Hanimung bertiga

Hai awak awak semua.
Kembali bersiaran kita pada hari ini.
Mentang-mentang last week tak update belog langsung, hari ni bila nak update terus tak tau nak mula kat mana. Tetiba otak lembap siput babi takde idea. Justeru jari jemari lemah longlai bak penari mak yong tak berdaya untuk menaip. Walhal dalam draft, beratur entry yang nak dipublish umpama orang ramai yang sedang beratur kat warong Nasi Kandaq Line Clear. Manakala tikus dan lipas pula beratur di bawah meja makan. Sumpah aku takkan pergi dah tempat tu. Sangkar maksiat ok.
Tetiba.

Eh sekali baca dah macam penulis skrip Amukan Pocong pulak aku ni.
Jadi ayuh kita ke episod seterusnya.

Seperti yang dah diwar-warkan sebelum ni, sebab musabab belog ni tak berupdate minggu lepas adalah karena (eh terdapat perbendaharaan kat Indon "karena" pula di situ), aku telah berangkat ke Batu Feringgi untuk attend conference sekaligus untuk berhoneymoon.
Cehhh gaya macam nak keberangkatan ke luar negara je, padahal jarak rumah aku ke Feringgi adalah dalam kiraan limaplohpat kangkang kera je.
Kesian kera telah dieksploitasi oleh para sasterawan untuk mngukur jarak.
Tetiba kesian kera.

So aku, hubby dan Baby Haikal telah menginap di ParkRoyal Penang Resort selama-lamanya 4 hari 3 malam.
Hotelnya, huihhhhh limo bintang makcik!
Kalau tak karena conference, tak merasa lah aku menginap di tempat sedemikian rupa.



Before check in bilik, kitorang dibagi "welcome drinks" dekat Javana Lounge.
Eh eh belum apa-apa dah bagi air. Sejuk mata memandang anak tekak.
Tau-tau saje saya sedang haus.
Cuma kalau tak keberatan, next time hidanglah cendol ABC eskrem pelangi seketul ke.
Ehek ehek ehek.


Duduk kat Javana Lounge ni pon dah rasa macam, eh kita tidur kat sini je pon takpe. Takyah susah-susah check in bilik.
Akibat sofa kat Javana Lounge tu terlalu comfy & cosy.
Boleh sewenang-wenangnya melunjurkan badan dan snoring sambil dibuai mimpi indah. Tapi niat nak bermalam kat lounge tu terbatal apabila, Baby Haikal mula tersondol-sondol mintak nenen.
Haihh kau ni yang. Nak sondol pon beragak la.
Takkan nak selak & tayang kat khalayak ramai. Malu mak.

Budak ni kannnn. Makin "bossy" perangai dia sekarangggg. 
Kemain mak pak nak kena menurut perintah.
Bila lapar, hulur nenen. Lambat hulur, mengamok sakan.
Bila panas, tadah kipas/aircond. Lambat tadah, mula mencakar muka tanda protes.
Bila berak, basuh kasi bersih. Lambat basuh, bersepailah alamatnya.
Bila ngantok, nak kena bertepok bontot bagai.
Cer kalau bapak kau yang ngantok??
 Eh eh terlebiyy sudeyyy..

Jadi mengenangkan anak yang sedang lapar merayu meminta setitis susu dari ibunya ketika itu. Maka si ibu tak dapat menahan sebak tak mempu lagi membiarkan anaknya meronta kelaparan. Dengan berbekalkan kudrat yang ada selagi hayat dikandung badan, si ibu menurut kehendak anaknya dengan penuh kasih sayang.

Amukan Pocong dah beralih siaran kepada BersamaMu.
Harap maklom.

Maka kitorang pon check in bilik dengan kadar seberapa segera. 
So that aku boleh breastfeed Baby Haikal.


Dan biliknyaaaaa!! Whewwww! 
Terus menyesal, kenapa tak minum lelaju kat Javana Lounge tadi pastu terus check in bilik cepat-cepat. Kan dah rugi beberapa saat yang lalu untuk menikmati bilik yang ahhhhh ohsemestinya!
Dengan katil gedabak gedobok, tak perlu lagi bertinju dengan hubby masa tidur akibat tak cukup space sebab masing-masing dah mempunyai lebihan isi di badan.
Dan ada baby cot provided! Yeayyy! 
Cukuplah selama ni kau terajang-terajang mak waktu tidur yang. 
So malam ni, U'll be isolated! Bahahah! *mak tak berhati perut lembu*
Maka boleh lah aku berkuak lentang selentang lentangnya masa tidur.


Tersentap jiwa tertusuk kolbu bila bukak drawer kat meja dressing, lalu ternampak Holy Bible. Dan bila diselongkar-selongkar, takde pulak Qur'an provided. =(
Islam agama rasmi Malaysia, katanya. Choii!


