Haikal suddenly sakit and warded kat sepital.
Haihhh..
Selasa lepas, Baby Haikal demam.
Pastu tetiba bintik-bintik merah naik satu badan. Secara tetiba lak tuh.
Chuak aku.


Memula kitorang bawak Baby Haikal kat klinik kanak-kanak.
Pastu doctor tu bagi ubat cream sapu plus dia kata, takde pape ni.
Allergic biasa je ni.
Eh kau. Dah naik merah-merah gitu.
Siap budak tu dah muntah-muntah sakan. Biasa pulak?
Okay aku akur je la.
Memandangkan aku belajar tak tinggi mana so bab-bab ni memang sah-sah la aku jahil.
So balik rumah, sambung chilling.
Dah bagi ubat, dah sapu krim, tetiba makin banyak pulak bintik-bintik merah plus Baby Haikal macam sesak-sesak nafas.
Hoih zassss la aku ke sepital.
Dah la waktu tu hubby keje.
Berbondong lah keseorangan bawak Baby Haikal ke sepital.
Aku bawak kereta pon dah macam pelumba F1. Kalah David Beckham. Ehh?
So sampai sepital, terus ke emergency.
Bila pakar kekanak tengok Baby Haikal, terus dia kata, ehhh ni bukan allergic.
Infection nih. Hang kena warded la ni jugak!
Hahhhh sudahhhh.. warded lah pulak.
Dah tu sah-sah la maknya pon kena ikut sama warded kan. Cehhhh!

Maka bertapa kami berdua di situ.
Masa kat sepital, takyah cerita lah.
Bila tengok Baby Haikal menangis, aku pon nangis.
Bila dia kena cucuk, aku yang nangis.
Berjurai-berjurai air mata. Padahal orang lain yang kena cucuk.
Bila dia kena makan ubat, masuk air, nebulizer, aku nangis jugak.
Eh tak tahu lah aku nak explain camne perasaan masa tu, ibuk-ibuk di luar sana pasti faham.
Mak menangis lagi teruk dari anak. Haha.


 Ni tangan Baby Haikal berbalut sebab kena amik darah, tah berapa kali cucuk tah.
Sampai lebam-lebam kott. Jarum lagi besar dari tangan dia kott. T_T


 Sepanjang duk sepital, taknak langsung berpisah dari aku.
Asik nak dipelokkkkk manjang. Macam dia trauma pon ada.


 Ni aktiviti masa lapang di ward. Jilat-jilat langsir. Jilat-jilat tikar.
Tayar katil pon dia jilat. -__-



Dan Alhamdulillah. Hari ni Baby Haikal dah keluar sepital.
Dah pulih pon dari serangan bintik-bintik merah.
Terima kasih kepada semua yang mendoakan.
Sampai rumah, dia macam trauma-trauma lagi.
Asik nak kena pelokkkkk je jugak.
Sayang anak punya pasal, aku pelok lah jugak.
Kita layankan saje.

Kepada hubby, Happy Birthday lah! =(

3 comments:

Maisurah Kamal said...

alhamdulilah.....

isabelle said...

Bertabahlah Jiji. Allah menduga hamba2 yang dikasihiNya.
Eppi besday,fify

Nadhira Izzati said...

ololo comelnyerr.... i always nak baby putih gebu mcm ni... hehehe tak kawin lagi, kena tunggu lah :D