Ulangtahun kedua

Hari ni genap 2 tahun sejak pertama kali akad nikah dilafazkan
Hari pertama menjadi suami isteri
Hari pertama setiap sentuhan adalah halal
Hari pertama aku keluar dari sarang Mama & Daddy
Hari pertama syurgaku di bawah tapak kaki hubby

Dah 2 tahun..
Makan minum bersama.
Tidur bersama, bangkit bersama
Gelak bersama, gaduh pon bersama.

Rasa macam tak percaya, dah 2 tahun aku hidup dan tinggal sebumbung dengan seorang lelaki yang entah sesape tetiba menjadi suami aku.
Tapi lama-lama aku sedar, dia memang dah ditentukan oleh Allah untuk berada disisi aku untuk membahagiakan hidup aku.
Alhamdulillah.
Sehingga ke saat ni, aku masih bahagia.

HAPPY 2nd ANNIVERSARY, 
my beloved husband.

Tetiba teringat pulak masa mula-mula berkawan dulu,
si dia bagi hint dengan mengSMS aku,
"Rajiah, abang rasa nak ngorat rajiah lah. Boleh ke?"

Nerd tak laki aku? Bagi hint tapi sikit punya direct lagi. Haha
 
Tapi aku kasi green light! Haha sama-sama nerd lah kau pon!
Dan aku reply dengan note ni..

Simpan lagi yuhhhh

4 comments:

isabelle frankly said...

aicehhhh...
slmt anniversary jiji.

FYI, akak simpan lagi bunga rose yang akak tapao dari meja tetamu masa reception korg,hehehe

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

waaa hppy 2nd anniversary...

smga bahagia selalu :)

Ummi Adelia Rizuan said...

Semoga brbhgia smpai akhr hyt.. Sweet sgt.. :-)

Jiji-Fify said...

Kak Is,
Mesti bunga ros tu masih segar dan mekar lagi kan? sesegar dan semekar cinta kami. kah kah kah gelimaaattt

CMA,
tengkiu! InsyaAllah..

Ummi,
mudah-mudahan gitulah hendaknya.. :)