Ape kerja mamat 2 orang tuuuuu!!

Sedang aku bertingtang tingtang kesorangan kat dapur menyiapkan juadah sahur sambil nyanyi lagu sesuci lebaran, tetiba aku terdengar dua orang mamat kesayangan hamba terkekek-kekek kat dalam bilik.
Dalam hati aku, ape kerja la dua orang tuuuu..
Cuba la considerate sikit tolong aku kat dapur ni ha.
Kan bagus kalau hubby ada kat sebelah aku tolong kupas bawang, Baby Haikal tengah perah santan, aku pulak tengah goyang kaki eh eh tengah kupas kuaci eh eh lagi.
Kan ke bahagia begitu?
Ini tidak, sesedap hati dua orang tu terkekek-kekek keriangan.
Akuuuu jugak yang rasa nak hempok kepala ngan periuk nasi kat dapur ni.
*konon-konon buat cerita sedih. padahal kau yang pesan kat hubby,  
"Papa tolong jaga Haikal dalam bilik. Mama nak masak. Korang dua jangan kacau!*
keh keh keh

Aku seboleh-boleh memang tak berapa suka bila ada orang tengok aku masak. Taktau kenapa. Mungkin nak kan freedom ketika memasak kot. Tetiba kalau aku rasa macam nak eksperimen resipi baru contohnya menggantikan kicap dengan Coca Cola, atau gantikan pucuk paku dengan pucuk kemuncup, so aku bebas berbuat demikian. ;)

Ok berbalik kepada dua orang kesayangan hamba tadi.
Masa aku dah nyaris-nyaris selesai masak, tetiba hubby keluar bilik datang kat aku sambil kendong Baby Haikal sambil pegang camera.
Ah sudah. Ini mesti kes dah malas nak jaga Baby Haikal.
Pastu alasan biasa, "Mama, Haikal nak nenen la."
Ah bapak kau ni. Budak tu elok senyap je, dia kata budak tu nak nenen.
Taktik basi para bapa yang dah penat layan anak la tu. Tahu sangat.
Kot ye pong, tunggu la aku abis masak.
Eh panjang pulak aku monolog ketika itu. Heh.

Sejurus hubby tiba sebelah aku, sambil aku buat-buat tak nampak je.
Tetiba hubby cakap, "Mama, tengok ni." Sambil tunjuk camera.
Ni ha yang hubby cuba sampaikan.




Yang duk terkekek-kekek tadi sebenarnya sedang bercamwhoring rupanya!
Jeles mak!

1 comments:

Zura Lee said...

saya pong suka gak camwhoring berdua ngn anak sulong.. hahaahahah....