Kengkawan aku cakap, mungkin diorang taknak cemarkan kesucian Al-Qur'an bila ade orang kapir yang menginap bilik tu dan tersentuh Qur'an tu.
Hello kemon la. Qur'an tafsir in English ade kotttt.
Dapat berdakwah free-free kot kalau letak situ dan orang kapir baca.
Tak kena samak pon kalau depa baca.
Nak seribu daya bhaiiii..

Huhh! Malas nak emo lebih.
"Moh kita ke pantai!," kata Baby Haikal.
tetiba


♪ ♫ ♩ ♪ ♫ ♬ 
Ditepi pantai yang indahhhh
tadam tam tam tam
Duduk seorang dirii
tara kucah tara kucah cah
♪ ♫ ♩ ♪ ♫ ♬

Masa kat Feringgi tu, first time aku berani kasi Baby Haikal jejak kaki atas pasir pantai dan jugak main-main ombak.
Memula memang chuak tak terkata la kan. 
Asik asik terbayang kalau tetiba ada Piranha 3DD datang menyambar kaki Baby Haikal. Alhamdulillah takde. Heh.
Yang paling best, selama 4 hari di sana, tetiap hari kitorang dapat tengok sunset. 
Sangatlah indah ciptaan Allah swt.
Rasa macam nak freeze the time pon ada.


Bila malam pulak, kiotrang jenjalan coci mata kat Night Market di sepanjang jalan Pantai Feringgi tu. Macam-macam ado. 
Ala-ala downtown/uptown jugak lah.


Ni aku nak story morry sikit pasal matsoleh-matsoleh kat atas ni.
Mungkin ada segelintir masyarakat di luar sana yang sedang berkerut dahi sambil wonder kenapakah matsoleh-matsoleh tersebut dengan tak semena-mena mendapat publisiti murahan di dalam belog ni.
Kenapa? Kenapa? Kenapa?

The because is.. (oh my englishhh!)
Kebetulan masa diorang lalu tu, diorang ternampak hubby nak amik gambar. So dengan berbekalkan hati yang mulia, makcik matsoleh tu telah mengoffer dirinya untuk amik gambar kitorang bertiga. Haha. Rasa kelakar bila tourist yang tolong amik gambar orang local. 
It's supposed to be vice versa la kan.
Tapi takpelah, kitorang pon tourist jugak. 
Walaupon rumah kitorang beberapa kera kangkang je dari Feringgi.
So nak dijadikan cerita, lepas amik gambar tu, kitorang boleh berborak panjang pulak kat warong tu. Macam dah lama kenal ke hape. Sampai orang-orang kat warong tu pon pandang pelik sambil muka memasing macam, 
"Eh diorang ni buat blind date dengan kawan Friendster ke hape. Mungkin dalam Friendster letak default picture cun-cun, tapi bila bertentang mata, kulit berkedut retak seribu."
Koh koh koh lawok boh.

Diorang ni dari New Zealand rupanya. Rugi pulak baru jumpa diorang sekarang, kalau dah kenal dari dulu, boleh kirim biri-biri gebu muka pink barang sekilo dua buat Aqiqah Baby Haikal. Heheh.


Jika dibuat beberapa analisis statistik, secara puratanya, kami sangat berpuas hati selama menginap kat sini.
Hotelnya, pemandangannya, pantainya, makanannya, servisnya semua thumbs uppp!
Baby Haikal pon enjoyyyyy.
Sebab kena tidur dalam sangkar (baby cot). Kah kah kah

Eh baru daku perasan bahawasanya entry ni macam berbaur kisah percutian honeymoon merpati sejoli pulak. Walhal, nawaitu sebenar adalah untuk menghadiri conference. Namun tidak sekelumit pon berkisarkan perihal conference. Ape kejadahnya semua ni? Mari kita mencungkil membongkar mengupas buah berangan goreng.

Amokan Pocong sudah bertukar siaran kepada BersamaMu lalu bertukar siaran lagi kepada Edisi Khas.

Oleh yang demikian, cerita pasal conference yang aku attend tu akan dipublish kendian hari. Boleh, datuk harimauuu?


5 comments:

anyss said...

Assalamualaikum,
Geram nak geget2 si ensem haikal la l ala la

Jiji-Fify said...

Anyss,
Wa'alaikumussalam.. geget la.. kalo berani! :P

Prince of Noob said...

bestnya berjalan2... done follow - Noob

Ewa Zallie said...

2nd last gambar baby haikal muka baru bgn tdo dh mandi wangi2 ke tu..?? maintain comel silap2 mak nye dpt menantu new zealand marii u ahakz

mummy_ayu said...

wah..bestnya jenjalan...haikal pun good boy jer..lain kali leh la jenjalan lagi..