Thirah tawennnn!!

Bila tah nak up cerita pasal shooting dengan Leya HotFM tuh.
Sampai hari ni tak terpublish lagi. 
Orang dah bising tanya bila nak cerita bila nak cerita bila nak cerita.
Tapi sampai hari ni duk cerita benda lain jugak.
Kenapa tah aku pong tak tahu. Hihok hihok.
Ok ok ai pomish eshok ai publish cerita pashal shooting tu okay.
Pomish Pomish.

Tapi kali ni aku nak story pasal kawan bahek aku yang kawen bebaru ni.
Athirah namanya. 
Atau nama manja-manja geli-geli dia ialah Thirah.
Terkejut beruk kingkong aku bila tetiba minah ni minta address nak bagi kad jemputan kawen! OMG Thirah nak kawen! Thirah nak kawen! Haha.
Tak sangka rakan sekelas (masa sekolah menengah) dan rakan sebilik (masa UiTM) yang skema gila yang kaki study 24 jam sampaikan waktu berbuka puasa di bulan ramadhan pon sanggup berbuka di meja study! Wohh! Puas teman sebilik mengajak beliau duduk bersila beramai-ramai sambil melapah macam orang gila sebab borong makanan kat bazar macam nak buat kenduri, padahal yang nak makan adalah 3 orang saje. Pastu membongkang macam dugong afrika laut di atas katil masing-masing. Last-last tarawikh atas katil je la kau.

Tapi tidak bagi Athirah.
Bulan puasa, balik dari kelas, sampai bilik hostel, terus ke meja study. 
Buat esaimen apa jadah tah dia buat kat meja study takkan menganyam ketupat pulak. Tekun je aku tengok.
Padahal roommate lain elok mendugong sambil snoring di katil-katil sebelah.
Tapi sikit pon tak menggoda beliau. 
Tension pulak aku tengok si Athirah duk studyyyyyy je! 
Ye la kita kan tengah puasa, takde tenaga lah, patutnya takyah study la kan. Eheh.
Sebelom waktu berbuka pulak, sambil tunggu azan, beliau masih terpacak di meja study.
Bila dah azan, roommate lain duk melapah macam berkurun tak makan sambil tangan kanan pegang kuih keria, tangan kiri pegang badak berendam lalu kedua-dua tangan dihalakan ke mulut dengan serentak. Lalu keria dan badak berendam bersatu padu bercerai roboh di dalam mulut. Pastu dalam kiraan 30menit, terus sembelit, pastu salahkan makcik bazar jual makanan basi. 
Padahalllll..
Mana taknya, enzim dalam perut tak cukup tangan nak hadam badak berendam dan keria serentak. Maka sembelitlah kau dapat.
Tapi Athirah, rilekkk je makan nasi kerabu sejemput sambil belek-belek buku Calculus.
Kalau mak mertua dia baca ni, vangga mak dapat menantu macam Thirah, sayang Thirah lebih.

Itu bulan puasa. Kalau bulan tak puasa?? 
Kau bayangkanlah sendiri.
Tapi semua tu berbaloi bila result Athirah memang gempak kebabom every sem! 
Berbaloi-baloi!

Dan Alhamdulillah, dalam ke-skema-an beliau, Allah percepatkan jugak jodohnya.
Kini Thirah tidak skema lagi.
Sebab? Dah jadi bini orang mehh.
Dah pandai bercinta-cinta mehhh.
Tergelak aku bila Thirah malas nak cerita pasal detik pertemuan dia ngan suami. 
Haha malu lettew!
Aku suka betul tengok diorang berdua nih.
Sama cantik sama padan pulak tu!
Bagai pinang dibelah dua.
Bagai pungguk rindukan bulan. Ehh?

 Masa dukung Baby Haikal, tetiba Thirah cakap,"Ya Allah Rajiah berapa kilo anak ko nih! Berat weiii!"
Eh ye ke berat? Seploh kilo je kot. 
Takde lah berat mana pon. *rolling eyes*

Sebelum Thirah kawen, beria la dia bagitau aku, dia dah gemok lah. 
Tak cantik lah.
Malu lah.
Thirah oiiiiiiii! Kau cantik sangat okay!
Berseriiiii je aku tengok! Jeles ai.

 Suka Baby Haikal jumpa Aunty Santek! 
Nak ngorat aunty boleh?

 

Kepada Athirah dan suami,
Selamat pengantin baru.
Selamat menjadi suami dan isteri.
Selamat menjalani bahtera rumahtangga.
Semoga korang sentiasa bahagiaaaaaaa selalu.
Cepat-cepat bagi Baby Haikal kawan okay!


1 comments:

♥ Elin ♥ said...

klu dtg sini benda pertama tgk haikal yg bam2...lepas tuh baru baca n3 :)