Si rambut kemuncup

Sejak akhir-akhir ni, ramai yang terkejut tengok Baby Haikal dah botak.
Ekceli takdelah botak licin sampai silau bila terkena pancaran matahari atau bila dipecahkan telor secara otomatis kepala botak akan memantulkan haba matahari tadi dan terus telor mata kerbau satu siaapppp!
Takdelah sampai tahap tu kengkawan.
Kitorang trim rambut Baby Haikal pakai mesin tapak 3 je kot.
Ade la tinggal dalam dua perpuluhan lapanbelas sentimeter lagi rambutnya.
Takde la botak terus.

Kenapa kitorang bertindak mengtrim rambut Baby Haikal?
Sebab rambut beliau dah panjang. Dah la rambut Baby Haikal jenis yang lurus, lebat dan keras. So sepanjang mana pon dia tumbuh tetap tak jatuh. Menegakkkk je la. Makin panjang makin tegak. Memang sohih ikut rambut bapak dia lah.
Sebab rambut aku jenis wavy dan nipis. Bulu keti pon wavy. Bulu dada pon. Ehh?
Tapi rambut hubby, lurus keras kalah berus dawai.
Kih kih kih.
So rambut Baby Haikal memang 100% ikut paknya.

 Bawah ni gambar-gambar terakhir Baby Haikal dengan rambut trojannya sebelom dicantas. Kitorang saje meng-spike-kan rambutnya begitu. Sebab tu je style yang boleh dibuat kat rambut budak ni.
Nak buat style nerd belah tepi, takkan dapat derrrr. Mencanak manjang.

 Kau cuba abaikan seluar panjang yang tersekat di kepala lutut akibat lemak terkumpul disitu sebab fokus kita pada hari ini adalah rambut. Betis gemok sampai kepala lutut tak kelihatan adalah off-topic.

So korang pon dah boleh nampak betapa rambut Baby Haikal menegak camne. Siap bahagian atas style spike, bahagian belakang style ekor burung merak ke hape tah. Macam cap kipas udang pon ade.
So hari demi hari, rambut dia makin panjang makin panjang makin panjang. Tak tertampung perasaan rimas melihat rambut beliau. Aku pulak yang rimas. Padahal mamat tu yilek je walau rambut cap kipas udang. Sekelumit pon tak terpalit rasa rimas mahupon malu.

Dan makin lama perasaan nak mencantas rambut beliau mula membuak-buak. Nak-nak pulak bila Baby Haikal sedang bercanda riang bersiar-siar di dalam rumah sambil "tolong mop lantai" secara sukarela.


Dah macam bulu penyapu pon ada aku tengok.
Tak lama kang mula la aku bebel, ni sape letak penyapu merata-rata atas lantai ni?! Sedar-sedar ada muka Baby Haikal di sebalik bulu penyapu. Rupanya rambut dah resemble bulu penyapu. Heheh propa sungguh perumpamaan.

 Kalau lepas mandi, ok lagi la rambut Baby Haikal.
Sebab dah letak Baby Oil pastu spike-spike bagai. Hensem la jugak kan.
Cuba kalian bayangkan keadaan rambut Baby Haikal waktu pagi masa baru bangun tidur? Cuba bayangkan sekarang!
Aku jugak yang tetiap pagi kena heart attack bila tengah syok-syok tidur, tetiba ade sejenis bulu bergesel-gesel di hidung, di leher, di muka, dan bila bukak mata...


 Ya Rabbiiii bersimpang siur rambut!
Nasib baik pipi pink bak hello kitty. Terus heart attack pulih tetiba.

Maka atas sebab-sebab dan insiden-insiden tersebutlah, kami sepakat menyusun sepuluh jari memohon mesin trimmer rambut untuk memotong rambut Baby Haikal agar kejadian-kejadian di atas tidak berulang lagi.
Memula nak trim tu memang gigil la. Rasa macam sayang nak potong la, takut makin huduh la, takut rambut tak tumbuh pulak lepas tu la. Semua perasaan tetiba datang berkerumun.
Tapi sebab taknak terkompius rupa penyapu dengan rupa anak buat kali kedua, maka terpaksa lah trim jugak.

Dannnn walahhhh!!!!

Hi, I'm Jebon!
Sila abaikan spek mata yang tak terletak atas batang hidung akibat tersangkut di pipi kerana pipi lagi tinggi dari hidung. Janji rupa jebon tetap ada.

Maka secara rasminya, gondollah kepala Baby Haikal.
Dan orang paling happy ialah aku. Haha.
Baru nampak lapang sikit. Nak cakap nampak comel kang korang muntah tersembur halkum pulak.

 Bila dah botak, makin terserlah ke-BOOLAT-an budak ni.
Dan juga kecapangan telinga heheh.
Yang penting aku happy. Keh keh.


7 comments:

Makwe Kintan said...

kacaknya bdk bujang ni pkai spek mata...=)

fifie said...

Ohoiii rasa nak terus cop buat menantu bila tengok gambar pakai spek hitam. kemain hensem kau ye baby haikal.

Adi Solikin said...

Saya bantah yg arif!!
Haikal rambut spiky lagi hensem. Ni rambut botak dah macam patung buddha dewa senyum je aku tengok.. :0

Jiji-Fify said...

makwe,
saya jebon okay. haha

fifie,
silakan mengorat sekarang. hantaran seploh ribu sahaja. hahaha.

Kak Adi,
Hahahahaha. saya setuju sikit2. Tp sy tak kira,rambut patung budha lagi sedap mata memandang. baru padan dengan perut berlipat. :P

yaNa said...

Comel..rambut pesen cMner pon haikal tetap jd idaman..ha3

Zura Lee said...

ewah pakai spek bagaikan model uolls !!

Kancilbiru said...

alamakkk hensemmnyaa awakk...hehe