Babi betol!!

Ni cerita lama, tapi aku nak cerita jugak supaya boleh jadi teladan kepada orang lain.
Apa korang ingat cerita Sang Kancil dan Buaya je ada teladan.
Belog aku pong ade tahu?

So the moral of the story is... eh eh.
Belom start cerita lagi dah the moral of the story.
Tak sabar-sabar nak bagi teladan kepada orang ramai nampaknya.

Well, ceritanya begini, aku kan menang ipad2 dari contest Jacobs bulan 5 dulu kan. So hubby pon eksaited-eksaited la belikan aku casing & stylus pen untuk ipad tu.
Kitorang survey banyak kedai jugak.
Tapi last-last kitorang terjumpa ipad casing yang affordable kat Milk-A-Deal.
Dah la affordable, cantik pulak tu. Aku cari kat kedai-kedai pon, takde yang design gini.
Plus, dia package sekali dengan stylus pen.
So kitorang pong beli lah.
Lagipon, ni bukan first time kitorang beli barang dengan Milk-A-Deal ni.

 Cantik dok?

Aku pong pakai la ipad casing ni dengan jayanya selama beberapa bulan.
Sampai la satu hari, mata aku terpaku bila terfokus kat bahagian dalam ipad casing tu.


Terus aku berdebar-debar. Sebab ternotice sesuatu yang tak kena pada pandangan mata.
Aku nampak something like this...

gambar dicilok dari gugel

U know what that means?
"Tiga titik" itu ialah simbol KULIT BABIIIIII!!!
Aku nampak exactly macam tu kat casing ipad aku.
Terus aku menggelabah tanggalkan casing tu dari ipad, pastu samak tangan. 
Nak samak Ipad, takkan kot kan.
So aku call hubby, terus dia suruh buang.
Kitorang cari casing lain la pastu.
Hmmmm...

Aku macam agak kecewa dengan Milk-A-Deal. Aku taktau la legal ke illegal ke jual kulit babi ni. Tapi orang yang jual tu, patut mention la bendealah tu ialah kulit babi. Make sense la, ni kan Malaysia, sah-sah orang Islam majoriti nak beli product kau. Haih.

Jadi, moral of the story is..
berhati-hati ketika beli barang online.
berhati-hati bila beli barang kulit.
berhati-hati bila barang tu terlalu murah dari harga biasa.
berhati-hati ketika melintas. Ehh?

Tamat la cerita rakyat versi belog aku. Hihi
Jaga kau monyet..satu hari aku dapat kauuu..

10 comments:

gadisBunga™ said...

hmm...tak habis2 diorg nak guna kulit babi kan??

♥ Elin ♥ said...

kulit babu nih kan murah...jd mana2 babi berluasa dan bermaharajalela....

lps nih belek betul2....biar mahal asal selamat dan di jamin HALAL..:))

MizzTina said...

wuuuuuuuuu...langsung xconcern.. melampau.. sy pernah tersarung kasut kulit babi kt zara sbbnya xpasan sign dia.. kecik nauzubillah..

lovelywa said...

eiiyeeee...takde kulit lain ke nak gune eh..? iskh2

anyss said...

Assalamualaikum,
Hu hu hu mmg byk pengajarannya ni...kalau tak terkena tak de orang tau

errrr...nak kepa pi check chasing sendiri ni...tapi, bukan kulit pon. Slamat!

en.doktor & cik dietitian said...

my sis penah kena..time tu beli handbag kat ausie..drg mmg tak balut pape pn..then beli jela..pastu masa dah balik malaysia saje usha beg die sbb nmpak cntik..tengok2 nampak ade tiga titik tu..mula2 tak caye..then try google..pastu jumpa beg yg sebijik sama drg mention dr kulit babi..pastu tengok kat dlm beg tu rupanya2 dia ada ckp dri ape tp sangatlah terselit kedudukan tag tu..saje je tanak bg org sedar..

tp ade 1 kedai kasut kt area rumah sy dulu ade jugak jual kasut dari kulit babi..tp drg siap label n balut wrap dengan plastic..

mmg kena berhati2 la kalu nk beli pape pn..bnyak sgt dah kejadian..

Adi Solikin said...

Dik, try dulu bakar sikit bahagian yg tiga titik tu. Kalau terbakar mcm bau plastic, then mksudnya itu bukan kulit babi asli. Kalau tak dia sama je mcm leather lain, tak mudah terbakar oleh api. Gitteww..

Pig skin leather ni pun ada manufacturer yg buat palsu punya, just like other leather/skins. They made it to look like the real one. Lgpun pig skin original ni mahal, sama jugak mcm leather yg lain. So kalau ada barang (kasut, beg, wallet etc) yg ada ciri2 pig skin tu tapi harga murah, maka ada kemungkinan ia adalah palsu.

Tapi kalau ada keraguan dalam hatimu, maka adalah afdal jgn guna.

Memang ada seller yg tak peka dgn isu pigskin ni, especially seller dari luar Msia. Most of them igt muslim cuma xboleh makan pork, tapi dorg xtau serba serbi berkaitan babi adalah najis berat utk muslim.
Tapi kalau Msian seller ni rasanya most of them just dont care kot. Babi sangat..

Oh dan rasanya legal kot jual barang pigskin kat msia ni, cuma harus dilabel accordingly lah.

AzuraFazil DIN said...

hish KURANG AJOR BETUI...

lgsg x sensitip .. ptt awk email kt pihak MILKADEAL tu .bgtau psl hal ni

Adi Solikin said...

Oh n maybe u should confront the seller. Sebab Milk-A-Deal ni cuma pihak yang promote deal je. Barang pun seller yg hantar terus ke customer kan. Maybe seller tu yg tak notified Milk-A-Deal.

Nurul Affendi said...

“Hasil dari pemeriksaan JAKIM didapati didalam industri pembuatan kasut, bag, tali pinggang dll, selain pengunaan kulit, bahan PVC, plastik dan kain adalah antara bahan-bahan yang sering digunakan. Diantara bahan-bahan ini sering terdapat kekeliruan diantara bahan PVC, plastik dan kulit babi kerana ketiga-tiga bahan ini apabila dipandang secara mata kasar akan kelihatan tiga bintik pada permukaannya. Sebagai maklumat bersama, triple dot yang terdapat pada PVC dan plastik adalah dihasilkan oleh mesin, keadaannya tersusun dengan baik dan titiknya terhasil secara menegak iaitu hasilan secara titikan jarum, menegak dan tepat manakala triple dot yang terdapat pada kulit babi, keadaanya tidak tersusun, berselerak, permukaan lubangnya menyendeng tidak menegak seperti yang terdapat pada PVC,keadaan menyendeng ini seolah-olah lubang jarum yang dicucuk secara menyenget. Diharapkan dengan penjelasan ini, para pengguna tidak terus panik hanya apabila terlihat triple dot pada mana-mana permukaan kasut, beg, wallet dsb, semak dahulu apakah bahan itu adalah kulit babi yang sebenar berdasarkan bentuk triple dot yang kelihatan”

petikan dari website JAKIM untuk bacaan bersama.