Pi mai pi mai tang tu jugak!


Ha to dia!!! Muncul pon entry baru.
Duk pi mai pi mai, tetap duk menayang entry spa sesh lagi!
Rasa nak seshkeh je. -___-"

Sorry la kawan.
Gua banyak projek besar sekarang.
Banyak tempat gua kena cover.
Apsal tetiba cakap macam Abang Kawasan bagai?
Hmmm..tapi seriously korang. Aku busy sikit lately.
Biasa la hidup sebagai student memang gitu la kan.
Lu rilek sangat kang tak grad-grad. So lu kena buat-buat busy selalu.
Lu langsi lu mati. *tetiba*

Dalam draft ada 14 entry yang belom dipublish walaupon zaman batu dah bertukar kepada zaman metropolis namun mereka tetap berada dalam draft sahaja. Heheh.
Dah berapa kali aku try duduk depan laptop, nak update belog lah.
Tapi asal aku nak update je, mesti tetiba teringat graf yang tak habis draw lagi.
Tetiba teringat report yang tak siap-siap lagi.
Tetiba teringat experiment yang tak setel-setel lagi.
Tetiba teringat gas karbon dioksida dalam tangki kat lab yang dah habis petang tadi kalau tak order yang baru kang lumut mampos dan kalau lumut mampos nescaya dengan aku-aku sekali akan mampos.
 Tu lah kau lumut, aku suruh bernafas selow-selow.
Tapi kau degil nak jugak nafas lelaju, kan dah habis karbon dioksida.
Kan sekarang dah duk tercungap-cungap tak cukup gas nak sedut? Akuuuuu jugak yang susah. Duit akuuuu jugak yang keluar. Pfffttt
Padan muka aku jugak, sape suruh bela lumut. Lengkali bela la hamster kan.
*meroyan*

So banyak sangat dah benda menyemak dalam otak.
Justeru, bila otak semak, maka terjadilah tension.
Bila tension terjadi, terus belog tolak tepi. Heh.
Dan bila tension, aku mesti pi Tesco borong barang dapur untuk masak.
Dari dulu sampai sekarang, asal tension je, masak. Asal tension je, masak.
Asal tak tension je, makan luar. Ehh?
Tu je aku punya cara release tension yang paling berkesan. Haha.
Apetah tak urban langsung cara kau release tension.
Cuba la pergi bermain papan luncur ke.
Breakdance setempat sambil dengar lagu jimmy palikat ke.
Baru la urban! Ye dak?
Tak tak. Aku tetap kena masak, baru hilang tension.
Kalau breakdance, lagi tension. Heh

So bebaru ni dapatlah merelease tension dengan memasak dua benda ni..

 Lala masak lomak


 
 Pulut serawa doyan


Pueh hati den.
Hati laki den pon pueh. Dio pon tompang tadah porut la kan.
Heh.

Bila aku lama tak update belog ni, mula la mereka-mereka ni buzz buzz aku sambil berkata, HOIII BILA NAK UPDATE BELOG HA? RINDU NAK TENGOK HAIKAL LA!
Ceh kau. Nak aku update belog semata nak tengok gambar Baby Haikal saje kan.
Gambar mak haikal korang tak tengok pon kan.
Memang kau kan.
Pastu menyusahkan aku nak suruh update gambar haikal kat belog kan.
Pastu korang puji haikal sorang je comel kan.
Padahal mak haikal lagi comel sebenarnya.

Hamik la haikal korang ni hamik hamikkk

 
Baby Haikal sakan posing dengan spek itam mahal berharga singgit semilan posen. Mahal kot. Sama harga dengan putu piring 5 keping kott. Pergh.

Dah la korang.
Sebenarnya aku pon tak tahu apetah aku merapu dalam entry ni.
Nak kata tema masak-memasak, tak jugak, tetiba ada seketul daging demok berposing bersama sunglasses mahalnya. Nak kata tema daging demok sedunia, tak jugak.
Entah.
Sebab tu aku taknak update belog di kala tension.
Kompom entry macam hamlau punyalah.

Oh tapi kan tapi kan. Di kala aku tension tension beberapa minggu ni kan.
Aku ada menang lagi 2 grand prizes dari 2 contests. Dua beb! Dua!
Tetiba perasaan gembira bukan kepalang keluar dicelah-celah perasaan tension tadi.
Alhamdulillah saje lah untuk itu.

So ok lah korang.
Nanti-nanti bila aku dah waras sikit, baru boleh menulis dengan baik.
Takde la bangla sangat ayatnya kang.
Nanti aku story lebih pasal contest tu and pasal Baby Haikal korang tu jugak.

Eh lagi satu, jangan lupa tengok Wanita Hari Ini TV3 esok, 12-1pm.
Yang kerja tu, alaa curik-curik la bukak TV streaming bawah meja, kalau boss lalu, silentkan. Haha


4 comments:

MiSs NoRmaLa NorFiqZ said...

sodapnye..sarawa durian 2....

fifie said...

Lepas nie harus lah up entri menang contest baru je kak jiji. promise me :) hewhew

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

amboi anak awak sihatla.. pandai mak jaga.. salam kenal .. BW dari belog yumie

Tracey said...

cumil nyer dengan spek..:P