Dasar anak kampung

Korang tahu lagu anak kampung Jimmy Palikat tu?
Takyah buat-buat taktau la. Tak urban langsung kot kalau taktau.
Padahal siap set alarm nak bangun sahur lagu anak kampung.
Dengan harapan, terjaga dari tidur terus miming "orang miskin tiada apa-apa, kuli kuli...". Pastu terus mood nak masak nasi goreng kampung untuk sahur.
Seswai sangat.

Mengikut pengamatan kitorang, lagu tu je yang buat Baby Haikal berjoget setakat ni. Aku repeat lagu anak kampung SAHAJA.
Punyalah aku kasi dia dengar lagu kuping kiping, marry had a little lambchop. Dia boleh yilekkk je berpeluk tubuh sambil isap jari mata pandang atas.
Tapi bila lagu anak kampung berkumandang je, terus goyang-goyang bontot.
Hoi geli hati makpaknya.
 Siap dengan makpak sekali join goyang bontot. 

Tapi dalam duk goyang bontot tu, aku wonder la kenapa la mamat ni suka lagu tu je?? Memang dasar anak kampung la kot anak aku nih.
Punya la mak pulun makan western waktu pregnenkan kau dulu yang.
Dengan harapan, bila kau keluar nanti, muka mirip Justin Bubur, suka nyanyi lagu Boypreng, speakang London sokmo.
Last-last Jimmy Palikat jugak menjadi pojaan kau yang.
Kalau Jimmy Shanley mak boleh consider lagi.
Kiut pon kiut. Mak pon suka. Eh eh.

Jom layan Anak Kampung versi Baby Haikal goyang bontot. Hihih.


3 comments:

aThidEaN said...

ya rabbi, comel gila anak u!!!!
geram mcm nak gigit pipi ngn drumstik dia..
dah la kelakar goyang2 bontot badan n kepala sekali ....

comel comel comel

Jiji-Fify said...

athidean,
tak tau kenapa dia suka goyang2 camtu bila dengar lagu anak kampung tu. Haha. feberet song la katakan hahaha

Kancilbiru said...

hahaha baru tengok...kelakarr sangat weh. bikin nak gigit nih. baby haikal memang suka sengih eh? comel sangatttt aih..